Sunday, October 09, 2022

Jatuh niaga RM 2 juta, bangkit dengan RM8 juta. Bagaimana?

 

Selepas berjaya membina nama sebagai pengilang yang membekalkan produk peniaga-peniaga lain, Siti Akmaliyah kini muncul dengan jenama produknya sendiri, Rora Rona Rasa. Siti Akmaliyah berkebolehan memandu lori sejak berusia 18 tahun atas kepentingan skil ini bagi membantu dirinya lebih memahami tentang selok-belok bidang perniagaan yang diceburinya.

Ditipu RM2 juta, Siti Akmaliyah bangkit jana RM8 juta

Adat berniaga, sudah pasti golongan peniaga atau usahawan perlu berhadapan dengan risiko kewujudan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

Pelbagai faktor menyumbang terhadap jatuh dan bangun dalam bisnes, namun yang paling nyata membawa kepada kerugian adalah apabila usahawan menjadi mangsa penipuan.

Itulah pengalaman yang dilalui Siti Akmaliyah Shuhaimi, 36, pemilik dan pengarah urusan syarikat pelbagai jualan produk makanan berkualiti premium dikenali sebagai Rora Rona Rasa (Rora) yang merupakan anak syarikat Magnovas Holding Sdn. Bhd.

Syarikat seratus peratus milik bumiputera ini menjadikan salah satu daripada perkara asas untuk menjaga kualiti produknya adalah dari segi pembuatan di kilang miliknya sendiri yang telah mendapat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengikut piawaian MeSTI. 

Siti Akmaliyah ditemui kru HarakahDailyYUSMAN AWANGSYAHIRAH SALLEH dan juruvideo/jurugambar, MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE pada majlis pelancaran 100 produk Rora di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, yang menyaksikan jalinan kerjasama Rora dengan rangkaian jenama runcit terkemuka, AEON (M) Bhd. (AEON).

Sehubungan itu, anak kelahiran Pahang ini mengakui beliau pernah menjadi mangsa penipuan pada tahun 2014. Ia membabitkan sebuah koperasi tempatan menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM2 juta.

Namun lapan bulan kemudian, beliau bangkit daripada kejatuhan dalam bisnes akibat menjadi mangsa penipuan tersebut dengan menjana jualan RM8 juta. 

Justeru, apakah rahsia beliau yang boleh dikongsikan khususnya buat golongan usahawan di luar sana?

Ikuti sedutan temu bual HarakahDaily dengan Siti Akmaliyah, ibu empat anak yang berasal dari Pahang yang berkobolehan memandu lori.

1. Boleh kongsikan bagaimana Puan menggapai sukses dalam bidang perniagaan seperti sekarang ini?

Pada asalnya, saya menceburkan diri dalam perniagaan dalam keadaan terpaksa kerana desakan hidup setelah kedua-dua ibu bapa saya bercerai. Pada ketika itu, bekerja dengan orang lain bukan  option  untuk survive sebab komitmen bulanan mencecah lima angka. 

Sepanjang perjalanan menjalankan bisnes, saya meraih sokongan keluarga yang memudahkan lagi progres perniagaan. 

Pelbagai jenis perniagaan saya usahakan, daripada bisnes kedai alat tulis hinggalah produk makanan dan akhirnya makanan dan minuman (F&B) yang membawa perubahan pada perniagaan saya dari tahap biasa kepada luar biasa. 

2. Apakah cabaran dalam mengendalikan bisnes yang tidak pernah Puan ceritakan kepada umum sebelum ini?

Cabaran paling getir dalam perniagaan adalah bagi memastikan visi dan misi syarikat seiring dengan rakan kongsi bisnes. 

Proses menyelaraskan matlamat dan hala tuju syarikat perlu seiring dari pihak atasan sehinggalah kepada staf yang melaksanakannya. 

Kebanyakannya meletakkan wang di hadapan dan cepat gelap mata. Terutamanya apabila bisnes berjalan dengan baik, ramai mula lupa apakah hala tuju syarikat yang ingin dicapai. 

Sebagai pemilik bisnes, kita kena kuat dalam mencari team yang dapat melihat misi dan visi syarikat serta sentiasa memberi peluang kepada ramai orang. Kejayaan sesebuah syarikat adalah hasil teamwork keseluruhan pasukan. 

3. Berapa lama tempoh masa sebelum Puan mencapai kejayaan seperti sekarang ini? Boleh kongsikan kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang Puan usahakan?

Dalam menjalankan perniagaan, pada tahun 2014 saya pernah ditipu oleh sebuah koperasi tempatan sebanyak RM2 juta.

Itu adalah kejatuhan saya dalam perniagaan. Kemudian, saya bangkit dengan menjalinkan kerjasama sebagai pengilang yang membekalkan produk-produk jualan pihak lain kepada rangkaian jenama runcit terkemuka Giant, AEON dan beberapa gedung belah-belah mega yang lain.

Sebenarnya, saya buka kilang OEM di Ijok, Selangor yang menghasilkan produk-produk usahawan lain. 

Hasilnya, selepas lapan bulan mengalami kerugian RM2 juta akibat ditipu koperasi berkenaan, syarikat saya berjaya mengumpul jualan mencecah RM8 juta.

Jadi pada tahun 2014, saya bangkit semula daripada kejatuhan dalam bisnes dan meraih kejayaan sehinggalah sekarang. 

Kalau dari segi berapa lama tempoh diambil untuk meraih kejayaan, sebenarnya saya sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak 13 tahun yang lalu. 

Namun, boleh dikatakan selepas lima tahun berkecimpung dalam bisnes, baru nampak kejayaan. Kemudian kena tipu, jatuh namun terus bangkit. Justeru, saya ada pengalaman dalam sepak dan terajang dunia bisnes; dan insya-Allah, tahu apa yang perlu dilakukan dan dihadapi. 

Kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang saya usahakan pula sudah tentu seringkali ditipu. Ia bukan bermakna saya mudah ditipu tetapi macam kes membabitkan sebuah koperasi tempatan itu, bukan saya seorang tetapi sebenarnya seramai 50 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) menjadi mangsa.

Projek tak menjadi walaupun agreement dah dibaca dan ketika semua kelihatan seperti okey. Namun apa pun, kita anggap itu adalah ujian daripada Allah SWT. Jatuh bangun saya dalam perniagaan terlalu banyak dan paling besar yang melibatkan kerugian RM2 juta tersebut.

4. Berapa lama tempoh masa sebelum Puan mencapai kejayaan seperti sekarang ini? Boleh kongsikan kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang Puan usahakan?

Dalam menjalankan perniagaan, pada tahun 2014 saya pernah ditipu oleh sebuah koperasi tempatan sebanyak RM2 juta.

Itu adalah kejatuhan saya dalam perniagaan. Kemudian, saya bangkit dengan menjalinkan kerjasama sebagai pengilang yang membekalkan produk-produk jualan pihak lain kepada rangkaian jenama runcit terkemuka Giant, AEON dan beberapa gedung belah-belah mega yang lain.

Sebenarnya, saya buka kilang OEM di Ijok, Selangor yang menghasilkan produk-produk usahawan lain. Hasilnya, selepas lapan bulan mengalami kerugian RM2 juta akibat ditipu koperasi berkenaan, syarikat saya berjaya mengumpul jualan mencecah RM8 juta.

Jadi pada tahun 2014, saya bangkit semula daripada kejatuhan dalam bisnes dan meraih kejayaan sehinggalah sekarang. Kalau dari segi berapa lama tempoh diambil untuk meraih kejayaan, sebenarnya saya sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak 13 tahun yang lalu. 

Namun, boleh dikatakan selepas lima tahun berkecimpung dalam bisnes, baru nampak kejayaan. Kemudian kena tipu, jatuh namun terus bangkit. Justeru, saya ada pengalaman dalam sepak dan terajang dunia bisnes; dan insya-Allah, tahu apa yang perlu dilakukan dan dihadapi. 

Kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang saya usahakan pula sudah tentu seringkali ditipu. Ia bukan bermakna saya mudah ditipu tetapi macam kes membabitkan sebuah koperasi tempatan itu, bukan saya seorang tetapi sebenarnya seramai 50 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) menjadi mangsa.

Projek tak menjadi walaupun agreement dah dibaca dan ketika semua kelihatan seperti okey. Namun apa pun, kita anggap itu adalah ujian daripada Allah SWT. Jatuh bangun saya dalam perniagaan terlalu banyak dan paling besar yang melibatkan kerugian RM2 juta tersebut.

Produk keluaran Rora termasuklah Kambing Perap, Daging Harimau Menangis dan Karipap Pusing.

5. Bagaimana timbul idea untuk melancarkan 100 produk Rora secara sekali gus? Adakah ini perancangan yang telah lama Puan rancangkan, atau disebabkan kolaborasi dengan AEON? Bagaimana Puan boleh begitu yakin untuk merealisasikannya?

Apabila kita muncul sebagai seorang founder baharu, kita mahu kuasai pasaran tetapi kita tak boleh jadi founder yang sama seperti founder sedia ada. 

Jadi disebabkan sebelum ini saya lebih kepada pengilang yang menghasilkan produk untuk peniaga-peniaga lain, justeru syarikat saya sudah ada kapasiti untuk keluarkan produk yang banyak. 

Jadi, apabila saya masuk ke dalam pasaran dengan satu jenama  yang baharu, jenama saya saya sendiri, jadi kita kena tarik perhatian pasaran umum. Sebab itulah saya lancarkan 100 produk Rora secara sekali gus.

Kenapa 100 produk? Sebab kita nak selesaikan masalah usahawan yang selalu terputus stok bekalan jualan. Biasanya kalau jual sesuatu produk, produk itu adalah bermusim. 

Contohnya, katalah usahawan jadi ejen untuk biskut raya bagi satu produk. Namun selepas raya, produk apa lagi yang dia boleh jual?  

Di Rora, kita menyelesaikan masalah itu. Rora keluarkan 100 produk supaya network yang mahu memasarkan produk jenama ini boleh melakukannya sepanjang tahun, tidak bermusim.

Sempena raya boleh jual biskut raya, sepanjang Ramadan pula jual kurma dan sambal. Boleh  juga jual snek viral. Kita nak penetrate pasaran, jadi biar pasaran tahu kita ada pioneer usahawan untuk sepanjang tahun. 

Sebab, kalau kita ada hanya ada sedikit produk, cuma satu atau dua produk sahaja untuk dipasarkan, sudah pasti graf penjualan bisnes kita menaik dan menurun, tak menentu. Namun dengan Rora, usahawan boleh bertukar-tukar produk yang mereka mahu jual, untuk sepanjang tahun. 

6. Jarang syarikat bumiputera meraih peluang untuk berkolaborasi dengan AEON, boleh kongsikan pengalaman Puan sehingga berjaya menyakinkan pihak AEON untuk berkolaborasi dengan Rora?

Sekarang ini, AEON mengamalkan dasar terbuka, banyak buat charity. Sebenarnya saya sudah ada networking. Sebelum ini, sebagai pengilang produk, saya sudah supply produk-produk yang dihasilkan oleh kilang saya kepada syarikat-syarikat korporat sejak tahun 2015. 

Jadi melalui networking sedia ada sebagai pengilang, orang sudah nampak. Jadi, bila saya muncul dengan jenama produk sendiri iaitu Rora, walaupun baharu, kepercayaan orang kepada saya, insya-Allah sudah tinggi. 

Justeru, saya berjaya build trust dengan syarikat-syarikat korporat mega. Saya memang menjaga projek usahasama dengan AEON dengan sebaik-baiknya. Kalau dari segi pengedaran produk, saya sudah menunjukkan ia berjaya dilakukan. Sebab itu, pihak lain sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

Kenapa berani jalinkan kerjasama dengan AEON? Kita mahu manfaatkan kepada network. Apa yang HQ (headquaters atau pusat) buat, bukan untuk HQ kaya atau senang, tapi mahu agar network kita yang dapat manfaat. Jenama pun jadi lebih dikenali, jadi kita kena yakin.

7. Boleh Puan ceritakan tentang Rora Fighters, adakah mereka semua baharu atau telah lama menjadi tulang belakang Rora selama ini?

Rora Fighters adalah satu gelaran yang kita berikan kepada usahawan. Level Dropship, Agent atau Mobile Center, kita nak kenalkan mereka dengan gelaran Rora Fighters. Sekarang ini, kita ada dalam 50 orang Rora Fighters dan akan masa akan datang, akan ada lebih ramai Rora Fighters. Kita sasarkan 8,000 orang. 

Kita namakan sebagai Rora Fighters sebab merekalah sebenarnya fighters yang menjual  produk Rora di luar sana. 

Merekalah sebenarnya frontliner yang menjual produk Rora, yang berhadapan dengan pelanggan. Yang kena kecam, kena maki mereka lah. Sebab itu kita namakan mereka fighters supaya ia memberi satu kekuatan moral buat mereka.

8. Khabarnya Puan berkebolehan memandu lori. Boleh kongsikan?

Ye betul, saya boleh memandu lori seawal usia 18 tahun. Kenapa saya belajar memandu lori? Sebab daripada kecil, saya sudah diajar untuk lasak. 

Apabila kita ceburi perniagaan, kita tak perlu pandai semua, tetapi sekurang-kurangnya kita kena tahu semua benda. 

Apabila saya ceburi industri  pengilangan produk, salah satu benda yang kritikal adalah lori sebab kegunaan lori untuk membawa barang dalam jumlah yang banyak, dan pemandu lori diberi tanggungjawab untuk membawa barangan bernilai ratusan ribu ringgit. 

Jadi, kalau owner sendiri tak mahir cara nak bawa lori, tiada pengetahuan tentang lori misalnya dari segi saiz muatan dan berat barangan yang boleh dimuatkan dalam sesebuah lori, ini akan akan menyebabkan owner mudah kena tipu dan barangan bernilai ratusan ribu ringgit boleh ‘hangus’ (hilang) begitu sahaja. 

Jadi, kebolehan memandu lori sebenarnya adalah salah satu pengetahuan yang perlu ada dalam bisnes, khususnya jika menceburi industri pengilangan.  
Siti Akmaliyah memberikan tip khususnya buat usahawan wanita untuk merintis kejayaan dalam menceburi sektor perniagaan.

9. Di Malaysia hari ini, ramai yang ingin menjadi usahawan khususnya dalam kalangan wanita, justeru apakah nasihat Puan buat mereka

Nasihat kepada mereka yang mahu menjadi usahawan terutamanya golongan wanita, pertama sekali kena kuatkan mental. 

Sebagai seorang wanita, banyak tugas yang dilakukan bukan setakat urusan bisnes. Tugas sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak.

Jadi, point yang pertama adalah seseorang itu kena ada kekuatan mental, sebab dunia perniagaan ni terlalu mencabar. Tak semua orang boleh jadi usahawan. Kalau tidak ada kekuatan mental, seseorang itu tidak akan dapat bertahan untuk jadi usahawan.

Kedua, sebagai seorang wanita yang sudah berkeluarga, kena dapatkan restu keluarga. Ini kerana tanpa restu keluarga, memang sukar untuk pergi jauh dalam bidang bisnes. 

Kalau wanita itu merupakan seorang isteri, dia perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya dan kalau wanita itu bujang pula, dia perlu mendapat keizinan kedua-dua ibu dan bapanya. 

Sebab kalau nak jadi usahawan, kita kena sedar ia sememangnya melibatkan soal rezeki dan agama kita.

Yang ketiga pula, sikap amanah dalam membuat setiap pertimbangan. Adil, sentiasa perjuangkan kebenaran, jaga kebajikan pekerja. Semua perkara ini kalau kita jaga betul-betul, individu itu akan jadi usahawan yang berjaya, insya-Allah.

10. Apakah perancangan untuk masa hadapan bagi memajukan lagi bisnes syarikat Puan ini?

Untuk masa hadapan, Rora mahu berkembang sehingga mewujudkan 8,000 mobile centre dan 200 business centre. Pada masa yang sama, kita mahu pastikan produk Rora dikenali satu Malaysia dan berpeluang menjengah pasaran antarabangsa, maksudnya ada cawangan di luar negara.

Kita juga mahu berkolaborasi dengan sebanyak mungkin syarikat-syarikat korporat. Sebab kita mahu jadi company network yang ada banyak produk dan berani untuk maju ke hadapan dan jalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat mega agar produk Melayu Muslim dikenali ramai. 

>>>>(Ikuti wawancara selanjutnya bersama Siti Akmaliyah selanjutnya dalam Harakah Cetak)<<<<

Komen Weblog Ibnu HasyimJatuh niaga RM 2 juta, bangkit dengan RM8 juta. Bagaimana?

Ya, marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman dengan wanita ini, kerana 9/10 rezeki terdapat dalam perniagaan.

Insya Allah.


1 comment:

  1. Bagus lah usahawan melayu tulin ini berjaya bukan mcm buka kedai roti bila kedai roti lingkup mintak tokey Cina bailout... Bailout kedai roti ratus rubu tokey cina dapat projek bandar malaysia 3 billion


    asal rugi mintak bailout.. puiii

    tak ke babi nama nya tu...

    ReplyDelete