Sunday, October 30, 2022

Mai tengok P/Pinang pulak..

 


1. PRU15: Peluang terbuka parti lain tembusi Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP selama tiga penggal dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak menutup peluang parti-parti lain untuk menembusi negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata Tasek Gelugor, Nibong Tebal dan Bayan Baru antara kerusi Parlimen yang terbuka untuk berlaku saingan sengit antara PH, Barisan Nasional (BN) dan PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi menguasai kerusi tersebut.

“Kalau diletakkan calon yang sesuai di kawasan tersebut, yang ada reputasi, kredibiliti, kewibawaan yang mungkin memegang jawatan tinggi dalam parti, itu akan memberikan nilai tambah kepada parti (bukan PH) untuk menguasai kerusi tersebut,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), wakil PH mendominasi kerusi Parlimen Pulau Pinang iaitu daripada keseluruhan 13 kerusi, DAP memenangi tujuh kerusi dan PKR empat manakala BN menerusi Umno memenangi dua kerusi.

Kerusi Parlimen Bayan Baru dan Nibong Tebal dimenangi PKR menerusi Sim Tze Tzin dan Datuk Mansor Othman manakala kerusi Tasek Gelugor dimenangi Datuk Shabudin Yahaya yang bertanding atas tiket Umno.

PKR dan Umno masing-masing kemudian kehilangan satu kerusi apabila Mansor dan Shabudin menyertai Bersatu.

Sivamurugan melihat penguasaan DAP di kerusi-kerusi yang kini disandang parti itu sukar digugat seperti Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor.

Seorang veteran Umno, Datuk Abdul Rashid Ismail berkata tiada istilah kerusi selamat dalam politik kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam dunia politik.

Beliau berkata sejarah menunjukkan Pulau Pinang mempunyai trend untuk menukar kerajaan iaitu daripada menyokong MCA pada PRU pertama hingga ke 1968 mereka telah menukar kepada parti Gerakan.

“Kemudiannya dari Pilihan Raya Umum ke-12, mereka (pengundi Pulau Pinang) telah menukar sokongan kepada DAP. Ini memberi maksud sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana yang menentukan kemenangan calon ialah pengundi,” katanya.

Abdul Rashid yang juga Yang DiPertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Pulau Pinang berkata kerusi Umno adalah selamat jika orang Umno benar-benar ikhlas dan menyokong calon yang mewakili BN.

Dalam pada itu, Sivamurugan berkata Undi18 turut menjadi tumpuan dalam PRU15 di Pulau Pinang kerana kebanyakan mereka adalah ‘atas pagar’ dan kebarangkalian untuk mereka keluar mengundi juga masih belum dapat dijangka.

Beliau berkata ejen sosialisasi yang boleh mempengaruhi pengundi muda tersebut adalah seperti keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, agensi kerajaan, media dan pemimpin parti.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, lebih 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun. – BERNAMA


2. Rancangan tempatan: NGO persoal keikhlasan K’jaan P Pinang 

Mohideen Abdul Kader

GEORGE TOWN: Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penang Forum dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mempersoalkan keikhlasan kerajaan negeri dalam mendapatkan maklum balas mengenai rancangan pembangunannya yang didakwa tidak dapat diakses oleh kebanyakan penduduk.

Pada sidang media yang turut dihadiri Presiden CAP Mohideen Abdul Kader, anggota jawatankuasa pemandu Penang Forum Dr Lim Mah Hui berkata ia sangat mengecewakan apabila Draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang (Pulau) hanya dipamerkan di dua lokasi yang tidak strategik serta terhad dalam waktu pejabat.

Lim berkata program jerayawara sepatutnya diadakan sekurang-kurangnya di lima lokasi berpopulasi seperti yang diamalkan di bandar dan majlis perbandaran lain, termasuk menganjurkan sesi dialog awam untuk menggalakkan orang ramai melihat draf tersebut.

Beliau turut meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) supaya membolehkan draf itu diakses dan dimuat turun secara dalam talian, selain mengharapkan tempoh masa untuk mengumpul maklum balas orang awam dilanjutkan kepada empat minggu lagi.

Khamis lepas, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendedahkan draf rancangan tempatan itu dan menggesa semua pihak berkepentingan serta individu untuk memberi maklum balas atau bantahan.

Draf itu kini dipamerkan di Bangunan Syed Al-Attas di sini dan Makerspace di Balik Pulau mulai 14 Okt hingga 13 Dis ini. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mai tengok P/Pinang pulak.. 

Ada 2 perkara: (i) PRU15, Peluang terbuka parti lain tembusi Pulau Pinang (ii) Rancangan tempatan: NGO persoal keikhlasan K’jaan P Pinang.

Memang P/Pinang terkenal kerajaan 'ketegaq', 

-tak prihatin rakyat. -zalim kepada nelayan dan kaum pekerja miskin di bandar, -'kerajaan busuk tahi babi', -'kerajaan terowong tak siap', -bekas KMnya terkait rasuah -roboh rumah dan peempatan bumiputera Melayu, salahguna kuasa dll.

Solusi: PAS bersama-sama PN perlu membuat seuatu lonjakan menggerakkan jenteraya sekarang.

Akhirnya, teringat rintihan pepatah Melayu P/Pinang..

(i) Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau sini terlepas.

(ii) Ram ram pisang, pisang masak layu, jatuh dalam kubang, sambaq bapak yu.

(iii) Pulau Pinang bandar baharu Captain Light jadi raja, bagaimana hati tak haru lihat bunga kembang seroja.

Ya, melihat bunga kembang seroja, tetapi hati jadi terharu, kenapa? Kerana 'Seroja' bukan milik kita..

Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment