UMNO dan PKR mungkin membentuk jajaran baharu politik bagi menubuhkan Kerajaan Pusat sekiranya tiada parti yang memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.
Perkara itu tidak boleh ditolak apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri, enggan bekerjasama dengan PAS – salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN) – jika mereka gagal menubuhkan kerajaan.
Sebelum ini, beberapa penganalisis serta pemimpin veteran UMNO sendiri berpendapat tidak ada parti yang mendapat majoriti menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 ini, sekali gus memaksa jajaran baharu politik dilakukan.
Mengulas perkara itu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Zahid mungkin membawa UMNO berunding dengan Anwar yang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yang turut disertai DAP dan AMANAH.
“Zahid Hamidi kata selepas PRU dia tak mahu berunding dengan parti yang dia labelkan sebagai “Parti Pak Lebai”. Maksudnya Zahid Hamidi tak mahu berunding dengan PAS dan PN.
“Saya berpandangan bahawa Zahid menolak PAS dan PN kerana Zahid mahu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Kalau tidak dia tak akan sanggup begitu sombong dengan PAS dan PN.
“Saya pernah sebut bahawa saya dimaklumkan Zahid dan Anwar telah mengadakan beberapa siri perbincangan sulit yang tidak diketahui oleh parti mereka sendiri. Jika rundingan ini betul, Zahid dan Anwar perlu dedahkan kandungan perbincangan sekarang!
“Adakah Anwar tawarkan Zahid menjadi Perdana Menteri sehingga Zahid begitu takabur hingga sanggup melabelkan PAS dan PN dengan label sebegitu?,” kata Wan Saiful dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu Wan Saiful berkata beliau yakin sebaik sahaja pilihan raya selesai, UMNO akan bergolak apabila Naib Presiden parti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berusaha bertanding merebut jawatan presiden daripada Zahid.
Katanya Zahid mendakwa hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu membawa kestabilan, tetapi bagaimana negara akan stabil sekiranya di dalam parti itu sendiri berlaku perebutan dan ketidakstabilan.
“Habis saja pilihan raya umum, parti UMNO akan bergolak… sebab akan berlaku perebutan kuasa siapa nak jadi presiden parti tersebut. Mana nak bawa kestabilannya?
“Sejak masa Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, saya sendiri dipanggil dijemput untuk hadir beberapa siri perbincangan dengan beberapa menteri Kabinet UMNO yang mana dalam perbincangan tersebut antara perkara yang ditimbulkan ialah bila Ismail Sabri nak mulakan langkah mencabar Zahid untuk jadi presiden.
“Daripada hari pertama jadi Perdana Menteri dah mula plan (rancang) nak mencabar kedudukan presiden. Presiden pula dok plan macam mana aku nak jadi Perdana Menteri. Mana mungkin parti yang sebegini boleh menawarkan kestabilan,” kata Wan Saiful lagi. (1Media.My)
2. Cadangan 3 TPM kekal jika PH terajui kerajaan, kata Anwar
Pengerusinya Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.
Pada 4 Sept tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.
Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.
“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.
Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.
Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu. (1Media.My)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nak sangat PM, ini pancing Anwar..
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
2 comments:
Rakyat pun takut. Bekas banduan rasuah. Aqidah pun liberal. Belum apa apa dah cadang 3 tpm. Tu belum jadi pm. Dah jadi pm, khazanah negara pun boleh punggah. Sebab dapat sokongan dengan upah kerusi dan upah duit. Jadi rentetannya kekal sokongan dengan upah.
Janjinya tidak rasuah. Ada beza ngan parti rasuah dan tidak rasuah. Kalau dah tarik sokongan dengan rasuah, ertinya tak cerdik lah dlm berpolitik. Kalau dapat sokongan tanpa rasuah, itulah parti yg cerdik berpolitik. Dan layak memerintah.
Jadi jangan masuk dalam kelompok jahiliah. Nanti jahil segala galanya.
Post a Comment