Thursday, October 20, 2022

Lagi mabuk punya hai, 21 maut.. Tolak parti X Islam..

 


1. 21 maut akibat keracunan minuman keras di Peru

HUANUCO: Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan maut di di tepian jalan di bandar Huanuco, Peru sepanjang minggu lalu.

Tragedi berlaku selepas kesemua mereka didakwa meminum sejenis arak buatan sendiri yang dipercayai mengandungi racun, namun ada antara mangsa yang sempat dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, sebahagian besar mangsa sudah meninggal dunia apabila pihak berkuasa tiba.

Pihak berkuasa turut membuat pemeriksaan pasaran minuman keras ini bagi mengenal pasti punca keracunan dengan mengambil sampel pelbagai jenis arak.

Namun, pihak berkuasa mendakwa mereka masih belum mengenalpasti di mana minuman itu dihasilkan.

Siasatan mungkin mengambil masa berminggu bagi mengenalpasti punca keracunan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mabuk meng'hilangkan akal'. Islam tidak mahu penganutnya menghilang akal yang amat berharga itu. Kerana itu Islam melarang penganutnya minum arak. 

Parti Islam (PAS) juga melarang ahlinya (yang Islam) minum arak. Parti DAP (bukan Islam) tidak melarang ahli (Melayu/Islam)nya minum arak. Itulah tarbiah DAP dan rakan sejenisnya dalam menghapuskan kesan-kesan Islam rakyat negara ini yang menjadi ahli  mereka.

Sekian.


2. Veteran bimbang Umno tidak mampu bentuk kerajaan 

SEHARI dua ini awan gelap menutup langit biru. Langit diseliputi awam hitam. Mendung memanjang. Lalu tanya orang kampung hendak keluar mengundi macam mana.

Kalau hujan renyai-renyai, bolehlah bawa payung. Bagaimana kalau ribut, pokok tumbang, air melimpah dan arus deras pada hari mengundi. Nak salahkan siapa.

Jangan pula disalahkan Ismail Sabri hari-hari terakhirnya sebagai perdana menteri ke-9. Tiba-tiba ramai simpati terhadap nasib Ismail. Beliau dilihat seperti dibuli. Mudah cerita menjadi mangsa keadaan.

Kalau masih sangsi cuba belek laporan media. Selepas balik Istana Negara, perdana menteri terpaksa mengadap pula presiden parti.

Pada 6 Oktober lepas banyak media melapor begitu. Ismail Sabri bertemu dengan Ahmad Zahid selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Ismail Sabri tiba di ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn bagi mengadakan perbincangan dengan Ahmad Zahid,” lapor media.

Ia secara tidak langsung memperlihatkan Umno masih belum berubah. Pendekatan politik masih di era lama. Mereka tidak dapat menerima hakikat Naib Presiden parti dilantik sebagai perdana menteri.

Mereka enggan mencipta sejarah baharu. Sedangkan kajian, pemerhatian sarjana dan tokoh veteran sukar untuk Umno mengulangi sejarah sebelum 2018.

Inilah yang menyebabkan perdana menteri dilihat semakin lesu. Apabila tubuh lesu, cakap pun tidak lagi menyerlah. Tiba-tiba Ismail Sabri menegaskan tiada pergeseran antara beliau dan Zahid Hamidi.

Malah Zahid pada siaran berita televisyen terpancul perkataan, “Dia ada penyokong, saya pun ada penyokong, dia ada penasihat, saya pun ada penasihat”.

Mengapa tiba-tiba muncul naratif seumpama itu. Kata orang tua-tua tiada angin masakan pokok bergoyang. Sedangkan negeri-negeri yang semakin ditutup mendung hitam menggerakkan jentera memindahkan rakyat.

Cuba pula kita hayati kata-kata hikmat Setiausaha Agung Umno. Kata Ahmad Maslan, “hujan, pakailah payung.” Ia juga dilapor meluas media.

Apakah hujah seumpama itu dapat membantu perdana menteri. Tentunya tidak. Kata seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘tindakan membubarkan parlimen ketika negara sedang bersiap menghadapi banjir adalah tidak bertanggungjawab’.

Banjir yang melanda Langkawai Ahad lepas masih lagi melimpah di pulau pelancongan tersebut. Ada portal memaparkan foto banjir kawasan Market Padang Matsirat awal pagi.

Ternyata hari-hari terakhir perdana menteri ke-9 banyak kesilapan tidak disedari.

Ucapan Ismail Sabri pada Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Barisan Nasional (BN) 17 Oktober lalu menambah lagi retak yang menunggu belah.

Beliau antara lain menyebut tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Agong tidak bersetuju cadangan mengadakan pilihan raya umum di musim tengkujuh boleh dipecat.

Biarpun disebut sebagai gurauan, namun ia mengundang reaksi segera pihak lain. Menteri (Tugas-Tugas Khas) Dr Abd Latiff Ahmad menyifatkan ucapan perdana menteri itu mengelirukan.

Mengambil kira situasi yang berlaku sekarang, mampukah Umno mengulang kejayaan di Melaka dan Johor. Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam ada jawapannya.

Beliau menyifatkan Umno sebuah parti politik penuh semangat nasionalisme, kini bertukar kepada nafsu materialisme.

“Kepentingan masyarakat tenggelam dan tidak menjadi keutamaan lagi. Umno juga sedang menghadapi krisis kepemimpinan… yang tak pernah dihadapinya,” katanya seperti dilapor laman berita.

Musa menyimpulkan Umno dan BN tidak akan mampu menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Hematnya parti itu akan menjadi minoriti.

Musa berhujah begitu pada program Bicara Tokoh: Kecelaruan Politik Malaysia anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Johor, di Johor Bahru, semalam.

Pengkaji politik dari Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof menyifatkan banyak naratif terbina di sebalik tindakan perdana menteri sekarang datang dari kehendak presiden Umno sendiri.

“Suatu situasi pembubaran yang ‘terpaksa’ di sisi seorang PM ekoran beberapa siri desakan dari dalaman partinya sendiri,” ujarnya.

Dengan kemelut yang dihidangkan itu mampukah Ismail untuk dinobatkan lagi sebagai PM ke-10. Tentunya sukar. Ia seumpama awam mendung mendung di Pantai Timur sekarang. – HARAKAHDAILY 19/10/2022


3. Analisis sentimen rakyat Malaysia 

ANALISIS sentimen rakyat terhadap parti-parti Umno dan PAS serta gabungan-gabungan PN dan PH di Facebook dan Twitter rata-ratanya adalah negatif.

Walau bagaimanapun sentimen terhadap PAS dan gabungan PN agak seimbang dari sudut positif dan negatif. 

Manakala PH dan Umno pula secara umumnya menunjukkan sentimen negatif di kedua-dua platform media sosial tersebut. 

Adakah sentimen-sentimen ini berkait rapat juga dengan hasil kajian QGA sebelum ini yang menunjukkan anak-anak muda mengharapkan sebuah negara yang bebas daripada perebutan kuasa dan rasuah?  

Kriteria penting bagi anak muda dalam pemilihan parti atau gabungan ialah mengutamakan soal integriti, memelihara kedaulatan negara dan memelihara hak asasi rakyat. 

Umum mengetahui bahawa ada beberapa orang pemimpin dari parti-parti dan gabungan-gabungan tertentu yang masih mempunyai kes mahkamah berkaitan rasuah.

Adakah ini juga menguatkan hasil kajian QGA yang menunjukkan bahawa anak-anak muda lebih mementingkan imej calon berbanding imej parti dalam menentukan pemimpin negara? 

Bermakna, anak-anak muda tidak kisah parti atau gabungan mana yang memerintah asalkan calon-calonnya menepati kriteria ikhlas, berani menjuarai isu rakyat dan mesra rakyat?

Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira kaum, umur, latar belakang dan sebagainya, sudah tentulah kita menginginkan sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan mampu mengurus tadbir dengan baik.

Oleh itu, turunlah mengundi. Tak undi, kita rugi.

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 20/10/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02f44UZG5yKhAZj1p8DxNuPk61jozgASjEvxzDsYJFMpcTyhffvmV3pPkwAeoimEdnl&id=100042985766158&sfnsn=mo 

Rujukan:
1. Sumber kajian dari Analitika Ilmuwan (ai)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment