SATU masa, bila sebut politik, orang akan gandingkan dengan rasuah. Masuk politik mesti makan rasuah, naik dalam politik mesti dengan rasuah.
Setiap kali berita, ada sahaja dipaparkan pemimpin politik (BN dan PH) diheret ke muka pengadilan kes rasuah dan penyelewengan. Suasana politik dipenuhi dengan berita korupsi.
Tiba-tiba PAS datang nak menongkah arus budaya politik rasuah. Bukan melalui kata-kata, tapi praktikal sebagaimana dibuktikan di Kelantan; bukan setahun, tetapi selama 32 tahun pentadbiran sejak tahun 1990, tiada sabitan kes rasuah.
Sukar untuk rakyat terima kerana politik kita sudah lama diasuh dengan rasuah. Satu ‘kejutan’ pula bagi rakyat bila politik itu disandingkan dengan integriti.
Begitu juga ketika kita dihidangkan dengan suasana politik tipu rakyat. Politik mungkir janji manifesto. Hingga rakyat putus asa dengan orang politik. Terutama pasca Kerajaan PH.
Tatkala itu juga PAS tiba-tiba hadir menerjang badai politik tipu rakyat. Tersebar ke seantero negara, 90 peratus (18 daripada 20) manifesto PAS Terengganu telah ditunaikan dalam tempoh 4 tahun.
Terkejut semua orang, seolah-olah satu ‘miracle’. Rakyat terkesima, penyokong PH terketar-ketar, mana ada orang politik tunaikan janji. PAS kahwinkan politik dengan tunai janji.
Begitu jugalah sebagaimana orang tak percaya ada politik integriti dan politik tunai janji. Orang juga tak percaya PAS parti lebai boleh urus dan tadbir ekonomi.
Sekali lagi, lebai PAS memecahkan tembok persepsi ini juga dengan pelaksanaan di Kedah apabila berjaya menarik berbilion-bilion pelaburan ke negeri Jelapang Padi Negara itu.
Rakyat juga tak boleh percaya, mana mungkin lebai berkain pelikat boleh tarik pelabur buka kilang kereta Porsche di Kedah. Ini satu yang mustahil pada akal.
PAS sajikan politik-integriti, rakyat sukar terima, kerana sudah ditanam politik-korupsi. PAS hidangkan politik-tunai janji, rakyat terkesima kerana bagi mereka politik mesti tipu rakyat.
Begitulah juga bila PAS cakap pasal bilion-bilion ringgit dan naik kereta Porsche. Rakyat terkebil-kebil, ‘Biar betul Pak Lebai nie’? Patut PAS kira duit syiling dan naik kereta lembu je.
PAS bukan cakap saja. PAS terjun ketengah lembah politik hitam, membawa cahaya putih. Selamatkan negara, selamatkan rakyat, selamatkan politik.
Ramai yang melihat cahaya ini sebenarnya, tapi gerun untuk mendatangi kerana sudah terlalu lama diperam dalam kegelapan politik.
Marilah sentuh cahaya putih bulat ini, anda pasti teruja.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 16/10/2022
2. PRU15: Kelangsungan usaha Penyatuan Ummah
SITUASI politik negara kini terletak di tangan pimpinan parti politik dan rakyat Malaysia sebagai pengundi yang akan memilih kerajaan baharu setelah YAB Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022 dengan perkenan SPB YDPA.
Kedengaran juga di sana sini, ada yang berkata mungkinkah kali ini ‘pilihan raya terkejut?’ macam ‘raya terkejut’ tahun ini ya? Di kala ketika ini kebanyakan sekolah sedang membuat persiapan bagi ujian Pra-UPKK, peperiksaan percubaan SPM dan tidak terkecuali sekolah-sekolah yang biasanya dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir.
Semuanya menanti pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan tarikh-tarikh penting agar demokrasi benar-benar subur untuk memberi ruang dan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah menjadi pengundi automatik.
Seruan agar semua pihak mengambil langkah sewajarnya dengan merancang cuti dan seumpamanya demi menunaikan tanggungjawab kepada negara. Ingat! Jika kita ingin melihat masa depan negara yang lebih baik, kita mesti keluar memilih pemimpin yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat.
Sikap yang tidak ambil endah terhadap perkembangan politik tanah air sebenarnya agak membimbangkan sedangkan kita semua mempunyai ruang dan peluang untuk membina sebuah negara Malaysia Sejahtera dengan acuan Islam yang sebenar dan pastinya menjamin keadilan buat semua.
Usaha Penyatuan Ummah bukan eksklusif kepada PAS dan Umno sahaja malah usaha ke arah mengembalikan penguasaan majoriti 2/3 Parlimen kepada golongan majoriti Bumiputera Islam memerlukan keterlibatan yang menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.
Pendirian PAS sebagaimana diungkap Tuan Guru Presiden menolak sekeras-kerasnya Pakatan Harapan (PH) kerana dianggap ‘gelap ggugup’ dan menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang kini masih berada dalam keadaan ‘keruh’. Maka, perlu kepada penjernihan bagi membentuk kerajaan yang bersih dan stabil.
Mengambil contoh Parlimen Tambun dengan status keputusan PRU14 kalah 0-3 kepada PH boleh berubah menjadi kemenangan 3-0 jika dapat menjadikan 1 lawan 1 dengan PH. Formulanya boleh dibuat dengan memberi laluan kepada BERSATU bertanding di Parlimen Tambun, PAS bertanding di DUN Manjoi dan Umno bertanding di DUN Hulu Kinta menentang PH.
Sememangnya begitulah hakikat usaha Penyatuan Ummah yang dibawa oleh PAS dengan mengajak Umno bersama BERSATU membentuk Kerajaan Perikatan Nasional sebagai permuafakatan baharu politik dan kemudiannya turut didukung bersama parti gabungan yang tidak ekstrem.
Insya-Allah permuafakatan itu akan memberi manfaat lebih besar kepada kerajaan memerintah dengan lebih baik bagi menawarkan kesejahteraan hidup buat kita semua.
ZULFAHMI RAMLI
Rakyat Malaysia
15 Oktober 2022 – HARAKAHDAILY 15/10/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, PAS cipta masa depan baru. Langsung ke penyatuan Ummah.
Insya Allah, al-hamdulillah!
Beratus kali Tun Mahathir Mohamad merayu agar parti-parti pembangkang bersatu dan melupakan permusuhan. Goreng Mamak Dah Tak Laku Lagi
ReplyDeleteTun terringin sangat bekerjasama dengan pihak lain hanyalah Tun Mahathir dan GTA yang terpekik terlolong mahu pembangkang bersatu..!!
Sebab apa yer.!?
Sebabnya bukanlah kerana mereka begitu bimbang UMNO dan BN tidak dapat dikalahkan, tetapi kebimbangan yang lebih besar ialah tiada kerusi yang GTA mampu menangi. Hilang semua wamg deposit..!!
Kata beliau, parti-parti pembangkang akan tewas jika mereka tidak bekerjasama. Kita berpendapat kalau parti-parti lawan ini berpecah, kita ( peerh Tun kata 'kita' bukan dia kah semuanya selama ini..!!) akan kalah.
“Jadi 'kita' kena fikir sama ada kita lupakan permusuhan antara kita seperti dalam PRU14 untuk kalahkan orang yang lebih buruk. Pada Tun ' Goreng Mamak Tak Laku lagi. Tekak rakyat dah kembang nak muntah'
Jika diperhatikan hanya Tun Mahathir bagi pihak GTA dan Pejuang saja yang bersungguh-sungguh serta beratus kali membuat saranan sedemikian.
Pihak PH, mereka sudah pun membuat kenyataan tidak akan bekerjasama, baik dengan GTA atau pun PN.
Malah diramalkan Tun Mahathir Boboi bakal kecundang di kerusi Langkawi dan Jerlun melainkan jika ada kesepakatan dan bekerjasama dengan pembangkang lain. Tiada siapa lagi mahu mempercayai dan menyokong beliau yang penuh toksid itu.
Tun Mahathir kini adalah sosok politik paling dibenci dan penuh toksid berikutan sejarah mungkir janji, khianat dan gula kuasa tanpa had..!!
Tun goreng mamak dah tak laku lagi..!!
Percaya atau tidak, pas tidak diburukkan oleh kepimpinannya.
ReplyDeleteBeza ngan dapig, di burukkan oleh eng guan dgn kes trowong.
Umno diburukkan oleh ajib, wak dan majoriti pimpinan ngan kes rasuah dan tibai duit ikut kuasa.
Atok dgn kes rugi forex, perwaja, port klang dan gelaran rakyat maha firaun.
Anwar dengan gelaran banduan, langkah sheraton oleh anak didik politiknya jemin dan juraidah.
Pas hanya dipenuhi dengan fitnah dari kuli, anwar, atok, zahid dan komunis eng guan.
Mereka ni yg cuba musnahkan pas. Sedangkan pimpinan pas tungkus lumus nak majukan org melayu dan seluruh rakyat.
Jangan termakan hasutan dapig, pkr, pan dan atok dan zahid dan kuncu kuncunya.
Negeri di bawah pas aman dari rasuah. Aman dari pemimpin rakus harta. Aman dari perkauman.
Berkali kali juru audit angkat negeri pas terbaik pengurusan kewangannya.
Terbaik tiada rusuhan kaum.
Jom sokong pas.
Malu apeee bossluuuuu.. Dh dlm jel kikikiki,
Deletemadey tetap di luar bebas smpi skrg hehehehe
Tiada kena mengena ngan Islam. Dapig guna atok. Yg rasuah dah kena jel. Yg kuat fitnah pun elok masuk jel. Nyusahkan rakyat.
DeleteLepas PRU semua perkakas meja kerusi dalam agensi kerajaan dan hanjing hanjing Tun Daim wajib ditukar dengan perkakas baru..
ReplyDelete22 tahun 22 bulan perkakas Tun dan Daim buat menyemak saja
Penyatuan umah, mlawan arus pala bana, puak paling tk leh d percayai sbab tinggalkn umno Bn, mmg kalah terok la pru 15 nih
ReplyDeleteDepa dok kata pas main dua kolam. Dah tahu kolam tu ada rasuah buat apa nak ikut syarat kolam rasuah. Sama macam pas tinggalkan kolam komunis.
ReplyDeleteTapi anuar adalah kolam jahiliah. X tahu beza baik buruk. Semua dia tibai baik. Komunis pun baik. Sampai mat sabu kata komunis pejuang kemerdekaan. Mudah jer statement mat sabu. Kerana dlm dapig ada yg waris komunis yg bunuh org melayu dan polis melayu zaman dharurat.
Jadi hang dah tahu hanya ada satu kolam yg jernih. Pilih yg jernih. Nanti pentadbiran negara kembali ke jalan lurus. No rasuah. No jahiliah. No salah guna kuasa. No komunis. No liberal. No politik diperkudakan.