SELALU kita dengar kan, orang duk cakap geng parti lebai (baca: PAS) ni pandai bab agama je, tapi tak reti urus ekonomi. Ya ke macam itu? Haa, jom kita tengok apa yang data dan statistik bagi tahu untuk situasi di Terengganu. Takkan nak main sembur je kan, mesti kena ada fakta.
1. Terengganu dapat Top 3 dalam KDNK 2021.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ini ukuran yang biasa digunakan untuk ukur prestasi semasa ekonomi sesebuah negeri. Untuk tahun 2021, KDNK Terengganu 3.6 peratus, ketiga tertinggi antara kesemua negeri. Lebih dari paras nasional lagi.
Ini adalah nilai tertinggi sepanjang 4 tahun pemerintahan pak lebai di negeri kepok lekor ni. 2018 (2.5 peratus) dan 2019 (3.3 peratus). Bahkan, kenaikan pertumbuhan ekonomi ni sangat signifikan selepas negeri ni alami kemelesetan sehingga -5.7 peratus tahun 2020 akibat pandemik dan PKP. Alhamdulillah. Pandai tak pak lebai urus ekonomi?
2. Kadar Pengangguran turun ke 4.0 peratus pada tahun 2021.
Selain pendapatan negeri yang meningkat dari tahun ke tahun, kadar pengangguran kat Terengganu pun turun bhai. Maknanya makin ramai orang Ganu dah dapat kerja. Hek eleh, turun sikit pun nak bising. Yalah, di kala negeri-negeri lain kadar pengangguran mereka meningkat, kita menurun satu pencapaian yang baik. Meh tengok kadar pengangguran negeri lain?
Pahang
2020- 3.1 peratus
2021- 3.3 peratus
Johor
2020- 3.5 peratus
2021- 3.8 peratus
Perak
2020- 4.8 peratus
2021- 5.3 peratus
Negeri Sembilan
2020- 3.8 peratus
2021- 4.2 peratus
Negeri yang tak pak lebai pula meningkat kadar pengangguran, berbanding negeri pak lebai yang tak pandai jaga ekonomi. Hmmm.
3. Hutang Kerajaan Negeri hampir dilunaskan sepenuhnya.
Biasa orang cakap, negeri berhutang untuk buat pembangunan. Tapi kalau dah berlambak dan tak bayar-bayar, potensi nak jadi bangkrap macam Sri Lanka pun ada tau.
Masa awal pemerintahan dulu (2018), Kerajaan Negeri kena tanggung hutang tinggalan kerajaan lama sebanyak RM733.13 juta. Meh nok kabo, daripada jumlah itu, 64 peratus berjaya dilangsaikan oleh Kerajaan loni dalam masa 3 tahun. Hutang hok tinggal setakat tahun ni RM267.09 juta jah. Haa, guano gamok?
4. Jumlah Pelaburan dan Peluang Pekerjaan meningkat mendadak.
Pelaburan yang masuk ke dalam negeri antara bukti kepercayaan pihak luar dan kompetensi kerajaan sedia ada dalam menguruskan hal ehwal berkaitan pelaburan.
Dalam tempoh 4 tahun PAS tadbir Terengganu (2018-2022) pula, jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negeri ni adalah sebanyak RM12.48 bilion!
Peluang pekerjaan yang dicipta melalui pelaburan ini adalah sebanyak 7,569 pekerjaan dengan purata pelaburan setiap tahun adalah sebanyak RM3 bilion. Alhamdulillah. Sikit ke banyak itu?
Melalui fakta-fakta ini, nilailah dengan seadilnya mampu ke tak geng pak lebai ni tadbir ekonomi negeri. Sekian.
ASYRAF SALLEH – HARAKAHDAILY 18/10/2022
KUALA LUMPUR: Teruja, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), kata pengguna.
Sudah tentu, ramai bersetuju DASH yang dibuka bermula 12.01 tengah malam Jumaat lepas menyingkatkan masa perjalanan dari beberapa lokasi ke lokasi yang lain, namun khuatir kadar tolnya yang akan dikenakan kelak tinggi, menyebabkan ramai mengelak untuk menggunakannya sebagai jalan alternatif.
Penjawat awam Siti Adabiyah Sulaiman, 32, mengakui lebuh raya itu menjadikan pemanduannya dari Sungai Buloh ke ibu negara lebih selesa selain menjimatkan masa perjalanan dari 90 minit kepada 60 minit pada waktu puncak.
“Kesesakan di Plaza Tol Rawang Selatan dan Jalan Duta dapat dielakkan. Saya harap harga tol yang dikenakan nanti pada kadar berpatutan dalam menggalakkan penggunaannya,” katanya kepada Bernama.
DASH yang dibina sejak Ogos 2016 menghubungkan Puncak Perdana dan Shah Alam, Selangor ke Penchala, Kuala Lumpur dan dijangka mampu mengurangkan kesesakan di Persiaran Mokhtar Dahari sebanyak 39 peratus, Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus).
Selain itu ia dijangka menjadi penyelesaian penyuraian trafik di kawasan pembangunan baharu seperti Kwasa Damansara dan Elmina di Selangor, selain sepanjang Shah Alam ke Damansara, Selangor.
Peniaga Steven Lee, 40, pula lega kerana mempunyai satu lagi jalan alternatif dari kediaman di Damansara Perdana ke tempat kerja di Kota Damansara yang menjimatkan masa dari 15 minit kepada 5 minit.
Juruukur bahan Hanis Amirah Hasnan, 34, yang menggunakan lebuh raya itu bermula dari Kota Damansara ke Penchala juga berharap kadar tol dikenakan pada harga berpatutan agar tidak membebankan pengguna.
Bagaimanapun, bagi penulis kandungan Arini Salleh, 31, keadaan trafik disifatkannya sangat teruk di susur keluar Puncak Perdana pada waktu puncak di sebelah petang disebabkan cerutan dari tiga arah kepada satu jalan di Persiaran Mokhtar Dahari.
Penjawat swasta Faris Fuad, 31, turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi trafik di susur keluar Puncak Perdana yang dikhuatiri akan memburukkan aliran kenderaan di kawasan itu dan tidak mencapai matlamat sebagai penyelesaian penyuraian trafik di Persiaran Mokhtar Dahari.
“Sekiranya perjalanan lancar dalam lebuh raya sahaja tetapi bertambah sesak apabila menyambung perjalanan di jalan raya biasa, jadi masa perjalanan akan sama sahaja, sama ada guna lebuh raya atau tidak,” katanya yang menetap di Setia Alam.
Bermula 14 Okt lepas hingga 30 Nov ini, pengguna DASH masih berpeluang untuk menikmati perjalanan secara percuma. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, data, statistik negeri yang 'lebai' perintah.. Berilah peluang 'lebai' atau PAS memerintah kerajaan Persekutuan pula, mungkin lebih dari Lebuhraya DASH boleh dibina.
Bahkan harga tolnya boleh difikir semasak-masak. Tapi bukan macam janji PH (Pakatan Harapan) yang tidak tunaikan harapan selepas menang.
Janji lebai selalu menyebut 'Insya Allah'!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
1 comment:
Memerangi rasuah adalah satu kemestian. Di negara cina, rasuah disudahkan dengan hukuman tembak mati.
Tetapi cara anuar memerangi rasuah bergabung dengan komunis dapig membahayakan bumiputera dan Islam.
Komunis dapig sudah dimaklumi sangat keras menentang Islam dan bumiputera. Sementara anuar dan mat sabun membuka laluan mudah buat komunis dapig memerangi Islam dan bumiputera.
Seperti bangsa jepun menjajah tanah melayu sangat lunak bicara pada mulanya. Tapi bila dapat menjajah, dijarahnya bumiputera dan Islam.
Yg anak gadis dirogol. Yg anak muda jadi buruh. Yg dibunuh ikut suka pun ramai. Lunak bertukar jadi ganas bila dapat kuasa.
Jangan lupa komunis dapig punya sifat yg sama. Dulu terima kontrak sosial, sekarang tuntut hak bumiputera. Dulu akui Islam agama resmi persekutuan, sekarang minta agama lain disebarkan kepada orang melayu. Akan datang lebih ganas lagi tuntutannya.
Jadi cara anuar dan mat sabun bergabung dengan komunis dapig adalah satu dosa besar dan pengkhianatan yg sangat berat terhadap bumiputera dan Islam. Yg besar kemungkinan kematian anuar dan mat sabun dalam keadaan maksiat terhadap agama dan bangsa.
Post a Comment