SAYA menyambut baik usaha kerajaan bagi mengklasifikasikan perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan di sisi undang-undang. Penguatkuasaan undang-undang ini melalui pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 bukan sahaja tepat pada masanya malah ia selari dengan tuntutan syariah yang melarang umatnya menghendap.
Sebagai mana firman Allah taala dalam surah al-Hujurat ayat 12:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِّنَ الظَّنِّۖ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَّلَا تَجَسَّسُوْا وَلَا يَغْتَبْ بَّعْضُكُمْ بَعْضًاۗ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain.
Tambahan pula, perbuatan menghendap mahupun mengintip turut merangkumi perbuatan mengganggu melalui pelbagai medium seperti telekomunikasi, sosial media dan sebagainya. Ia sekali gus memberi kesan psikologi terhadap emosi mangsa bahkan menimbulkan suasana yang tidak selamat dalam kalangan masyarakat terutama golongan wanita.
Walaupun begitu, Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membezakan aktiviti menghendap yang mendorong perlakuan jenayah dengan pembuktian apa-apa perlakuan jenayah syariah yang dilaporkan seperti pensabitan khalwat, minum arak dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan rakyat tidak keliru dan menyalahgunakan istilah tersebut.
Justeru, saya sekali lagi menyatakan sokongan terhadap pindaan ini agar keharmonian serta keselamatan rakyat lebih terjamin terutama di media sosial namun pada masa yang sama saya mencadangkan agar istilah ini diperincikan dengan lebih spesifik bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat.
“Malaysia Sejahtera”
YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR
Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 4/10/2022
2. Siti Aishah Shaik Ismail si pembohong dari PKR
Siti Aishah si pembohong, si penjilat tegar Anwar Ibrahim yang pernah dibuang daripada menjadi Speaker DUN Perak oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang sebelum itu beliau puja dan puji sebagai abang besar dalam PH. Dia juga tidak dipilih oleh Faizal Azumu, ketika menjadi Menteri Besar Perak sebagai Pegawai Khasnya. Siti Aishah si pembohong dalam satu ceramahnya di Kedah, telah bercakap penuh kebohongan berkenaan PAS.
Yang pertama dari video itu, dia menuduh Presiden PAS ponteng Parlimen. Perkataan ponteng bermakna salah laku, sedangkan Parlimen membenarkan tidak hadir bersebab, tidak wajib duduk sehingga habis sidang. Dan jika gagal memberikan sebab, maka Ahli Parlimen itu, boleh digugurkan kelayakan sebagai wakil rakyat. Dan tidak pernah ada tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Presiden PAS. Patutlah tidak dilantik jadi Speaker, tak tahu peraturan rupanya.
Sedangkan ketika PH memerintah, banyak kali kerusi kerajaan kosong dan juga tidur. Dia menuduh Presiden PAS sebagai penasihat kepada Perdana Menteri tamakkan kepada elaun, sedangkan rakyat hidup susah, lalu dikaitkan dengan kuat dan lemahnya iman kerana mengambil elaun.
Pembohongannya, Presiden PAS tidak pernah menjadi penasihat kepada Perdana Menteri (dua kali dia menyebutnya), tetapi Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah. Pertanyaan semula kepada Siti Aishah si pembohong, ketika negara yang PH katakan sedang nazak kerana rezab negara yang kurang, adakah semua menteri PH menolak gaji dan elaun mereka, selepas PH menang PRU-14 Mei 2018 dahulu? Dan apakah salah jika diambil elaun yang sah itu, dibahagi, untuk membantu rakyat di kawasan beliau? Kenapa disabitkan keimanan dengan mengambil elaun yang halal atas seseorang itu? Agama mana yang mengajarkannya?
Siti Aishah si pembohong cuba membawa simpati cerita rakyat. Satu kes wanita mencuri milo di Marang, tidak diambil peduli oleh Presiden PAS, sedangkan pesalah disahkan sudah terlibat tiga kes jenayah. Adakah prinsip PH akan mengeluarkan semua penjenayah kerana kasihan? Tidak adakah kes seperti itu di Port Dickson? Apa tindakan Anwar? Masuk campur urusan mahkamah dan polis? PH mengeluarkan Anwar dari penjara walau sudah dua kali didapati bersalah, maka adakah Najib juga PH mesti keluarkan nanti? Tak kasihankah?
Rasulullah berkata, tangan Fatimah akan dipotong jika didapati bersalah mencuri. Siti Aishah si pembohong begitu bodoh, kerana tidak tahu agama, mensabitkan tiadanya bantuan Presiden PAS kepada wanita itu sebagai tiada iman. Jelas menunjukkan PH jahil dan bila berkuasa, akan mencampuri urusan mahkamah dan akan memutar belitkan agama Islam. Siti Aisyah si pembohong tanpa sedar menjadikan dirinya model salah seorang si jahil dalam PH seperti yang Presiden PAS katakan.
Siti Aishah si pembohong menyembunyikan fakta sebenar berkenaan 22 cabutan judi apabila tidak menyatakan bahawa daripada 15 kenaikan baru cabutan judi itu, hanya lapan yang dijalankan, sementara tujuh lagi dibatalkan. Turut disembunyikan ialah tiada premis judi di negeri yang ditadbir PAS. DAP pula mengajak rakyat di Melaka menolak PAS kerana PAS akan hapuskan judi. Dan PAS telah mengemukakan bantahannya berkaitan 22 cabutan ini, disiarkan dalam Malaysiakini, kitab suci PH itu.
Tidak berhenti di situ, Siti Aishah si pembohong menyambung lagi tuduhan yang Presiden PAS menerima elaun sebagai penasihat kepada Perdana Menteri ialah sebanyak RM27,272.20. Elaun percutian RM50,000 belanja atau tidak, dia akan dapat. Elaun keraian RM10,500, elaun parkir RM5,700 dan banyak lagi elaun-elaun lain untuk menambahkan kebencian pendengar. Rupanya dia menggunakan maklumat palsu yang lama dahulu.
Sedangkan pada 27 Disember 2019, sewaktu PH masih memerintah Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang menjadi Menteri PH bersama Teresa Kok, Fauziah Salleh, Raja Bahrin dan beberapa orang lagi menafikan yang mereka menerima elaun-elaun itu dan menyifatkannya sebagai mengarut. Berita ini juga disiarkan oleh kitab suci PH, Malaysiakini. Tetapi bagaimana pula dengan Anwar yang mengaku ada harta sebanyak RM10 juta itu? Dari mana duit itu datang? Elaun sebagai menterikah?
Siti Aishah si pembohong juga menyebutkan dengan mengundi PH, Malaysia akan diselamatkan daripada perasuah, sepertinya dalam PH tiada perasuah, yang ada hanya pada BN dan BERSATU (sudah tentu dia tidak boleh kata PAS ada perasuah, tetapi masih tidak puas hati, dia sebutkan PN). Tetapi, bagaimana dengan kes rasuah Lim Guan Eng dan puluhan kes rasuah PH? Selamatkah Malaysia?
Siti Aishah si pembohong juga mengatakan bahawa bukan PH tidak bekerja semasa ada kuasa dahulu, tetapi rumah yang mereka baru masuk adalah rumah perompak penyamun yang sudah puluhan tahun lamanya. Sedangkan Anwar juga ada bersama penyamun itu suatu ketika dahulu, tukang buat tahi, kes skandal Forex 1992-94 yang melibatkan lebih RM30 bilion duit rakyat. Suruhanjaya Siasatan Di Raja ketika itu mencadangkan Tun dan Anwar perlu disiasat kerana mengelirukan kerajaan.
Akhirnya Siti Aishah si pembohong menuduh Menteri Besar Kedah, DS Sanusi bermain bola tanpa memakai baju, merujuk kepada sekeping gambar yang tular Menteri Besar Kedah tidak berbaju selepas bermain bola. Sedangkan gambar itu adalah gambar yang diubahsuai oleh musuh PAS. Begitulah dangkalnya cara Siti Aishah si pembohong, penceramah PH yang penipu, jahil agama dan pernah menjadi seperti kucing kurap apabila dihambat DAP daripada dia menjadi Speaker DUN Perak, mengambil maklumat.
Dan kini, dia masih setia kepada DAP yang kafir itu. Setianya dia, sanggup menipu, menghina ulamak demi PH yang abang besarnya ialah DAP walau dia pernah dibuat seperti kucing kurap. Kasihan sungguh. Hina sungguh manusia seperti ini, apalagi menjadi Melayu Islam di bumi sendiri. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana berbohong itu sifat orang munafik.
MOHD NASIR ABDULLAH
1 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 1/10/2022
Foto bukti pembohongan Siti Aishah disertakan
No comments:
Post a Comment