Monday, October 17, 2022

PAS bantu calon Bersatu.. & Manifesto wajib PRU15..

 

1. PAS bantu calon Bersatu pertahan kerusi parlimen  Oleh ASLANI M | Foto CHAN MANZIL

KOTA BHARU: PAS Kelantan akan membantu kempen pemimpin Bersatu di peringkat parlimen di negeri itu memandangkan mereka akan bertanding menggunakan lambang PAS.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Zulkifli Mamat berkata, jentera pilihan raya PAS akan membantu calon Bersatu di peringkat parlimen atas nama Perikatan Nasional (PN).

Katanya baru-baru ini pimpinan PN Pusat mempersetujui calon Bersatu bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“InsyaAllah jentera pilihan raya PAS akan membantu calon Bersatu memandangkan mereka bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum itu beliau hadir pada program solat hajat dan taujihat petugas penerangan PAS Kelantan di Media Point di sini hari ini.

Turut diadakan solat hajat yang diimamkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Wan Roslan Wan Hamat.

Hadir sama Timbalan Exco kerajaan negeri Ahmad Fathan Mahmood dan Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Kelantan Wan Zulkeflee Wan Muhammad.

Bersatu sebelum ini mempunyai dua ahli parlimen di Kelantan iaitu Dato’ Seri Mustapa Mohamed di parlimen Jeli dan Dato’ Seri Ikmal Hisyam Abdul Aziz di Tanah Merah.

Semalam Timbalan Presiden PAS Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man pada temubual bersama Harakah memberitahu tiga negeri yang diterajui PAS sekarang kekal menggunakan logo PAS pada PRU15.

Zulkifli juga berkata, berdasar persetujuan sebelum ini penentuan kerusi yang akan ditandingi berdasar status quo dengan mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Menurutnya di kawasan yang dimenangi BN akan ditandingi calon dari Bersatu, manakala PAS mempertahankan kerusi yang sedia ada.

Wan Roslan pula berkata, PAS Kelantan merakam penghargaan kepada pimpinan PN Pusat kerana memberi laluan kepada calon PN di Kelantan menggunakan lambang bulan.

Oleh itu katanya, PAS akan memanfaatkan kekuatan jentera yang ada bagi membantu kempen calon Bersatu termasuk di Jeli dan Tanah Merah pada PRU kali ini. – HARAKAHDAILY 14/10/2022 


2. Manifesto wajib PRU15: Tuntutan NGO Melayu-Islam buat bakal calon  Oleh YUSMAN AWANG

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Dr Abdul Halim Husin.

KUALA LUMPUR: Rentetan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Oktober lepas, dan prospek Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bulan November kelak, faktor undi Melayu pasti akan menjadi sandaran parti-parti politik yang akan bertanding pada kali ini. 

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Dr Abdul Halim Husin berkata, dalam beberapa siri PRU sebelum ini telah menyaksikan begitu banyak manifesto oleh pakatan serta parti-parti politik, yang malangnya hampir tidak ada komitmen yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pegangan ekonomi Bumiputera agar setidak-tidaknya setara dengan kaum lain di negara ini. 

“Bagi memastikan PRU15 kali ini berbeza, maka pada Jumaat (14 Okt) yang penuh keberkatan ini, gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam ingin menitipkan pesanan mustahak buat bakal-bakal calon PRU15 yang akan bertanding nanti, tidak kiralah dari parti mana,” ujar beliau.

Tolak pemimpin rasuah, salah guna kuasa

Sehubungan itu, beliau menyenaraikan sembilan tuntutan NGO Melayu-Islam untuk dijadikan manifesto wajib PRU15.

Tuntutan pertama kami (yang paling utama sekali) ialah menolak pemimpin rasuah dan salah guna kuasa!” tegasnya.

Sementara tuntutan kedua pihaknya, yang juga sangat penting adalah keperluan mewujudkan Kementerian Hal Ehwal Pribumi.

Mengulas lanjut tentang tuntutan kedua tersebut, beliau berkata bahawa setelah 65 tahun melaungkan kemerdekaan, orang Melayu berterusan kehilangan pegangan ekonomi, perbankan, pemilikan hartanah, akses kepada peluang pendidikan mahupun pekerjaan bernilai tinggi, dan banyak lagi.

“Lebih menyedihkan apabila tidak nampak iltizam pemerintah untuk meletakkan Melayu kembali ke tempat mereka yang sepatutnya. Sebagai contoh, apabila kerajaan mengumumkan untuk meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan, kita bimbang kedudukan orang Melayu semakin terpinggir, tetapi di peringkat kerajaan seolah-olah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

“Persoalan seperti siapa sebenarnya yang berunding bagi pihak Melayu/Bumiputera? Apa lagi kepunyaan Melayu yang telah dikorbankan demi meraih sedikit manfaat? Lebih buruk lagi, siapa pula yang terpaksa menanggung beban sebaik sahaja CPTPP berkuatkuasa pada 29 November nanti?” soal beliau.

Utamakan kepentingan orang Melayu

Menurut Abdul Halim, bagi memastikan kepentingan orang Melayu terus diutamakan, termasuklah dengan sistem penyampaian yang lebih berkesan, agar agensi-agensi berkaitan tidak lagi bergerak secara ‘silo’ (bekerja dalam komuniti sendiri), atau membiarkan tanggungjawab besar ini digalas unit tertentu sahaja, maka pihaknya menuntut agar Kementerian Hal Ehwal Melayu (Ministry of Malay Affairs) ditubuhkan dengan memperuntukkan Perdana Menteri Malaysia sebagai Menteri bertanggungjawab. 

“Ia juga memperjuang dan memperkasakan Artikel 153 dan 160 (Tanah Rizab Melayu). Dengan adanya punca kuasa berpusat ini, usaha merancang dan memperkasa ekonomi Melayu akan lebih tersusun. 

“Pelaksanaan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TBP2030) yang telah dirangka Peneraju Agenda Bumiputera/TERAJU (yang akan mengambil peranan setara agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan/PEMANDU sekiranya Kementerian Hal Ehwal Melayu berjaya ditubuhkan) akan lebih jelas dan tegas. 

“Tidaklah ia sekadar gah di atas kertas atau dipandang sebelah mata sahaja!” tegasnya.

Pelaksanaan DEB2.0

Tidak kurang penting ialah tuntutan ketiga pihaknya yang berkaitan dengan pelaksanaan DEB2.0 bagi mencapai matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030).

Menjelaskan mengenai tuntutan ketiga itu, ujar beliau, selepas kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) membasmi kemiskinan dan menghapuskan sistem pekerjaan mengikut kaum, WKB 2030 adalah harapan terakhir kepada usaha merapatkan jurang perbezaan, menyediakan padang permainan sama rata dan mencipta kemakmuran bersama. 

“Cita-cita ini bagaimanapun sedikit terhalang bukan kerana impak pandemik Covid-19 semata-mata, tetapi turut disumbangkan oleh percaturan politik yang menjahanamkan dan ketiadaan agensi khusus menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera. 

“Pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat berada di tahap 16.2 peratus sahaja berbanding bukan Bumiputera sebanyak 30.7 peratus dan pegangan asing sebanyak 45.3 peratus.

“Begitu juga dengan purata pendapatan isi rumah kasar Bumiputera pula ialah RM7,093, yang ternyata masih jauh ketinggalan,” katanya. 

TPB2030 menurut Abdul Halim, telah meletakkan pelbagai sasaran yang baik seperti Gross Operating Surplus (GOS) dengan memfokuskan kepada 7 Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama atau Key Economic Growth Areas (KEGA) iaitu Ekonomi Digital, Pembuatan, Pertanian & Komoditi, Hab Halal dan Makanan, namun tanpa tindakan yang lebih konsisten serta iltizam politik yang kuat, WKB2030 bakal menjadi WKB2046.

“Ditambah pula dengan ‘chill factor’ untuk kerajaan melaksanakan program bersifat afirmatif kerana takut melanggar terma-terma perjanjian dagangan seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan CPTPP, maka kami bimbang WKB2030 akan tersasar lebih jauh. 

Banteras kegiatan ‘Alibaba’

“Atas dasar itu, maka gabungan ini menuntut agar DEB2.0 dirangka dan dilaksanakan. Jika DEB1.0 berkisar soal membasmi kemiskinan tegar, DEB2.0 harus mengambil kira sasaran-sasaran yang lebih mampan seperti berikut: Kriteria Syarikat Berstatus Bumiputera bagi menyertai Perolehan Kerajaan Pusat, negeri-negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus dinaiktaraf daripada 51 peratus kepada 100 peratus,” jelasnya lagi.

Memperincikan hujahan itu, beliau berkata, ia adalah bagi memastikan peruntukan besar Bumiputera menjengah kepada sasaran sekali gus membanteras kegiatan ‘Alibaba’.

Menurutnya lagi, ia membabitkan proses membina rantaian bekalan Melayu terutamanya dalam sektor strategik melibatkan keselamatan makanan, pembinaan, telekomunikasi, ekosistem halal, peruncitan dengan sasaran minimum 50 peratus daripada keseluruhan pasaran pengguna domestik. 

“Sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah tulang belakang ekonomi negara yang memayungi sejuta perniagaan, mampu mewujudkan ratusan ribu pekerjaan, menyumbang kepada 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 25 peratus nilai eksport pada 2025. 

“Memahami kepentingan menjayakan PMKS, kami menuntut agar tanggungjawab ini turut digalas oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). 

“Sebagai badan mewakili pemain industri Melayu terbesar di Malaysia dengan majoriti ahli dari kalangan PMKS, DPMM memiliki pengalaman, kepakaran dan jatidiri untuk memastikan sektor ini lebih berjaya daripada sebelumnya. DPMM juga komited untuk mencipta 100 usahawan Melayu bertaraf ‘unikorn‘ menjelang 2030,” katanya. 

Justeru, beliau berkata pihaknya menuntut agar masalah pemilikan hartanah dipulihkan segera sama ada melalui penggubalan undang-undang melarang penjualan hartanah Bumiputera yang lebih ketat, serta usaha mengambil alih dan mewujudkan lebih banyak bandar-bandar Melayu moden dan bernilai tinggi. 

Jurang telekomunasi bandar, desa

Tuntutan keempat pula adalah merapatkan jurang telekomunikasi antara bandar dan desa, yang menurut beliau, walaupun akses kepada internet jalur lebar dan jaringan mudah alih 4G dikatakan sudah mencapai 95 peratus, namun  kemudahan infrastruktur tersebut masih belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat luar bandar. 

“Syarikat telekomunikasi tempatan nampaknya lebih berminat menyediakan perkhidmatan di bandar-bandar yang boleh menjana pulangan besar, sehingga mereka mampu raih keuntungan 45 peratus pada setiap suku penggal kewangan. Walaupun untungnya banyak, sebahagian besar pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti yang disediakan. 

“Selagi infrastruktur fiber dan internet tidak dapat disediakan di luar bandar, selagi itulah keupayaan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan akan terus terbantut. 

“Kami menuntut agar kerajaan lebih bertegas dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, dengan mendesak mereka memberikan jaminan 100 peratus liputan broadband/4G berkualiti tinggi di seluruh kawasan luar bandar berpenghuni menjelang akhir 2024 dan 100 peratus liputan 5G menjelang 2028. Syarikat yang gagal harus dipertanggungjawabkan,” tegasnya.

Gaji minimum dinaikkan kepada RM2,700

Menekankan tuntutan kelima pihaknya, ia adalah lebih menjurus pula kepada isu memaksimumkan potensi sumber tenaga Melayu.

“Peningkatan peratusan pengangguran dalam kalangan anak Melayu dikatakan berpunca daripada kadar gaji yang terlalu rendah serta kelayakan akademik dan pekerjaan yang tidak sepadan (mismatch). 

“Kami menuntut agar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,700 secara berperingkat dalam tempoh dua hingga lima tahun, manakala kaedah ‘living wage’ diperkenalkan bagi mencipta kualiti hidup yang lebih setara. 

“Pembelajaran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu diperkasa dan diletakkan di bawah satu kementerian, dengan peruntukan dana yang mencukupi bagi mengisi pasaran tenaga mahir yang masih luas.

“Kami juga menyokong penglibatan wanita Melayu sebagai usahawan kerana mereka sememangnya terbukti memiliki kecekalan serta disiplin untuk berjaya. Di sektor korporat, wanita Melayu berkelayakan mampu mengisi sehingga 40 peratus  pengurusan kanan syarikat, GLC dan agensi kerajaan, begitu juga dengan pemilihan lebih ramai wakil rakyat wanita Melayu di Parlimen,” tegas Abdul Halim. 

Perkasa sistem ekonomi Islam

Tuntutan keenam pula adalah memperkasa sistem ekonomi Islam, yang mana pihaknya menuntut pemerkasaan instrumen wakaf bagi menggantikan sistem berteraskan pemilikan individu kepada sistem berteraskan pemilikan ummah. 

“Dalam ekosistem perniagaan yang terlalu bergantung kepada institusi perbankan, wakaf adalah pilihan yang dijamin selamat dunia dan akhirat.

“Justeru, ia memerlukan kepada penubuhan Bank Melayu dengan penyediaan fasiliti patuh syariah dan bebas riba dan meluluskan Bank Islam pertama di Malaysia menggunakan konsep wakaf.

“Selain itu, langkah yang perlu adalah memperkasa ekosistem halal dan thoyyiban dan mengeksport kemahiran ini ke luar negara, sekali gus mengembalikan pegangan sektor halal kepada orang Islam,” ujarnya.

Menyentuh tentang tuntutan ketujuh pula, beliau memfokus kepada isu memartabatkan sejarah dan warisan Melayu.

“Banyak naratif songsang tentang orang Melayu pada hari ini sehingga muncul generasi Melayu yang benci dan malu pada bangsanya sendiri, bersikap terlalu apologetik dan percaya bahawa orang Melayu juga adalah kaum pendatang.

“Kami mendesak agar usaha digembeling bagi menggali dan memartabat sejarah dan warisan Melayu yang semakin dilupakan; sama ada melalui penyelidikan mahupun penerbitan karya-karya seperti buku, dokumentari dan filem dengan suntikan dana sebanyak RM500 juta setahun, bukannya RM50 juta sebagaimana yang telah dibentang dalam Bajet 2023 baru-baru ini,” tegasnya.

Pimpin komuniti niaga Melayu Nusantara

Dalam pada itu, tuntutan kelapan pihaknya adalah langkah bagi memimpin komuniti niaga Melayu Nusantara.

“Orang Melayu terkenal sebagai bangsa pedagang sejak turun-temurun. Malaysia pernah diiktiraf sebagai ‘Asian Tiger’ pada tahun-tahun 90an dan telah melahirkan ramai saudagar dan teknokrat Melayu yang berjaya. 

“Di atas pengalaman tersebut, Malaysia sebenarnya mampu menggembeling usaha untuk memimpin usahawan-usahawan Melayu di rantau Nusantara yang jika dihimpunkan berpotensi menjadi kuasa ekonomi yang ampuh. 

“Justeru, pihak kami mendesak agar aktiviti-aktiviti dagang dalam kalangan negara Melayu Islam serantau dan sejagat digandakan bagi membuka pasaran yang lebih luas buat usahawan Melayu di Malaysia,” katanya.

Akhirnya, Abdul Halim berkata, tuntutan kesembilan pihaknya adalah berkisar tentang memberi ruang kepada pemimpin NGO-NGO ke dalam kabinet atau Dewan Negara.

Muak dengan janji manis

“Kesimpulannya, kita sudah muak dengan janji-janji manis kononnya mahu memartabat, memperkasa, menyantuni, dan membela (rakyat, khususnya orang Melayu-Islam) tetapi apabila sudah menang, janji hanya tinggal janji.

“Untuk itu, kita menuntut calon-calon pilihan raya agar menanam semangat dan keberanian melaksanakan agenda ekonomi Melayu dan Bumiputera, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan hulubalang-hulubalang beliau dahulu. 

“Selagi kita terus mengambil sikap lepas tangan, agenda ekonomi Bumiputra akan hanya menjadi alat politik untuk dipertaruhkan setiap kali pilihan raya,” tegas beliau.

Hujah Abdul Halim, apa yang penting ialah agar kemiskinan ummah tidak merebak menjadi bencana yang lebih besar.

“Justeru, pihak kami telah bersepakat untuk terus mendesak agar tuntutan-tuntutan di atas dijadikan manifesto pilihan raya (PRU15) sehingga kesemua tuntutan tersebut dipenuhi (oleh calon-calon PRU15). 

“Akhir kata, kami menyeru para pengundi Melayu khususnya serta rakyat Malaysia amnya untuk hanya menyokong calon-calon yang tidak akan berkompromi dalam hal-ehwal mempertahan serta memperjuangkan nasib anak bangsa, selagi hayat dikandung badan,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS bantu calon Bersatu.. &  Manifesto wajib PRU15..

Kerjasama lancar, insya Allah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan ‘Bail-Out’. Bailout dan rompak.

Masa projek dimulakan anak cucu dan kroni dah rompak projek melalui runding terus. Setelah projek tamat syarikat rugi dan cipta alasan.

Dah cipta alasan 'bailout' dilakukan. Bailout duit kerajaan maka kroni dan anak cucu mula rompakan di siang hari. Cipta alasan rugi dan mohon dibailout lagi. Sudah bailout rompak lagi.. begitulah seterusnya.

Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4, banyak projek mega yang pernah dilancarkan telah bankrap dan kemudian terpaksa kerajaan bail-out oleh Mahathir melibatkan syarikat kroni beliau.

1. LRT Putra-Kelana Jaya
Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yang dibina telah diswastakan kepada United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998. Bankrap dan bail-out nilai RM5.3 bilion.

2. LRT2 (Star-Ampang)
Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

3. KL Monorail
Projek Monorel yang diswastakan kepada KL Infra Group milik Vincent Tan telah diluluskan pada mesyuarat kabinet Jun 1989. Kos yang dianggarkan sebanyak RM 143 juta jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion. Nevin Tan anak taikun Vincent Tan bebas dari tali gantung kes tanam ladang ganja..!!

4. Bas Intrakota
Intrakota telah mula beroperasi pada tahun 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dengan nilai RM177 juta.

5. Skandal Perwaja Steel
Perwaja Steel bermula pada tahun 1982 sebagai usaha sama antara Perbadanan Heavy Industries. Mahathir sendiri mengakui secara terbuka pada tahun 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion

6. Skandal Bank Bumi
Lapor Asia Correspondent, skandal Bank Bumi semasa zaman Tun Mahathir berkait kehilangan berbilion-bilon duit. Syuhada Jalil Ibrahim jadi korban pembunuh sampai skg tak dijumpai

7. Empangan Bakun
Krisis ekonomi empangan hidroelektrik ini melibatkan banyak tangan yang silih berganti

8. Proton
Proton telah memohon kerajaan sebanyak RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor

9. Forex
Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab. Langsung tak bunyi.

10. Malaysia Airlines (MAS)
Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin, bagi pihak Kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50)

Ada projek yg diselamatkan(bailout) oleh kerajaan setelah dibailout maka rompakan disiang hari kroni dan anak cucu dilakukan semula.

Bailout dan rompak lagi.. bailout dan rompak lagi... Bailout dan rompak lagi dan Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampos.. eeh itu dailog cite P Ramlee laa..!!

Anonymous said...

Lagi teruk Brother Anwar Bin Ibrahim kena main PRU 15. Belum mengundi dah kena main dengan kuda kayu Tun.

Rafizi itu kuda kayu Tun Mahathir Mohamad wahai Brother Anwar Bin Ibrahim.

Rafizi menjadi pihak yang paling berkuasa di dalam PKR bagi menentukan calon-calon parti itu dalam pilihan raya umum kali kini.

Ia diakui oleh Rafizi sendiri menerusi facebook beliau.

“Saya tumpukan 80% masa dan tenaga saya menyiapkan perancangan masuk pilihanraya termasuk keputusan-keputusan penting:

1) proses saringan calon dan penentuan calon

2) penjenamaan dan bahan kempen

3) menyusun jadual penuh kempen di seluruh negara

“Alhamdulillah semuanya berjalan baik,” kata Rafizi.

Seorang bekas ahli Parlimen PKR yang bercita-cita mahu bertanding semula dalam PRU-15 ini mengaku beliau tidak yakin dapat menjadi calon PKR dalam PRU kali ini kerana beliau bukan termasuk dalam pasukan Rafizi.

Namun, beliau dipujuk oleh rakannya, adalah lebih baik beliau tidak tersenarai sebagai calon sekarang kerana dia tahu Rafizi yang menentukan beliau boleh bertanding atau tidak.

Sepatutnya Brother Anwar Bin Ibrahim yang tentukan Rafizi lawan Azmin di PRU 15 nanti. Lagakan kuda kayu Tun dengan Mat Blurr Tun baru helok..!!

“Baik begitu. Bayangkan betapa kecewanya awak jika tidak terpilih ketika Anwar yang menentukan calon,” kata rakannya yang tahu beliau sangat rapat dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lepas PRU 15 maka pemilihan parti PKR diadakan maka mereput lah Brother Anwar Bin Ibrahim masa itu...!!

Tungguuuu..!!

Anonymous said...

Rafiji sedang menyaring calon pkr. Tentu yg terpilih adalah calon yg kuat liberalnya. Sesuai dgn cita rasa yg menyaring. Yg menyaring pulak sesuai dengan cita rasa anuar. Sementara anuar memenuhi cita rasa komunis eng guan. Rentetan yg jelas. Dari calon hingga sampai sanadnya ke komunis eng guan.

Begitulah jahilnya anuar dalam berpolitik. Survival untuk dirinya menduduki kerusi pm setelah begitu jadi pm di tepi tepi.

Pun sama mat sabun. Walaupun cita citanya tak selangit anuar, tapi dana dari komunis eng guan sangat menghidupkan nafkah harian dan nafkah politik. Halal haram dah tolak tepi. Syaratnya mudah. Jatuhkan pas. Tak kira sudut mana. Fitnah sangat berbisa.

Itu dulu. Sekarang rakyat dah tak mahu ditipu dengan fitnah komunis eng guan. Fitnah anuar dan gerombolan. Fitnah mat sabun dengan geng 18.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails