Saturday, October 01, 2022

Hadapi kemaraan DAP yang rasis, perosak keharmonian..

 


1. Menghadapi kemaraan DAP Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

DARIPADA keseluruhan 222 kerusi Parlimen, 28 adalah kerusi di mana pengundi Cina melebihi 50 peratus.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), daripada 28 itu, 27 berada dalam tangan DAP manakala satu PKR.

Daripada 27 kerusi yang dikuasai DAP, 11 mempunyai lebih 70 peratus pengundi Cina.

Ini bermakna di konstituensi yang polanya bercampur dan bermajoriti Cina, ia dikuasai sepenuhnya oleh PH, terutama DAP.

Ia seakan menjadi akaun simpanan tetap bagi mereka. Namun ini tentunya tidak memadai bagi DAP kerana mereka yakin akan kembali mercu kuasa selepas PRU15.

Maka, untuk PRU15, mereka akan menampilkan calon Melayu yang lebih ramai, mungkin mencecah dua kali ganda berbanding PRU14. Untuk kembali ke Putrajaya, mereka perlu tembus dan memenangi kawasan majoriti Melayu.

Di situ walaupun sudah ada calon-calon Melayu termasuk penyandang daripada PKR dan PAN, DAP tetap mahukan wakil mereka sendiri. Sebagai sebuah organisasi yang tamak kuasa, DAP tidak sedia untuk selama-lamanya mengharapkan PKR dan PAN.

Tambahan pula kemerosotan sokongan terhadap PKR yang ditunjukkan  dalam PRN Melaka dan Johor menjadi asbab dan justifikasi untuk DAP lebih mandiri. Benarlah, kalau boleh bertanding sendiri, buat apa berkongsi?

Justeru, untuk PRU15, DAP baru-baru ini mengisytiharkan akan meletak calon sendiri di kawasan majoriti Melayu, dengan calonnya juga Melayu. Perkara ini telahpun dirundingkan — dan mungkin juga telah dipersetujui — dalam perbincangan sesama parti PH.

Pada PRU14, DAP telah melakukan eksperimen dengan membawa 10 calon Melayu — suatu jumlah yang besar berbanding nisbah ahli parti itu. Lapan daripada mereka — satu kerusi Parlimen dan 7 kerusi DUN menang — lalu ini dianggap satu percubaan yang amat berjaya.

Pada PRU15, kita akan dapat melihat lebih ramai calon DAP Melayu daripada kalangan liberalis, dan mungkin juga golongan ustaz yang lupa diri. Dengan strategi yang serapi ini, usaha PH untuk kembali berkuasa dengan kerajaan dominasi DAP bukanlah mustahil.

Malah ia amat mudah untuk direalisasikan dalam situasi parti-parti Melayu masih tega untuk berpecah belah dan tanpa segan silu memgecam sesama sendiri.

Sama ada kita mahu mengaku atau tidak, itulah yang sedang berlaku — divide & ruleKekalahan yang dirancang oleh orang Melayu sendiri, dan parti lawan sekadar memainkan  bidak-bidak mengukuhkan kedudukan dan mengelak kesilapan.

Mereka hanya perlu melihat dari luar, tanpa masuk ke dalam gelanggang untuk menang berlengan. Inilah apa yang sebenarnya telah dihidu oleh pimpinan PAS yang secara konsisten terus mengusahakan agenda penyatuan ummah. 

Menyatukan hati manusia yang berpecah belah — sanggup berterajang sesama sendiri demi memuaskan emosi — adalah satu-satunya langkah yang paling ampuh untuk menghalang kemaraan PH (baca: DAP) ke Putrajaya selepas PRU15.

DAP dikatakan akan memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi yang diwakili Umno. Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Dato Sri Najib Tun Razak, usaha memomokkan Umno imej rasuah dan kleptokrasi dikira akan menjadi senjata kempen paling berkesan untuk mereka mainkan.

Mereka akan menggiatkan penyebaran propa kononnya DAP adalah parti yang paling berintegriti sebagai usaha menembus pasaran politik Melayu yang selama ini melihat parti itu sebagai ‘taboo’. Daripada PN, mereka akan memberi tumpuan terhadap kerusi yang ditandingi oleh Bersatu sebagai melayan dilema  pengundi.

Sebagaimana calon Umno, calon Bersatu yang berasal daripada Umno juga akan digambarkan dengan imej yang sama — perasuah ataupun berpotensi menjadi perasuah. Konon bagaimana acuan, begitulah kuihnya!

Ironinya, orang Melayu tiada pilihan melainkan penyatuan. Anggaplah kita sedang menghadapi fitnah akhir zaman yang menyesatkan, maka tidak ada langkah penyelamatan selain kembali ke perdu agama sebagai bangsa yang bermaruah, berdaulat dan bertanah. – HARAKAHDAILY 1/10/2022


2. DAP rasis, perosak keharmonian negara Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Tuduhan Penasihat DAP, Lim Guan Eng kononnya PAS rasis dan Malaysia akan lenyap (ceased to exist) jika Perdana Menteri PAS berkuasa cukup membuktikan kedangkalan parti chauvinis itu.

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, seluruh rakyat Malaysia mengetahui patung Buddha terpanjang di Asia masih wujud dan baik terpelihara di bawah kerajaan Kelantan yang diterajui PAS.

Malah katanya, sewaktu PAS menguasai Terengganu pada 1999, cukai gerbang Kampung Cina turut dihapuskan PAS, sekali gus mengukuhkan hubungan baik masyarakat Melayu dan Cina di Terengganu dan Kelantan.

“Sebaliknya, DAP jelas memiliki rekod buruk lagi hina dalam isu-isu membabitkan Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia.

“Antaranya perlembagaan DAP sendiri jelas menyebut dalam Perkara 2 Matlamat-matlamat DAP adalah untuk ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja ‘sekular’ yang asal’ ,” kata Khairil Nizam dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hal berkenaan sahaja sudah membuktikan dan membuka pekung dada DAP yang cukup anti kepada Islam dan Melayu.

Katanya lagi, DAP tidak pernah menyembunyikan permusuhan mereka terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan.

Sedangkan katanya, RUU 355 hanya sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

“Sejarah membuktikan ketika berkuasa melalui Rejim PH, DAP kuat menyokong supaya konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi, langkah yang jelas bakal mengganggu-gugat keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum sejak merdeka hingga ke hari ini.

“Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian.

“Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.

“Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’,” katanya.

Selain itu katanya, DAP pernah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 tentang keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara.

Tindakan itu dikatakan DAP mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara yang disebut Guan Eng adalah, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

“DAP juga pernah mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

“DAP sememangnya terkenal dengan rekod membentak dan ingkar kepada Raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang yang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008,” katanya.

Tambahnya lagi, DAP juga memiliki rekod melampau dalam isu aurat, contohnya apabila Nga Kor Ming telah menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam.

Malah, Kor Ming katanya pernah menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ kerana mencadangkan pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat.

“Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham DAP Perak telah mengeluarkan kenyataan sebanyak dua kali iaitu pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad keluar dari Islam.

“Ngeh melaungkan kononnya umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, kata Khairil Nizam, deklarasi Setapak DAP juga menyatakan ‘kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang’.

Bagaimanapun kata Khairil Nizam, contoh yang dikemukakan beliau hanya sebahagian daripada banyak lagi sikap rasis DAP.

Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia pelbagai kaum menolak DAP yang menurutnya sangat rasis dan sering memecahbelahkan Keluarga Malaysia.

Katanya, DAP perlu ditolak sepenuhnya dari bumi Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang demi negara Malaysia yang aman, makmur, dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 30/9/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP perlu ditolak sepenuhnya dari bumi Malaysia dalam PRU 15 akan datang demi negara Malaysia yang aman, makmur, dan sejahtera.

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails