Friday, October 21, 2022

KL City masuk gelanggang 'heavyweight'.. Solat magiib.

 

Pemain KL City FC menjalani latihan menjelang perlawanan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini. - NSTP/Hazreen Mohamad

SUKAN

1. KL City masuk gelanggang 'heavyweight'

KUALA LUMPUR: Meskipun berstatus pasukan kerdil, Kuala Lumpur (KL) City kini ibarat memasuki gelanggang pertarungan kategori 'heavyweight' apabila akan berdepan kelab Oman, Al Seeb di pentas akhir Piala AFC, Sabtu ini.

Perkara itu diakui Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad, namun beliau tetap percaya bahawa skuad kendalian Bojan Hodak memiliki keupayaan untuk merebahkan pasukan gergasi.

Beliau berkata, walaupun aksi final akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan bukannya di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, perkara itu tidak harus melemahkan semangat penyokong City Boys.

Katanya, Stadium Nasional pernah membawa tuah atau mencetuskan memori manis buat KL City apabila menjadi gelanggang mereka menamatkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas menundukkan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) musim lalu.

"Ia (Stadium Nasional) tempat yang sangat sesuai untuk kita capai impian dan cita-cita mengangkat Piala AFC sebagai juara tahun ini. KL City satu pasukan yang sangat baik dan bersemangat jitu untuk mencapai impian yang dianggap tak mungkin tercapai selama ini.

"Mengenai waktu sepak mula permainan iaitu pada 7 malam, ia juga di luar kawalan kami yang mana kami sudah menyatakan supaya perlawanan itu dimulakan lewat sedikit. Tetapi atas sebab tertentu, maka AFC memutuskan permulaannya tetap jam 7 malam.

"Al Seeb pasukan yang sangat bagus dengan pasukan Oman pun kalahkan negara Jepun. Atas kertas memang jauh ranking berbanding Oman, tapi kita banyak bergantung kepada kesungguhan, semangat permainan selain daripada kemahiran, strategi dan sebagainya.

"Namun, kita sudah kalahkan pasukan yang dalam kategori heavyweight sebelum ini. Jadi, Insya-Allah kita boleh lakukan sekali lagi di final," katanya.

KL City mencipta sejarah melangkah ke final Piala AFC selepas menewaskan kelab Uzbekistan, Sogdiana 5-3 menerusi penentuan penalti dalam perlawanan akhir Antara Zon, 5 Oktober lalu.

Sekiranya berjaya mengatasi saingan Al Seeb, skuad City Boys akan menyamai rekod Johor Darul Ta'zim (JDT) yang muncul juara Piala AFC pada 2015.

Sementara itu, Hodak menegaskan bahawa pasukannya sudah bersedia dalam semua aspek termasuk mempersiapkan diri sekiranya mereka sekali lagi terpaksa menempuh debaran dalam penentuan penalti di pentas final itu nanti.

Malah, pengendali dari Croatia itu juga sangat mengharapkan penyokong dapat membanjiri Stadium Nasional dalam usaha membantu KL City mencipta sejarah buat bola sepak Malaysia dan City Boys.

"Jika stadium penuh dengan penyokong, ia akan memberi keyakinan kepada pemain saya dan mengundang tekanan kepada mereka (Al Seeb), jadi kami akan beraksi mati-matian dan memberikan aksi 100 peratus," katanya. (BH)


2. Pemain KL City Solat Maghrib ketika rehat separuh masa.

KUALA LUMPUR: Pemain Kuala Lumpur (KL) City yang beragama Islam perlu menggunakan sebahagian daripada waktu rehat separuh masa di final Piala AFC, Sabtu ini untuk menunaikan solat Maghrib.

Ia susulan sepak mula jam 7 malam yang ditetapkan. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk aksi final yang menemukan KL City dan kelab Oman, Al Seeb di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Pemain tengah KL City, Akram Mahinan menjelaskan pemain dan jurulatih sudah mengadakan perbincangan supaya semua pemain yang beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu ketika rehat separuh masa.

"Saya dan pemain lain nak solat ke apa, mungkin ramai orang pertikai. Tetapi benda ini memang tak boleh nak ubah, jadi macam kami sebagai pemain kena uruskan masa, habis masa pertama terus lari (pergi solat).

"Sebab apa, kalau kita nak bantah benda itu pun tak boleh sebab ia sudah ditetapkan. Kami sebagai pemain kena solat terus lepas habis masa pertama dan kalau jurulatih nak bagi penerangan kepada pemain pun kena bagi pada yang ada dulu.

"Pemain yang beragama Islam solat dahulu dan kami sudah bincang benda ini. Saya harap penyokong semua kekalkan sokongan, solat dulu baru tengok bola, tiada masalah sebab benda itu lagi penting," katanya.

Sebelum ini, sebahagian besar penyokong mempersoalkan tindakan AFC menetapkan waktu sepak mula jam 7 malam yang bertembung dengan masuk waktu solat Maghrib.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan pihaknya terpaksa akur dengan keputusan berkaitan waktu sepak mula final yang sudah ditetapkan oleh AFC.

Selain itu, Akram menjelaskan KL City perlu fokus sepenuhnya hingga wisel penamat untuk berdepan Al Seeb walaupun City Boys memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Katanya, skuad Al Seeb bukan calang-calang pasukan kerana turut dibarisi ramai pemain kebangsaan Oman yang memiliki kemahiran individu yang cukup tinggi.

"Sebelum ini pun memang kami berdepan lawan yang sukar termasuk jumpa kelab Vietnam, India dan Uzbekistan. Tapi mungkin perlawanan ini pun macam biasa, kami underdog, namun kami bagi yang terbaik.

"Semua pemain dalam KL City menaruh impian untuk cipta sejarah, bonus itu kami letak ke tepi dan paling utama kami mahu cipta sejarah," katanya. (1media.my)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: KL City masuk gelanggang 'heavyweight'..  & Solat magiib.

Al-hamdulillah, selamat dunia akhirat. Inilah secebis doa kami umat Islam Malaysia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Dekat UK Pm diaorang ada silap sikit dah kena letak jawatan belum lagi didakwa atau dipenjarakan...
Kat Malaysia nih yg kuat berebut nak jadi Pm & menteri adalah mereka yg bekas banduan, banduan, orang kena dakwa, dibebaskan dakwaan secara mencurigakan, yg tak didakwa disebabkan ahem ahem ahem, jugak ada yg katanya komunis, zionis, maoist, terroris tamil, dan sebagainya.,.
Apalah nak jadi dgn Malaysia nih...

Maeh kita pakat tolak setiap calon yg berlabel negatif...tak kira dari parti manapun...
Kita masukkan kepenjara semua walaun² politikus & politipigs yang berleluasa menjarah serta merobek nilai² kesusilaan masyarakat di Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails