Friday, October 28, 2022

FELDA berubah, bukan simpanan UMNO. & DAP terdesak..

 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto NSTP

1. 'FELDA bukan lagi simpanan tetap UMNO' - Tuan Ibrahim

KOTA BHARU: Warga FELDA sudah berubah dan kawasan rancangan tanah berkenaan tidak boleh lagi dianggap simpanan tetap mana-mana parti pada pilihan raya umum (PRU).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata generasi kedua dan ketiga FELDA sudah menerima banyak pendedahan maklumat, tidak lagi hanya fokus kepada satu parti.

"Pada 1999 (PRU), saya bertanding di FELDA Jengka, Pahang. Ada 10 peti undi, sembilan daripada peti itu FELDA semua. Alhamdulillah, saya menang ketika itu dan banyak lagi kawasan.

"Saya fikir situasi sudah berubah, generasi kedua dan ketiga banyak terima maklumat dan tidak lagi fokus hanya kepada satu parti. Saya fikir FELDA bukan lagi 'fixed deposit' (simpanan tetap) buat UMNO buat masa ini," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival KASA 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.

Mengenai desas-desus beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Kubang Kerian disandangnya untuk bertanding di Pahang, menteri berkenaan berkata, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan.

"Kita serah kepada parti untuk buat keputusan dan saya difahamkan waktu ini ada mesyuarat akhir.

"Hati saya jatuh cinta dengan Kubang Kerian, tapi apa yang penting, kita laksanakan apa yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, tunggu pengumuman nanti," katanya. (BH)


2. DAP terdesak pikat undi Melayu 

Pemimpin Melayu tidak menjadi pilihan menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP

Syahredzan Johan di Parlimen Bangi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Lipis, Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam, manakala Young Syefura Othman dipertaruhkan di Bentong. 

Empat nama ini sah menjadi antara pemimpin Melayu yang akan dipertaruhkan oleh DAP untuk mewakili parti itu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Senarai nama itu dijangka bertambah sedikit lagi, sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana parti itu mengumumkan nama calon yang bertanding secara berperingkat.

Penampilan lebih ramai wajah Melayu adalah antara strategi DAP untuk memperlihatkan kepada masyarakat bahawa parti itu bukan dikuasai kaum Cina, tetapi mewakili pelbagai kaum.

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, yang buat kali pertama mengetuai parti itu menghadapi PRU15.

Baginya, meletakkan pemimpin Melayu bukan hanya untuk PRU15, tetapi adalah perancangan jangka panjang untuk menonjolkan wajah parti berbilang kaum, sekali gus tidak lagi dilabelkan sebagai anti-Melayu and anti-Islam.

DAP mendapat kerusi tambahan yang sebelum ini ditandingi Bersatu, iaitu Gerik, Tanjung Karang dan Lipis, tiga Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Setakat ini, hanya Tengku Zulpuri Shah sah bertanding di Lipis yang pengundi Melayu mencecah hampir 80 peratus.

Pendekatan menonjolkan nama Melayu bukan baharu kerana sejak ditubuhkan pada 1966, beberapa pemimpin Melayu diberikan tempat dalam parti itu.

Mereka termasuk Mohd Nor Jeffrey sebagai Naib Pengerusi (1967-1970), Daeng Ibrahim Othman sebagai Penolong Setiausaha Agung (1967-1971) dan Naib Pengerusi (1971-1977) dan Ibrahim Singgeh sebagai Penolong Setiausaha Agung (1971-1977).

Dari semasa ke semasa, ada sahaja nama Melayu berada dalam kepimpinan DAP seperti Fadzlan Yahya, Ahmad Ton, Ahmad Nor dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Namun strategi menonjolkan pemimpin Melayu mewakili DAP dalam PRU15 boleh dipertikaikan jika ahli parti itu sendiri menolak pemimpin Melayu berdasarkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 20 Mac lalu, apabila hanya Young Syefura Othman mendapat tempat.

Nama Melayu lain seperti Zairil Khir Johari, Dr Abdul Aziz Bari, Abdul Aziz Isa Marindo, Azaha Abdul Rani, Mohammad Basar Umar, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Wan Hamidi Hamid, tidak menjadi pilihan perwakilan DAP.

Seperti biasa, DAP melantik Tengku Zulpuri Shah, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Syahredzan menganggotai CEC dengan Tengku Zulpuri Shah turut memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung.

Kegagalan pemimpin Melayu mendapat tempat dalam parti secara merit bertentangan dengan naratif DAP untuk menonjolkan imej berbilang kaum parti itu, apatah lagi untuk menawan hati pengundi Melayu dalam PRU15.

Malah ketika DAP cuba menarik hati orang Melayu, keadaan itu tidak senada dengan tindakan atau ucapan sesetengah pemimpin parti itu seperti Ronnie Liu yang pernah meluahkan kekhuatirannya tentang nasib umat Islam jika mereka dilarang bekerja dalam industri yang terlibat dengan minuman keras.

Menurutnya, walaupun Islam mengharamkan arak, tetapi itu tidak bermakna bahawa umat Islam dilarang melibatkan diri dalam industri arak.

Sebenarnya, terdapat pelbagai isu yang menyebabkan DAP masih dipandang serong oleh masyarakat Melayu yang tidak boleh dipisahkan dengan Islam.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata DAP jelas memiliki rekod buruk lagi hina dalam isu-isu membabitkan Islam dan masyarakat Melayu di negara ini.

“Antaranya Perlembagaan DAP sendiri jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP adalah untuk ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja ‘sekular’ yang asal’ ,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu sahaja sudah membuktikan dan membuka pekung dada DAP yang cukup anti kepada Islam dan Melayu.

Katanya, DAP juga tidak pernah menyembunyikan permusuhan mereka terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan.

Sedangkan katanya, RUU 355 hanya sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah.

Pensyarah di Institut Asia Universiti Tasmania, James Chin, berkata DAP tidak pernah berjaya mengikis imej negatifnya dalam kalangan orang Melayu, terutama di luar bandar yang menjadi penentu di 40 peratus daripada 222 kawasan Parlimen.

Bertentangan dengan strategi DAP, katanya parti itu sepatutnya meletakkan lebih ramai calon Melayu di kawasan majoriti Cina atau kubu kuat DAP.

“Tiada gunanya meletakkan calon Melayu di kawasan yang mereka akan berdepan kesukaran dan berkemungkinan kalah,” katanya.

Sama ada usaha menonjolkan pemimpin Melayu DAP berjaya atau tidak, bergantung kepada pilihan pengundi pada 19 November ini. Mereka boleh menilai sama ada parti itu benar-benar ikhlas untuk menjadi parti berbilang kaum atau pemimpin Melayu tidak lebih hanya sebagai kosmetik yang mencantikkan dari segi luaran. – HARAKAHDAILY 28/10/2022


Komen Weblog Ibnu Hasyim: FELDA berubah, bukan simpanan UMNO. & DAP terus terdesak..

Tolak segera DAP dan UMNO/BN!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

9 comments:

Anonymous said...

Mentaliti rasis roket :

Tidak rasis konon jika kaum roket berkata kaum Melayu rasuah.

Sebaliknya, jika orang Melayu berkata kaum roket rasuah atau beri rasuah, puak roket akan menjerit "Rasis !"

Anonymous said...

TALKIN UNTUK TUN MAHATHIR DAN GTA

Hari penamaan calon ada kira-kira seminggu lagi. Usaha GTA untuk bergabung dengan pakatan PH, PN semuanya temui jalan maut.

So Noww..

Marilah kita Baca Talkin untuk GTA dan Tun Mahathir Mohamad yang cobaan nya utk mencari rakan kerjasama bagi GTA gagal. Suma usaha GTA dan Tun nampak nya terus menemui jalan buntu dan jalan mati.

Wahai GTA dan Tun Mahathir Mohamad penegasan dari Mahiaddin tiada gabungan GTA dan PN semalam adalah benar.

Wahai Tun Mahathir dan GTA bahawa PN dan PH tidak akan bekerjasama dengan GTA adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belako..

Wahai Tun Mahathir ahli politik toksik yang seharusnya dijauhi, bukannya didekati juga adalah benar. Ramai yang sudah lokos tubuh badan kena kencing PRU 14 dolu juga adalah benar benar belako..

Wahai Tun Mahathir dan GTA tidak memberi apa-apa nilai tambah, baik kepada PH mahu pun PN, sambil GTA menumpang kekuatan dua gabungan adalah juo benar benar belako..

Wahai Tun Mahathir dan GTA PRU 15 kali ini adalah Jalan mati menuju kubur besar sedang menanti mu wahai Tun Mahathir , Boboi dan Tun Daim serta semua anak cucu dan kroni kartel Mafia Kerala adalah benar benar belako..

Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad, kematian GTA itu adalah benar, kematian boboi di kerusi Jerlun juga adalah benar, kematian kamu di kerusi Langkawi juga adalah benar malah tiada yang benar kecuali benar belakoo.

Wahai GTA dan Tun Mahathir Mohamad Jika datang Pengundi berdaftar SPR di hari pengundian PRU 15 nanti kepada kamu jangan lah kamu rasa takut dan gementar, mereka juga adalah makhluk Allah SWT belako..

Wahai Tun Mahathir Katakan dalam hati kamu dan pengundi yg mengundi dengan jujur dan berkata benar lah kerana mereka pengundi berdaftar SPR juga sedang menghumban kamu ke pintu pintu mahkamah lepas PRU 15 nanti juga adalah benar..

Wahai Tun Mahathir Jika pintu mahkamah sudah terbuka selepas PRU 15 jangan lah kamu takut dan gementar mereka juga makhluk Allah belakoo..

Wahai Tun Mahathir Jika pintu mahkamah sudah terbuka luas selepas PRU 15 jangan lah kamu takut dan gementar, jangan cuba lari kerana mereka juga makhluk Allah belako. Jawab lah dengan lidah bercabang mu dengan lancar dan fasih 'Saya tak tahu, bukan salah saya dan Melayu Mudah Lupe'

Wahai Tun Mahathir Kematian semua calon calon GTA dan hilang wang deposit juga benar.. tiada yang benar kecuali benar belakoo..

Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad Jangan lah kamu rasa takot sebab mereka juga adalah makhlok Allah yang sanggup dikuda tunggangan kamu juo ado nyo... Mereka semuo adalah pengikut kamu yang buta tuli mato hati hendaknyo... Itu juga benar belako..

Wahai pengikut Tun Mahathir dan GTA bila mahkamah jatuh hukum dihari selepas persaksian pengundi PRU 15 nanti. ..Pesan juo pada mereko jawab lah dengan lidah bercabanh kelian dengan lancar lagi fasih 'Kami Tak Tahu, itu Bukan Salah Kami dan Kami Mudah Lupo'.

Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad didepan kamu hanyalah jalan mati, serta laluan menuju ke “pusara kematian” semakin terbentang luas buat GTA selepas saja hari pengundian PRU 15 ini.

Wahai Tun Mahathir Bin Mohamad jika Zety, Taufik, Nik Faisal Jho Low Tommy Tomas sambil menari Twist dibawa ke mahkamah lepas PRU 15 jangan lah kamu rasa takajut, cemas, terdesak dan gelabah.

Depa suma hanya alat kamu memfitnah jijik musuh musuh mu, deme suma makhlok Allah belako...

Kami serahkan depa semua urusan deme semua kepada yang Maha pencipta yang lagi maha kuasa hingga ke hari pembalasan di mahkamah selepas PRU 15 nanti.

Kami ucapkan selamat tinggal pada GTA dan Tun Mahathir pada maha pencipta kamik serahkan pada Mu untuk deme semua berbondonh bondong di hari bangkitnya rakyat melihat kamu ke mahkamah selepas PRU 15 nnti hendaknya. Aminn

Patihah


Talkin utk Brother Anwar Bin Ibrahim sabau yer..tungguuu..

Anonymous said...

Sikap hipokrit puak kris

Puak kluster mahkamah suka menjerit "Hidup Melayu !" untuk kencing kaum Melayu hingga hancing.

Setelah mereka memenangi PRU, slogan "Hidup Melayu !" telah berubah menjadi "Hidup Aku dan Kroni Aku" ! Yang hidup biase-biase selama ini menjadi kaya raye !

Orang Melayu masih hidup miskin kerana kluster mahkamah tidak peduli ! Mereka hanya peduli "Aku dan Aku dan Kroni Aku !"

Pengikut-pengikut hanya mampu menelan slogan "Hidup Melayu !" tetapi perut masih kosong.

Kluster mahkamah tersenyum riang dalam rumah mewah seperti istana. Pengikut hanya mampu tengok sahaja. Kasihan.

Pelbagai tabung dibaham tanpa kasihan kerana menuntut ilmu sesat dari tok guru joe low life. Akhirnya tok guru joe low life lari bersama wang dan tidak dapat dikesan kerana didakwa menjelma menjadi beruang.... Kluster mahkamah menggigit jari kerana penjara setia menanti.






Anonymous said...

Makhluk terakhir lokos kena kencing oleh PH Tun dan DAP sudah di kesan dan dijumpai.

Selepas pergunakan Tommy Thomas , Mahathir dan DAP akhirnya kencing lokos Tommy Thomas sambil cuci tangan enggan kena mengena.

Kesian.. Tommy Thomas terpaksa bersendirian dalam menghadapi kes nya terhasil dari pendedahan dalam buku tulisan sendiri. Kucing bawa tidur rimau bawa nigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau.

Memoir atau autobiograpi Tommy Thomas “Justice in the wilderness’ yang mendedah salah laku Mahathir dan juga secara tidak lansung pembabitan Tommy sendiri dalam urusan campurtangan perlantikan hakim kini membawa padah kepada Pakatan Harapan dan Mahathir.

Perlantikan Hakim Nazlan dan kemudian Ketua Hakim Tunku Maimon juga terkait penuh kontroversi dan salah laku perlantikan melanggar peraturan JAC.

Namun , dalam semua perkara ini , Tun Mahathir cuba mencuci tangan dan sepert biasa sentiasa salah kan orang lain atau salah kan keadaan.

Tun Mahathir , DAP juga cuba cuci tangan dan asingkan diri dari kena mengena dengan kes gangguan terhadap perlantikan hakim dan juga bidang kehakiman.

Melalui Setia usaha Agung nya Anthony Loke , DAP mengistiyarkan mereka tidak akan masuk campur dan tidak akan membuat sebarang komen dan kenyataan berkenaan kes Tommy.

Diketahui makhluk bernama Tommy Tomas adalah yang terakhir sekali lokos kena kencingkan oleh Tun, DAP dan Pakatan Harapan.

Menjelang PRU 15 Banyak Bangau Bangau dah pulang ke sarang... sayang semua bangau itu suara nya sumbang..!!

Anonymous said...

Seronok dengor ceramah mat sabu. Orang lain semua tak betul. Dia sorang jer yg betul. Dan juga abam anuwar. Abam anuwar pun semua betul. Layak jadi pm.

Dulu mat sabun gelar abam anuwar sebagai syeikh al juburi. Sejak jadi sekutu abam anuwar, mat sabun x lagi gelar gelar abam anuwar. Abam anuwar baik belaka. Insan yg sempurna kata mat sabun.

Rugi sangat sokong mat sabun. Flip flop nya macam katak lompat lompat. Penilaian politiknya lebih dipengaruhi nafsu. Murninya dah lupus.

Sekarang jadi penyokong kuat komunis dapig. Melunaskan hutang nafkah dari komunis dapig dengan membantai Islam dan bumiputera. Siap angkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Lupa dia polis bukit kepong yg dibunuh komunis. Lupa dia yg ada yg hilang ayah dan abang dibunuh oleh komunis. Lupa dia yg dibunuh tidak dapat dikesan jenazahnya.

Itulah semangat mat sabun. Flip flop macam yo yo. Sapa yg banyak beri nafkah, dia sokong. Panglima berbayar.

Anonymous said...

Wayang Opera Puak Kafir Harbi (KH) dan Barua Liberal Mereka

Puak KH bersikap rasis terhadap kaum Melayu kerana puak KH mempunyai perasaan hasad dengki luar biasa terhadap hak keistimewaan kaum Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan kuasa politik Melayu Islam sebagai rakyat majoriti.

Untuk menghapuskan hak keistimewaan dan kuasa politik kaum Melayu Islam , puak KH mempunyai banyak tipu muslihat.

Strategi KH "ambil nyawa dia, ketika dia sakit' untuk hapuskan 2 parti terbesar orang Melayu UMNO dan PAS jelas menunjukkan KH mahu hapuskan kuasa politik orang Melayu.

KH tidak mengiktiraf peranan Melayu dalam pimpinan tertinggi KH dan Melayu sekadar diletakkan untuk memberi gambaran kosmetik konon ianya puak berbilang kaum sedangkan hampir semula calon Melayu kalah dalam pemilihan negeri dan pusat kerana sikap rasis KH sangat menebal.

Puak KH mahu kerajan iktiraf ICERD dan Rome Statute supaya hak Islam dan hak kaum Melayu boleh dihapuskan dan mereka tidak peduli terhadap bantahan berjuta orang Melayu.

Anonymous said...

Wayang Opera Puak Kafir Harbi (KH) dan Barua Liberal Mereka (Bahagian 2)

Bahkan pemimpin KH berani bersikap bodoh sombong dan biadab menghina kaum Melayu sebagai "bodoh, bangang dan selfish" kerana orang Melayu menolak Rome Statute.

KH sebenarnya dipenuhi dengan pimpinan muda dan tua yang bersikap rasis, caunivis, anti Melayu dan anti Islam kerana KH mahu segala-galanya untuk kaum KH sahaja.

KH memuja pengganas komunis PKM maka mereka angkat cucu pengkhianat komunis sebagai calon di kerusi yang gerenti menang tetapi letakkan Melayu bukan keturunan komunis di kerusi yang tidak selamat.

Anonymous said...

Wayang Opera Parti Kafir Harbi (KH) dan Barua Liberal Mereka (Bahagian 3)

Sikap rasis KH sangat jelas walaupun terhadap barua Melayu sendiri. Anak bekas pemimpin kafir dalam KH mendapat kerusi yang selamat, anak barua Melayu tak dapat apa-apa.

Majoriti @ hampir semua ahli Dewan Negara KH , adun KH dan menteri KH adalah bukan Melayu bukan Islam.

Adakah orang Melayu masih masih belum sedar lagi KH bukan parti berbilang kaum tapi parti bangsa apa?

Anonymous said...

Wayang Opera Parti Kafir Harbi (KH) dan Barua Liberal Mereka (Bahagian 3)

Majoriti @ hampir semua ahli parlimen KH adalah bukan Melayu dan bukan Islam. Ini tidak mencerminkan komposisi rakyat negara ini yang sebenar walaupun KH mendakwa kononnya ia adalah parti berbilang bangsa.

Adakah sebilangan orang Melayu masih mahu menyokong KH secara membabi buta ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails