Penduduk Ramli Bidin menunjukkan ikan baung ekor merah yang mati dalam tali air sawah Kampung Ganchong Hulu dipercayai berpunca pencemaran air. - Foto NSTP/ Mohd Rafi Mamat Pelbagai spesies ikan mati dalam tali air sawah Kampung Ganchong Hulu dipercayai berpunca pencemaran air. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
1. 'Sayangnya, hampir semua hidupan air mati'
PEKAN: Jabatan Perikanan Pahang sedang menyiasat punca beribu ikan dalam tali air sawah Kampung Ganchong Tengah dan Hulu, di sini mati secara mengejut minggu lalu.
Pengarahnya, Abdullah Jaafar, berkata pihaknya sudah mengambil contoh ikan mati untuk analisa makmal bagi mengenal pasti punca kematian, sama ada disebabkan pencemaran air atau faktor lain.
"Selain pencemaran air, faktor cuaca juga boleh menyebabkan ikan mati dengan jumlah yang banyak secara serentak," katanya hari ini.
Sementara itu, penduduk Ramli Bidin, 83, mendakwa pencemaran air dipercayai punca beratus kilogram ikan dalam tali air sawah Kampung Ganchong Hulu, dekat sini mati minggu lalu.
Pelbagai spesies ikan seperti baung ekor merah, lampam jawa, kerai, haruan, keli dan temperas mati sepanjang tali air yang membekalkan sumber air kepada lebih 150 hektar sawah yang diusahakan 83 pesawah tempatan.
"Kejadian yang berlaku minggu dipercayai membunuh semua ikan yang terdapat dalam tali air terbabit, ikan bersaiz kecil dan besar semua mati.
"Penduduk kampung yang melihat ikan timbul di permukaan dalam keadaan lemah menangkap ikan menggunakan penyauk, mereka seolah berpesta mendapatkan rezeki terhidang.
"Saya sedih melihat pelbagai spesies ikan air tawar bersaiz kecil dan besar mati, kini dalam tali air sawah Kampung Ganchong Hulu terdapat beratus kilogram ikan mati sehingga menyebabkan bau busuk.
"Lebih memilukan apabila turut mati siput gondang dan kijing, sejenis hidupan bercengkerang yang banyak terdapat dalam tali air di situ," katanya sambil menambah kejadian seperti itu pernah berlaku sebelum ini tapi tidak seburuk sekarang.
Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 60-an berkata, dia terkejut melihat begitu banyak ikan mati di tali air sawah kampung itu.
Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku sehingga boleh dikatakan hampir semua ikan pelbagai saiz mati secara serentak.
"Ikan besar termasuk anak mati, malah siput gondang dan kijing yang memiliki ketahanan kuat pada pencemaran air turut sama mati," katanya. (BH)
2. 130 penduduk Singapura tersalah terima vaksin COVID-19
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 130 penduduk di republik ini menerima dos vaksin COVID-19 yang salah.
Menteri Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, berkata daripada jumlah itu, tujuh adalah kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang tidak menunjukkan sebarang reaksi buruk.
"Selebihnya, membabitkan golongan dewasa yang sudah pulih atau tidak mengalami reaksi buruk.
"Seramai 11 orang mengalami masalah kesihatan akibat mengambil dos berlebihan dan 199 yang lain akibat pengambilan vaksin yang berkurangan sehingga 26 September lalu," katanya.
Sejak permulaan pandemik, kira-kira 16 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan.
Isu itu timbul selepas kes bulan lalu, apabila dua dewasa yang diberikan botol penuh vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.
Seorang pesakit dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung meningkat sebelum dibenarkan keluar hospital. - AGENSI
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hidupan air mati -siasat. 130 manusia mati salah vaksin -lalai..
Kerajaan Malaysia jauh lebih baik dan bertanggungg jawab?
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment