KUALA LUMPUR: Cadangan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi lebih daripada seorang calon termasuk daripada Sabah dan Sarawak dilihat sebagai janji 'mi segera' kumpulan terdesak mencari sokongan untuk menang pilihan raya.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan cadangan itu cuma janji politik sekadar memenuhi permintaan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Tawaran bersifat 'mi segera' adalah gambaran kumpulan terdesak. Saya yakin apa saja yang diminta kepada kumpulan terdesak ini, akan dijanjikan.
"Minta sungai pun mungkin diluluskan namun persoalannya apakah ia wajar dan baik untuk masa depan negara," katanya kepada BH.
Beliau mengulas cadangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan salah satu jawatan itu dilantik dalam kalangan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3 Papar memaklumkan jawatan tiga TPM akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan jaminan wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung dilantik, yang menjadi manifesto parti untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Jelajah PH Sabah mengumumkan dua jawatan TPM membabitkan seorang dari Semenanjung dan seorang mewakili Sabah atau Sarawak (Borneo).
Tuan Ibrahim menegaskan kewujudan jawatan TPM dalam kerajaan tidak perlu disandarkan kepada keperluan bagi pembangunan sesuatu wilayah sebaliknya signifikan kepada seluruh negara.
Katanya, jawatan Perdana Menteri dan TPM mestilah memikirkan kepada pembangunan seluruh negara.
"Tidak perlu wujud jawatan TPM bagi satu wilayah saja. Ia hanya akan menambah kos bagi kerajaan.
"Selama lebih 60 tahun kita merdeka, semua wilayah diberi perhatian sama. Bahkan kita telah wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak," katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apa yang penting bukan jawatan, tetapi perancangan pembangunan dan peruntukan kewangan bagi membangunkan negeri yang miskin bukan hanya di Sabah dan Sarawak tetapi juga negeri di Semenanjung.
Katanya, rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tawaran spontan dibuat, tanpa perancangan yang rapi, kerana pengalaman PH memerintah selama 22 bulan, dengan pelbagai janji dibuat dalam buku khas manifesto tetapi tidak dilaksanakan selepas mereka beroleh kuasa.
Mengulas lanjut, katanya pada masa ini, Perikatan Nasional (PN) tidak membincangkan mengenai jawatan TPM jika parti itu berkuasa nanti. (BH)
2. PAS dan integriti: Bukan sembang kosong
KALAU kita perhatikan, ramai ahli politik sama ada yang ada jawatan atau pun tidak akan berbicara soal integriti dan wibawa terutamanya musim pra PRU-15 yang semakin hangat.
Era maklumat di hujung jari pada hari ini memudahkan kita untuk semak dan imbang, siapakah antara mereka hanya sembang gajah terbang, ataupun yang benar-benar menghayati makna integriti dan diterjemahkan melalui tindakan. Jom kita tengok macam mana PAS melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti melalui negeri yang diterajui oleh PAS:
Terengganu
Hampir 65 peratus hutang kerajaan lama (Umno) sebanyak RM773 juta dapat dilangsaikan dalam masa 3 tahun sahaja. Pada masa yang sama, Kerajaan juga berjaya meningkatkan pendapatan negeri dan mencapai pertumbuhan ekonomi ke-3 tertinggi antara semua negeri di Malaysia bagi tahun 2021.
Masalah stadium runtuh yang tak dapat diselesaikan selama 2 penggal (2008-2017) oleh kerajaan yang diperintah oleh Umno akhirnya dapat diperbaiki dan dimanfaatkan sepenuhnya pada era pemerintahan PAS (2018-2022). Bahkan ia menjadi antara stadium bola sepak terbaik di Malaysia.
Mengembalikan semula hampir 80 peratus tanah yang telah dirampas oleh kerajaan Umno kepada rakyat. Daripada 8,834 permohonan, sebanyak 6,785 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga 2022.
Kedah
Integriti berjaya menghasilkan produktiviti. Kerajaan Negeri berjaya mengutip hasil berjumlah sehingga RM688 juta pada tahun 2021, antara yang tertinggi bagi Negeri Kedah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara faktor utama, PAS mengamalkan amalan tadbir urus yang memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pegawai Kerajaan Negeri mengikut profesional dan bidang kepakaran mereka. Tiada cengkaman politik kepada para pegawai.
Integriti membuahkan kepercayaan pihak luar untuk melabur di Negeri Kedah. Berbanding tahun 2020, Kedah berada di kedudukan ke-8 antara semua negeri di Malaysia dari sudut jumlah pelaburan dan melonjak naik kepada kedudukan ke-2 pada tahun 2021. Jumlah pelaburan di Kedah RM68.3 bilion (2021), merupakan yang tertinggi dalam sepanjang sejarah negeri.
Menyelesaikan isu permohonan tanah rakyat dengan lebih cepat dan efisien. Mesyuarat kelulusan tanah yang dibuat selama 2 kali setahun oleh kerajaan terdahulu dapat diselesaikan dengan kekerapan mesyuarat kelulusan tanah selama 2 kali sebulan pada era pemerintahan PAS.
Kelantan
PAS kekal bersih daripada kes rasuah walaupun telah 32 tahun memerintah Kelantan sejak 1990. Berbeza dengan parti yang diberikan amanah memerintah hanya 22 bulan, terus terpalit dengan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit, apatah lagi parti yang telah memerintah negara selama 60 tahun.
Walaupun mempunyai pendapatan negeri yang terhad, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang kerana negeri ini tidak akan menghadapi situasi kekurangan makanan sekiranya berlaku krisis bekalan makanan ekoran Kadar Sara Diri atau Self Sufficiency Level (SSL) bagi Negeri Kelantan pada tahun 2020 yang tinggi bagi makanan asas seperti berikut:
Beras – 208 peratus,
Kelapa – 196 peratus,
Kambing atau biri-biri – 190 peratus,
Buah-buahan – 117 peratus,
Sayur-sayuran – 98 peratus,
Ikan – 93 peratus.
Kelantan berjaya kekalkan keluasan hutan simpanannya. Sehingga 2021, Hutan Simpanan Kekal Kelantan mempunyai keluasan tertinggi di Semenanjung dan Ketiga Tertinggi di Malaysia. Untuk makluman, daripada semua negeri di Malaysia, keluasan Negeri Kelantan adalah yang ke-6 di belakang Sarawak, Sabah, Pahang, Perak dan Johor.
ASYRAF SALLEH
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) – HARAKAHDAILY 24/10/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, puak terdesak TPM lebih.. & lihat integriti PAS!
Ya, lihat integasi PAS bukan sembang kosong tapi berfakta. Bukan macam 'penjilat juboq tak basuh' dalam blog ini, tak berfakta, bernilai sampah, menyemak!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
3 comments:
Ingat masa pkp.. 600 juta entah kemane.. Audit ketua akauntan negara tu
Kita masih ingat di waktu PKP dahulu , kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang memberi bantuan kepada rakyat supaya rakyat.
Apakah bantuan puak PH untuk rakyat semasa PKP dahulu selain dari mengkritik kerajaan PN?
Kita masih ingat lagi KERAjaan PH sengaja membenarkan rakyat china beramai-ramai masuk ke Msia sedangkan pada waktu tersebut covid-19 sedang merebak di negara china.
Akibatnya virus covid-19 merebak di Msia.
Kita masih ingat kes pembunuhan Adib di waktu PH memerintah dan bagaimana hak Adib untuk mendapat keadilan telah dinafikan. Dan hingga sekarang pihak berkuasa gagal menyelesaikan kes Adib kerana kecuaian KERAjaan PH.
Cukuplah 22 bulan.
Post a Comment