Thursday, October 27, 2022

Jika Sunak anak India dijajah dulu boleh memimpin Britain..

 


Bila Rishi Sunak jadi PM British

PERIKATAN Nasional kembali pimpin rakyat. Menerajui Putrajaya untuk Malaysia yang sejahtera.

Sejarah lama British-India

British mendarat di India di Surat pada 24 Ogos 1608 melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) yang ditubuhkan pada tahun 1599 di bawah piagam yang diberikan oleh Ratu Elizabeth pada tahun 1600.

Meskipun India memiliki sejarah yang kaya dan tercatat sejak 4,000 tahun lampau bermula pada Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-Daro, Britain pula bahkan tidak mempunyai bahasa bertulis tempatan sehingga abad ke-9 iaitu hampir 3,000 tahun selepas India. 

Lalu bagaimana mungkin British boleh menawan negara besar ini dan mengawalnya ratusan tahun? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana perkembangan ilmu, revolusi industri, pembangunan aspek persenjataan moden dan peningkatan kemahiran ilmu pelayaran serta kelautan yang memberi peluang British menguasai bukan sahaja India, tetapi lebih satu pertiga muka bumi.

Melalui SHTI mereka memfokuskan perniagaan rempah ratus pada asalnya sebelum Empayar British serta kuasa Eropah yang lain melaungkan ‘Gold Gospel and Glory‘ seterusnya menjarah apa jua hasil mahsul bumi yang mereka jajah untuk dibawa pulang ke sana.

Perlecehan British kepada bangsa yang dijajah

Pernah dengar istilah ‘White Man’s Burden’ kan? Ia satu frasa yang kita pelajari sejak zaman sekolah lagi yang mana kononnya British atau bangsa Eropah seakan akan ‘terbeban’ dan bertanggungjawab untuk mengajar serta membangun tamadun orang lain.

Teori ‘White Man’s Burden’ telah disebarkan oleh British untuk mereformasi masyarakat India dan untuk ‘mentamadunkan’ orang India satu ketika dahulu. Ia juga pernah digunakan oleh Rudyard Kipling dalam sebuah puisi mengenai Perang Filipina–Amerika (1899–1902) yang menggesa Amerika Syarikat untuk mengambil alih kawalan penjajah ke atas rakyat Filipina dan negara mereka.

Apa pun, ayat itu adalah satu konotasi negatif yang menunjukkan British dan kuasa Eropah lain cukup memandang rendah kepada negara yang mereka jajah. 

Pernah dahulu sewaktu India berada dalam kemuncak perjuangan mencapai kemerdekaan, terbit satu kenyataan yang dikaitkan dengan Winston Churchill, yang dibuat di Parlimen British;   

Jika Kemerdekaan diberikan kepada India, kuasa akan jatuh ke tangan bajingan, penyangak, freebooters; semua pemimpin India akan berkaliber rendah dan lelaki jerami (orang kampung). Mereka akan mempunyai lidah yang manis dan hati yang bodoh. Mereka akan berjuang sesama sendiri untuk kuasa dan India akan kalah dalam perbalahan politik”.

Kini adakah menjadi ‘The Brown’s Man Burden’?

Ahli perniagaan billionaire Anand Mahindra telah menjadi antara ramai orang terkemuka yang memberi respon terhadap pelantikan Rishi Sunak yang berketurunan India sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang seterusnya. Pemimpin perniagaan berusia 67 tahun itu terkenal dengan kepintarannya di media sosial dan mengimbas kembali komen Winston Churchill sewaktu Sunak bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan baharunya semalam. 

Kata Mahindra yang mengulas kata-kata Churchill mengenai kaliber orang India satu ketika dahulu, telah terbukti salah.

In 1947 on the cusp of Indian Independence, Winston Churchill supposedly said “…all Indian leaders will be of low calibre & men of straw.” Today, during the 75th year of our Independence, we’re poised to see a man of Indian origin appointed as PM of the UK. Life is beautiful…

Lelaki yang menjadi Perdana Menteri UK ke-57 pada hari semalam adalah lebih kaya daripada Raja England dan pada usia 42 tahun, lebih muda daripada setiap Perdana Menteri terdahulu kecuali William Pitt the Younger (setelah 200 tahun berlalu). Rishi Sunak menjadi ‘orang kulit berwarna’ pertama di UK untuk memimpin negara itu dan Perdana Menteri Hindu pertama. Bahkan warganet sejak beberapa hari lalu mengucapkan ‘Happy Diwali‘ kepada Britain. Ironi bukan?

Sunak cukup dikagumi ramai rakyat Britain sewaktu pandemik melanda beberapa ketika lalu. 

Sebagai ‘U.K. Treasury Chief’ pada era itu, Sunak telah mengeluarkan berbilion wang kerajaan untuk memastikan orang ramai dan perniagaan terus bertahan semasa wabak melanda. Melalui ‘furlough program‘ atau ‘cuti kerja’ yang diperkenalkannya, yang membayar gaji berjuta-juta pekerja apabila mereka diberhentikan buat sementara waktu, menjadikan Sunak pemimpin yang paling popular.

Jelas kelihatan ‘brown man‘ telah menyelamatkan puluhan juta ‘white man’ dalam fasa pandemik teruk tempohari. Ia bukanlah satu perkara yang rasis, cuma sejarah telah membuktikan perkara sebaliknya selepas ratusan tahun berlalu era kolonialisme Barat dahulu. Dalam keadaan sukar dan kesempitan hidup, warna kulit dan bangsa asal tidak penting pun, hanya hati nurani yang baik dan murni, akan terus mekar.

Siapa Rishi Sunak sebenarnya?

Rishi Sunak menggantikan penyandang Perdana Menteri Liz Truss selepas beliau meletak jawatan pada Khamis di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi yang semakin meningkat, diburukkan lagi oleh program ekonominya yang kurang bijak menyebabkan negara menjadi tidak stabil. 

Sunak dilahirkan di Southampton kepada ibu bapa berketurunan India yang berhijrah ke Britain dari Afrika Timur pada 1960-an. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Winchester, belajar falsafah, politik dan ekonomi (PPE) di Kolej Lincoln, Oxford, dan memperoleh MBA dari Universiti Stanford sebagai Sarjana Fulbright. Sunak dan isterinya adalah orang terkaya ke-222 di Britain, dengan kekayaan berjumlah £730 milion. 

Sunak meningkat naik daripada Ahli Parlimen biasa kepada Perdana Menteri dalam masa tujuh tahun sahaja iaitu lebih pantas daripada mana-mana Perdana Menteri lain dalam era moden. David Cameron mencapai sela masa yang hampir sama dalam tempoh sembilan tahun, tetapi sekali lagi, Pitt the Younger memegang rekod keseluruhan dengan hanya dua tahun.

Laluan Sunak ke puncak tidaklah begitu lancar. Selepas tewas kepada Liz Truss dalam undian ‘ahli Tory’ pada 5 September lalu, dia dijangka akan hilang daripada radar politik dan kali terakhir bercakap di Dewan Rakyat sehari selepas Truss menjadi Perdana Menteri. Tetapi apabila pemotongan cukai Truss yang membawa bencana dan tidak dibiayai hingga menyebabkan karier Perdana Menterinya hancur lebur, Sunak telahpun bersedia dengan gerombolan penyokong yang dikumpulkannya sepanjang kempen musim panas lalu. 

PRU-15 di Malaysia

Jika Sunak seorang berketurunan India, yang satu zaman dahulu pernah nenek moyangnya menjadi abdi kepada penguasa British, diinjak dan dipermurahkan harga maruah bangsa mereka, hingga diejek dan diperlecehkan, namun kini dia menjadi orang nombor satu kepada bangsa itu.

Anak bangsa yang dulu dilihat lemah, dijajah oleh satu empayar moden ‘lengkap bertamadun’, kini bertukar sebaliknya. Ia sekadar satu kitaran kehidupan. Obama telah melaluinya di Amerika Syarikat dan kini Sunak melakar corak yang sama di Britain.

Dan Malaysia pula, tanggal 19 November nanti, kita sama-sama impikan negara Malaysia kembali dipimpin oleh tokoh yang hebat dan berkaliber. Jangan kata Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Presiden PAS sendiri juga lebih dari layak untuk mengemudi negara ini. 

Parti bertunjangkan Islam, paksi agama yang murni, tiada rasuah, kekal rekod bersih, tanpa apa-apa skandal dan salah laku, malahan jauh sekali memanjat tangga mahkamah turun naik saban bulan. Itulah dia PAS.

Meskipun PAS dan pimpinannya sekian masa dimomokkan dengan pelbagai tohmahan, fitnah, diejek, direndah-rendahkan kemampuan dan akidah perjuangan yang dipegang erat, namun siapa tahu aturan Ilahi. 

Parti ini boleh diangkat tinggi ke persada untuk memimpin negara. Rakyat akan beri peluang dan sokongan. Masa ini adalah waktu terbaik untuk membuat perubahan.

Jika Sunak anak India yang dijajah dahulu boleh memimpin Britain hari ini, apalah sangat jika anak Terengganu, Tuan Guru Presiden memimpin ummah dan rakyat Malaysia. Lebih mudah bukan?

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 26/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju sangat dengan pandangan ini..

"Jika Sunak anak India yang dijajah dahulu boleh memimpin Britain hari ini, apalah sangat jika anak Terengganu, Tuan Guru Presiden memimpin ummah dan rakyat Malaysia. Lebih mudah bukan?"


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

13 comments:

  1. Dalam bahasa sangkrit "rishi" bermakna "wali keilmuan" manakala "sunak" berarti "setan penyamaran" jadi ianya kuranglebih bermaksud
    "setan berwajah wali keilmuan", lebih berat dari musang berbulu ayam la nampaknya.
    Dlm ucaptama dia sebagai pm dia berkata yg dia akan memperbaiki ekonomi Britain yg teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan dia tidak menyalahkan Liz Trust tapi munkin beliau ada membuat sedikit kesilapan.
    hahaha... 44 hari tu kesilapan apa la agankyna yg sampai ekonomi menjadi teruk "beberapa bulan kebelakangan ini" sebagai yg dia sebutkan tu?
    Untuk rekod kerajaan Boris johnson kira lebih sedikit dari dua tahun dan si sunak inilah yg menjadi menteri kewangan,
    si sunak ini jugak merupakan bekas pekerja kpd bank milik zionis goldman sach di city of london.
    sunak juga adalah pemegang "green card" USA (kp merah la kira) sebelum melepaskanya setelah geger setahun setelah pegang jawatan menteri (CoE) Britain.
    Dia jgk sangat pro zionist makanya kena perhatikan sikit la sebab sebarang percaturan dia dgn israel akan mengundang padah kpd umat islam di india yg mudah melatah sbb dia ni hindu dan terdapat penganut hindu di india bersifat "sunak".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau ikut pelat sesetengah daerah dibritain nama dia tu bunyi macam "Rishit Ssnake" ... haha.
      tak bermaksud perli atau menghina... tapi saja je la sebut apa yg diaorang sana pronounce kan, mcm nama² lain yg segitu kalau disebut oleh bangsa lain seperti "madhuri dickshit" dsb..
      jugak selalu diaorang tanya kenapa di siam terlampau banyak orang yg nama² mereka berakhiran dengan "porn" dan vietnam dgn "gay"...
      haha.

      Delete
  2. Beza tghh dgn anuwar. Tghh tidak banyak bercakap ttg jawatan. Melainkan bab hukum dan akhlaq.

    Beza dgn anuwar. Banyak bercakap ttg jawatan. Banyak janji. Banyak fitnah. Banyak perlekeh org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah nak cakap jawatan apa???

      Dapat jawatan makan gaji buta

      Ha ha

      Delete
    2. Tu tanda tawadhuk. Anuwar riak dan takbur.

      Delete
    3. Tawadhuk apa nya? Berpeluk dgn penyamun. Kemudian kene tendang dgn penyamun

      HA HA

      Delete
    4. Biasalah kena tendang. Orang jujur. Ramai yg x suka. Anuwar no satu benci.
      Tapi x patah semangat. Steady Islam.

      Delete
  3. Selagi jam Omega belum dijumpai, sukar orang Melayu mempercayai Brother Anwar Bin Ibrahim

    Sukar nak percaya pada Brother Anwar Bin Ibrahim. Komitmen Anwar Ibrahim terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman, setelah pengerusi PH itu gagal menyatakan pendiriannya berhubung hasil dapatan pasukan petugas khas yang menyiasat buku kontroversial bekas peguam negara Tommy Thomas.

    Kenyataannya susulan pasukan itu mengenal pasti pelbagai pelanggaran undang-undang melibatkan Thomas dan bekas perdana menteri Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad ketika 22 bulan gabungan itu mentadbir antara 2018 hingga 2020.

    “Sikap diam diri Anwar Ibrahim susulan hasil dapatan itu menunjukkan PH hanya berpura-pura mempertahankan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman

    ReplyDelete
  4. Negara maju tak pilih kaum. Tak salahkan kaum untuk maju

    Melayu sj ada geng tak ada otak asyik salahkan bangsa lain kunun nak maju.

    Sebetulnya Islam perintah dunia dulu bukan macam cara perintah pas. Islam dulu jadi contoh.

    ReplyDelete
  5. Jepun maju pun. German maju pun. Korea maju pun. Guna bahasa sendiri lagi. Jangan lemah semangat. Malaysia boleh maju. Pilih pemimpin yg bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun, Korea dll maju sebab mentaliti pemimpin dan rakyat usaha sungguh2, disiplin, tolak rasuah dll.

      Malaysia pemimpin mentaliti sapu duit,, janji Islam( syok sendiri). sebahagian rakyat pula asyik syukur dan "puas hati" walaupun tak sedar ditindas pemimpin sendiri.

      Kalau dah dipandang bodoh dan mundur oleh orang luar. Guna bahasa apa pun nampak bodoh juga.

      Delete
    2. Pilih yg bersih rasuah. Jgn pilih baanduan. Rakyat x percaya. Pelabur asing pun x caya.

      Delete
  6. PRU15 medan terbaik tamat hayat politik Anwar, Mahathir

    Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah medan terbaik untuk pengundi menamatkan hayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku Tan Sri Tommy Thomas yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness mendapati bekas Peguam Negara itu terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan salah guna kuasa dan hasutan.

    Tindakan itu perlu mengambil kira status Anwar yang juga Pengerusi PH dan Mahathir selaku Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) yang disifatkan beliau sebagai dua watak yang merugikan negara sejak sekian lama.

    Presiden PKR itu tiada jasa di Tambun dan beliau juga bukanlah aset penting negara yang mesti diberikan kemenangan.

    Justeru, katanya ia memberi kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar. Biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di sini. Perangai dan akhlak yang buruk Brother Anwar Bin Ibrahim eloklah ditamatkan riwayat politik nya PRU15 ini.

    Pasukan Petugas Khas tersebut menyenaraikan sembilan elemen kemungkinan salah laku Tommy ketika dilantik sebagai Peguam Negara.

    Antaranya campur tangan Tun dan Tommy dalam melantik hakim-hakim, membocorkan rahsia kerajaan, menyalah guna kuasa melantik peguam luar untuk mewakili kerajaan sehingga mencemarkan imej badan kehakiman.

    Lepas PRU 15 nasib legasi ini lebih buruk dari legasi Suharto di Indonesia. Lingkupkan boboi melingkupi lah Tun dan legasinya.

    ReplyDelete