Friday, October 21, 2022

Imbas balik: Menagapa UMNO keluar parti & polemik 'miskin'.

 


1. Protes PRU musim tengkujuh punca ahli Umno keluar parti

BACHOK: Perikatan Nasional (PN) Bachok memulakan gerakan bagi menarik sokongan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tidak lama lagi.

Ketua Bersatu Bachok, Mohd Zulkifli Zakaria berkata, kempen itu dimulakan di Bachok kemudian diikuti kawasan Parlimen lain yang dimenangi Umno pada PRU lepas.

Katanya beliau mengajak ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti yang banyak terbabit dengan korupsi dan salah guna kuasa.

“Setakat hari ini kita berjaya menarik lebih 500 ahli Umno bersama kita dan insya-Allah malam ini kita akan anjur program Selamat Tinggal PH di beberapa tempat di Bachok.

“Berdasar banyak pertemuan sebelum ini penyokong PH dan ahli Umno kurang yakin terhadap kepimpinan parti terbabit di peringkat negeri dan pusat,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan berkata, tugas itu agak lebih mudah dilaksana memandangkan sebelum ini beliau aktif bersama Umno.

Menurutnya juga Bersatu memberi tumpuan di Parlimen Gua Musang, Machang dan Ketereh yang dimenangi BN pada PRU lepas.

Beliau juga berkata, antara faktor ahli dan penyokong Umno berminat menyertai Bersatu kerana pembubaran Parlimen dilakukan pada musim tengkujuh.

Kata beliau kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan sekarang tidak dapat turun ke laut kerana keadaan cuaca tidak menentu. – HARAKAHDAILY 18/10/2022


2. Kenapa rakyat masih miskin?  

ISU ekonomi adalah isu teras yang menjadi tumpuan dan kecaknaan rakyat pada setiap lapisan masyarakat. Kemerosotan ekonomi menjadi semakin ketara apabila berlakunya pandemik COVID-19.  

Dalam menghadapi krisis ekonomi yang merudum sepanjang pandemik, kerajaan telah mengeluarkan beberapa inisiatif untuk membantu rakyat bertahan dan menampung kelangsungan hidup.  

Antara solusi yang dilakukan adalah menurunkan OPR kali pertama oleh BNM pada 22 Januari 2020 sebanyak 25 mata asas. Penurunan OPR adalah bertujuan untuk mengurangkan komitmen kewangan rakyat dan membantu rakyat berbelanja.  

Apabila rakyat mula berbelanja, permintaan menjadi tinggi. Namun bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan daripada rakyat. Ini menyebabkan berlakunya inflasi.  

Risiko kenaikan inflasi berpunca daripada kenaikan mendadak harga komoditi, gangguan dalam rantaian bekalan di peringkat dunia dan permintaan tinggi (strong demand). 

Tambahan, permintaan rakyat (strong demand) terhadap barang asas seperti minyak masak, ayam dan lain-lain tidak berkurang. Permintaan (demand) yang tinggi melebihi penawaran (supply) menjadi faktor kenaikan inflasi. 

Beberapa keputusan baru perlu diambil untuk memastikan proses memulihkan ekonomi berjalan dengan baik, namun rakyat terpaksa berhadapan dengan kesan jangka pendek ini sementara ekonomi benar-benar kembali stabil.  

Solusi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini malangnya masih gagal mengeluarkan rakyat daripada garis kemiskinan.  

Timbalan Menteri KPDNHEP melaporkan kumpulan isi rumah berpendapatan B60 dijangka meningkat. Ini didorong oleh peningkatan inflasi yang memberi kesan ketara terhadap semua masyarakat tanpa mengira taraf pendapatan.  

Menurut data e-Kasih sehingga 30 Jun 2022, ketua isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar meningkat kepada hampir 145,000 berbanding hanya 45,000 pada 2020.  

600,000 isi rumah M40 jatuh ke dalam kategori miskin dan menyumbang kepada peningkatan golongan B40 kepada B60.  

Kebimbangan ini menjadi lebih menakutkan apabila ekonomi dijangka akan bertambah buruk pada tahun hadapan.  

Satu kaji selidik yang dibuat oleh KPMG International mendedahkan bahawa 62 peratus ketua pegawai eksekutif di rantau Asia Pasifik menjangkakan kemelesetan dalam tempoh 12 bulan akan datang.  

Bagi bertindak balas dengan jangkaan tersebut, 44 peratus CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja, 43 peratus mengurangkan kos dengan menaikkan harga dan 40 peratus akan mengurangkan margin keuntungan.  

Pastinya solusi, tawaran dan dasar yang kuat diperlukan untuk mengatasi masalah ini dan Perikatan Nasional bersedia dalam masa terdekat ini untuk membawa penyelesaian yang tuntas terhadap isu yang menggusarkan rakyat ini.

Apa yang diperlukan oleh rakyat pada waktu kini adalah satu solusi ekonomi yang sejahtera. Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat sekiranya tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan.

KHAIRUL NADZIR HELMI AZHAR
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 18/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimImbas balik: Menagapa UMNO keluar parti & polemik 'miskin'.

Mengenai polemik 'miskin', solusinya.. 'Rantaian masalah ekonomi ini akan terus membebankan rakyat sekiranya tiada penyelesaian tuntas daripada kerajaan.'

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment