Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
'Kerajaan perlu serius pertimbang laksana diyat'
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbang secara serius cadangan pelaksanaan diyat iaitu pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan penjenayah, dalam sistem perundangan di negara ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Islam sudah menyediakan penyelesaian mengenai perkara itu dan kerajaan hanya perlu membuat sedikit pindaan terhadap undang-undang berkaitan, termasuk Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Zulkifli berkata, sejak 2019 iaitu ketika masih menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan, beliau konsisten menuntut kerajaan untuk mempertimbang pelaksanaan diyat.
"Pada tahun yang sama, saya juga membentangkan kertas kerja berhubung pelaksanaan diyat di hadapan Yang di-Pertuan Agong dalam Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam di Istana Negara.
"Ia turut dihadiri semua Pengerusi dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri, Mufti negeri, Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri yang berada di bawah naungan baginda.
"Saya berharap kerajaan memandang serius perkara ini," kata beliau dalam Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian susulan insiden kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, Kulai, malam tadi yang mengorbankan dua individu dalam kenderaan terbakar, selepas terbabit kemalangan membabitkan empat kenderaan.
Video kemalangan itu yang menyayat hati, tular, yang mana seorang suami dilihat menangis dan memanggil isterinya yang berada dalam kenderaan terbakar itu.
Saksi memaklumkan, ketika kejadian, sebuah lori di lorong kiri yang dipandu laju tiba-tiba datang dan terus melanggar beberapa kenderaan, menyebabkan sebahagiannya terbakar dengan api yang sangat marak.
Zulkifli berkata, pada Jun lalu, beliau sekali lagi menegaskan mengenai kepentingan pelaksanaan diyat melalui blognya.
Pada 5 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menyarankan supaya hukuman diyat dapat dikaji dan dilaksanakan di negara ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah, pelaksanaan hukuman diyat itu sudah dicadangkan baginda sejak lima hingga enam tahun lalu, namun ia masih di peringkat kajian hingga kini.
BERITA BERKAITAN
1 comment:
Anuar mana tahu bab diat. Dia hanya tahu macam mana nak create isu yg boleh ambik hati komunis eng guan. Nanti boleh dapat kerusi pm.
Tentunya yg berkait dgn Islam adalah kebencian komunis eng guan. Terpaksalah anuar dan rombongan ikut sama benci perundangan Islam.
Bilangan ahli parlimen dari komunis dapig lebih ramai dari ahli parlimen pkr campur pan. Sebarang mesyuarat keputusannya majoriti komunis dapig. Jangan harap komunis dapig nak sokong yg berkait ngan Islam dan bumiputera.
Sebarang cadangan berkaitan Islam kalau ada dari pkr campur pan, pasti tewas dlm mesyuarat. Kerana komunis dapig menguasai majoriti.
Cuba lihat betapa jahilnya politik anuar dan mat sabun. Mereka berdua merosakkan Islam dan bumiputera. Mereka pilih komunis dapig sebagai rakan politik untuk menjatuhkan agama sendiri dan bangsa sendiri.
Post a Comment