WELLINGTON: Petani di New Zealand berkumpul di bandar dan pekan seluruh negara untuk membantah rancangan kerajaan menjadi negara pertama di dunia yang mengenakan cukai pelepasan daripada ternakan ladang.
Barisan traktor dan kenderaan ladang menghalang lalu lintas di Wellington, Auckland, Christchurch dan bandar-bandar lain dengan petani yang membantah menuntut kerajaan negara itu tidak melaksanakan cukai “sendawa dan kentut”.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyatakan hasrat kerajaan minggu lalu, untuk mengenakan levi pertama di dunia ke atas gas pertanian dan metana biogenik, yang kebanyakannya berasal daripada sendawa yang dihasilkan oleh kira-kira enam juta lembu dan 26 juta biri-biri New Zealand.
Ardern berhujah bahawa cukai itu diperlukan untuk memperlahankan pemanasan global dan boleh memberi manfaat kepada petani jika mereka boleh mendapat harga yang lebih tinggi untuk daging yang lebih mesra iklim.
Bagaimanapun, petani New Zealand marah dengan rancangan itu menyebabkan beribu-ribu pekerja sektor pertanian menyertai protes yang dipanggil “kami tidak akan menerimanya”.
Pengasas bersama Groundswell New Zealand, Bryce McKenzie, yang menganjurkan protes itu berkata, cukai itu mengancam daya maju petani tempatan.
“Komitmen ideologi kerajaan untuk menghukum dan cukai pelepasan yang tidak produktif ke atas pengeluaran makanan adalah ancaman kepada masyarakat luar bandar,” kata McKenzie.
Walaupun kerajaan berharap cukai itu akan mengurangkan pelepasan ternakan sebanyak 20 peratus, McKenzie berhujah bahawa sebarang “pengurangan akan digantikan oleh petani asing yang kurang cekap”.
Metana tidak bertahan lama di atmosfera seperti karbon dioksida, tetapi adalah agen pemanasan yang lebih kuat. Saintis percaya metana bertanggungjawab terhadap kira-kira 30 peratus daripada kenaikan suhu global walaupun merupakan sebahagian kecil daripada campuran gas rumah hijau.
Petani tempatan, Mark Chandler memberitahu Radio New Zealand (RNZ) bahawa levi pelepasan ternakan yang dicadangkan adalah menghukum.
“Terdapat banyak perkara akan datang yang hanya menjadikan hidup mustahil,” katanya.
“Bagi petani kecil dan sederhana, anda perlu melakukan beberapa minggu untuk urusan pentadbiran dan pematuhan. Ia tidak berjaya dan kami tidak menyertai permainan ini,” katanya.
Pada masa sama, perhimpunan menyokong pelaksanaan cukai itu diadakan di Wellington oleh penduduk tempatan yang mahukan sektor pertanian melakukan sesuatu untuk menangani perubahan iklim.
Valerie Morse memberitahu RNZ bahawa orang ramai bosan memberi subsidi kepada kaedah pertanian yang merosakkan dan mencemarkan serta mahu petani menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada perubahan iklim dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang mampan.
Pencinta alam sekitar juga berkata bahawa petani perlu menyesuaikan diri.
“Sektor luar bandar dan pertanian negara ini dilanda banjir, ribut kuat dan kemarau pada tahun ini,” kata Emily Bailey dari Keadilan Iklim Taranaki.
“Ia semakin teruk,” katanya.
“Petani boleh sama ada menyesuaikan diri dan menurunkan pelepasan dengan cepat atau mereka dan orang lain, akan lebih menderita,” katanya.
2. PETRONAS sumbang peralatan bantuan banjir Terengganu
KUALA TERENGGANU: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menyumbangkan empat bot dilengkapi enjin, tangki bahan api serta roda mudah alih kepada agensi penyelamat di Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir.
Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata turut disalurkan 1,000 unit khemah perlindungan mangsa banjir, jaket keselamatan (700 unit) serta baju hujan (7,000 helai).
Beliau berkata bantuan itu adalah sebahagian daripada sumbangan berjumlah RM25 juta yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk mangsa banjir tahun ini.
“PETRONAS amat menghargai dan berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam usaha menyelamat mangsa banjir selama ini.
“Kami berharap sumbangan ini dapat melancarkan lagi tugas pasukan penyelamat ketika bencana banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohammad Ahmad Shazly sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abd Jalil dalam majlis ringkas di Wisma Darul Iman hari ini. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lawak! “sendawa dan kentut” ternakan. & PETRONAS.
Petani di New Zealand berkumpul di bandar dan pekan seluruh negara untuk membantah rancangan kerajaan menjadi negara pertama di dunia yang mengenakan cukai pelepasan daripada ternakan ladang yang “sendawa dan kentut” .
Ha ha ha. Petani canggih!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
Kabornya Anwar tanding kat tambun. Buat oghang peghak,, jom pakat pakat kasi tendang ini oghang. Nanti lgbt makin loghat. Rasuah makin loghat. Mabok makin loghat.
ReplyDeleteAnwor oghang luor. Pendatang. Sughuh dia balik p pauh. Oghang peghak pilih yg peghak jer. Kalau pahang ada mat kilau, peghak ada sri maharaje lela. Mesti beghani tolak syeikh aljubori kata mat sabu.
Oghang peghak pilih yg bersih jer. Anwor pernah ada kes rasuah dan salah guna kuasa. Jadi anwor bukanlah bersih sangat.
Lagi pun oghang peghak nak ke sekongkol dengan komunis dapig. Anwor ni dah jadi kude komunis dapig. Sokong anwor makna sokong komunis dapig. Getik bebenor dengor name komunis dapig.