Friday, October 21, 2022

Harga turun di10 plaza tol! Undi DAP le?

 


1.Harga tol turun berkuasa tengah malam ini di10 plaza tol yang terlibat

Sewaktu pembukaan Lebuhraya DASH tempoh hari, Perdana Menteri Ismail Sabri ada mengumumkan penurunan kadar tol untuk 6 lebuh raya di Lembah Klang. 4 daripada 6 akan menurunkan kadar tol masing-masing pada 20 Oktober 2022 manakala baki 2 lagi seawal tahun 2023. Seperti yang dijanjikan, berikat adalah harga baharu untuk 10 plaza tol yang terlibat.
Harga baharu ini dimungkinkan melalaui penstrukturan baharu konsesi lebuh raya yang katanya boleh membantu kerajaan menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi. 

Untuk pengetahuan semua, lebuhraya AKLEH, GCE, LKSA dan SILK diuruskan oleh pemegang konsesi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), yang turut menguruskan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka hari ini. PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dua lagi lebuhraya yang terlibat dengan penyelarasan harga selain PROLINTAS ialah LEKAS dan Besraya. Konsesinya dipegang oleh IJM Corporation Berhad.

Sementara itu, jangan ketinggalan untuk mencubah lebuhraya DASH yang baharu. Ia telahpun dibuka bermula tengah malam 14 Oktober 2022 lalu. Pengguna lebuhraya DASH boleh menikmati kadar tol percuma, sehingga 31 November 2022.


2. DAP PENCEMAR MARUAH NEGARA 
Siapa DAP ini? Sebut DAP mungkin orang nampak parti orang Cina, Nampak roket. Betul ke?  
 
Betul. Tapi jangan anggap DAP ni sekadar bukan parti Melayu sahaja. Yang lebih penting kena tahu apa agenda DAP ni? Boleh undi ke tidak? Bahaya ke tidak? 
 
Banyak bahaya. Tapi yang paling bahayanya, DAP ini bila dah berkuasa jadi kerajaan, terang-terangan terlanjur tunjuk mereka pro kepada fahaman komunis. Ya inilah yang paling bahaya!  
 
Asal-usul komunisme ini datang daripada Karl Marx. Makhluk yang menolak adanya Tuhan dan tidak menghormati bangsa. Lebih buruk daripada penjajah barat yang beragama itu. 
 
Jadi apa antara bukti DAP ini pro komunis? 
 
Bawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia. Chin Peng itu musuh negara. Beliau pernah buat satu pemberontakan sehingga ramai rakyat terbunuh.
 
Paling tidak boleh diterima, abu mayat itu dibawa ke Malaysia pada 16 September 2019. Apa motifnya bawa pulang abu mayat beliau pada Hari Malaysia?
 
Tak cukup dengan abu mayat, diadakan pula himpunan memperingati perjuangan komunis. DAP cuba nak tunjuk seolah-oleh komunis lah hero kemerdekaan. 

Sedangkan komunis ini kembar siam Barat. Mereka sama-sama penjajah. Barat bawa tentera jajah negara, komunis bawak jarum cucuk pemikiran manusia.  
 
Ini benar-benar mengguris hati para pejuang tanah air yang bergadai nyawa memperjuangkan kemerdekaan tanah air ini. 
 
Tidak sedikit air mata, penderitaan, ketakutan dan trauma dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika Zaman Darurat dahulu. 
 
1970-an, ada dua siri pembunuhan dilakukan ejen komunis. Mereka membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. 
 
Sejarah keganasan dan pembunuhan yang dilakukan pengganas komunis terhadap majoriti orang Melayu bukan cerita dongeng. Orang Melayu sangat terkesan dan berdendam dengan komunis. 
 
Paling tidak boleh dilupa juga, keberanian mantan Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP, Teo Nie Ching menerima komik propaganda komunis di pejabat Kementerian Pendidikan. Komik itu telah pun diedarkan di sekolah-sekolah ketika itu. 
 
Ibu bapa wajib rasa terancam dengan muslihat halus ini. Kita takut anak-anak kita diserang pemikiran mereka secara senyap. Komik itu menghasut, mengelirukan sejarah dan memberitahu orang Melayu bodoh dan pengecut.   
 
Sangat tidak boleh diterima akal yang waras apabila seluruh negara yang pernah menganut fahaman komunis ini telah pun meninggalkannya, tiba-tiba ada cebisan manusia dalam negara kita menunjukkan kecintaan. 
 
Beranikah kita biarkan puak DAP dan sekutunya memerintah negara kita lagi? Kalau takut, ayuh #TolakDAP - #TolakPH

#BersihdanStabil
#MalaysiaSejahtera

1Media.My



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harga turun di10 plaza tol! Undi DAP le? Bukan!
Bukan macam janji PH/DAP ghuyup 22 bulan..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

  1. Sehingga hari ini presiden parti liberal berpeluk sakan dengan komunis eng guan. Jadi kuda komunis lagi. Dan komunis eng guan ada kes rasuah sementara presiden adalah banduan kes rasuah. Patutlah ngam.

    Nentang rasuah tapi sendiri terpalit rasuah.

    Jom sokong pas. Bersih dan bribe free.

    ReplyDelete