Friday, October 14, 2022

Pertahan bentuk k'jaan Pusat. Tolak petualang PRU15 dalam banjir.



1. Beri komitmen penuh pertahan kemenangan, bentuk kerajaan Pusat

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengarahkan seluruh jentera pilihan raya Pemuda PAS kawasan-kawasan memberi sepenuhnya komitmen kepada agenda mempertahankan Parlimen dan bergerak dengan mood pilihan raya.

Ketuanya Mohamad Kamal Mohamed berkata, seluruh jentera pemuda perlu sama-sama bekerja demi pertahan kemenangan bagi membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Dewan Pemuda PAS Kelantan menjunjung keputusan PAS Pusat untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri,” katanya di sini.

Menurutnya juga keputusan dibuat pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini begitu jelas dan responsif.

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kenyataan media petang ini berkata, DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dibubarkan.

Ia mengekalkan pendirian sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN di Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Mohamad Kamal berkata, berita itu pastinya menjadi tumpuan media memandangkan mereka menunggu sejak tiga hari lalu.

Sehingga sekarang belum ada lagi negeri-negeri yang membubarkan DUN secara rasmi biarpun Pahang dan Perak sudah mengemukakan permohonan pembubaran DUN kepada istana.

Sedangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran parlimen pada Isnin lepas. – HARAKAHDAILY 13/10/2022


2. PRU15 musim banjir: Hanya dua reaksi rakyat  

PEMBUBARAN Parlimen sudahpun berlaku tanggal 10 Oktober lalu. Sekali gus menjayakan hasrat PRU15 dalam musim kesusahan rakyat mengharungi banjir. 

Kepentingan politik telah diangkat melebihi kepentingan rakyat. Bahkan inilah antara sejarah hilangnya kewarasan ahli politik. 

Berhadapan dengan situasi ini, apa reaksi dan respon kita selaku rakyat Malaysia?

Pertama, semua pihak harus menggunakan apa sahaja ruang yang mereka ada untuk menyampaikan mesej kekesalan PRU15 diadakan dalam musim banjir. 

Alhamdulillah, majoriti rakyat telahpun menunjukkan kesatuan menyatakan penolakan untuk PRU15 diadakan ketika musim banjir. Malah sepertinya rakyat waras berhati ‘keris’ dan ‘dacing’ juga menolaknya. 

Kajian dijalankan pelbagai pihak menunjukkan sehingga lebih 80 peratus rakyat tidak setuju PRU15 di musim banjir. Mengadakan PRU15 di musim banjir bererti menimpakan bencana di atas bencana yang dideritai oleh rakyat. 

Kedua, nampaknya usaha rakyat jelata ini tidak berjaya, PRU15 akan diadakan juga setelah pembubaran Parlimen yang diumum Isnin lalu. Maka, rakyat selaku terutama pengundi perlu masuk kepada reaksi yang kedua. Iaitu menolak petualang yang mendesak PRU15 diadakan di musim banjir. 

Petualang ini mahukan PRU15 diadakan dalam musim banjir kerana mahu kurangkan peratusan keluar mengundi. 

Fikir mereka apabila PRU15 diadakan dalam musim banjir, maka rakyat akan tidak keluar mengundi dan rakyat akan marah seterusnya memboikot PRU15. 

Inilah yang mereka mahukan. Rakyat marah hingga boikot PRU dan mereka menang. 

Desak PRU15 tidak diadakan dalam musim banjir telahpun disuarakan. Namun, diadakan juga, reaksi rakyat yang kedua adalah hukum mereka dengan tenggelamkan mereka dalam arus banjir PRU15. 

Rakyat yang marah, akan noktahkan kemarahan itu dalam PRU15 dengan menolak mereka yang menyusahkan rakyat dan tidak fikir mengenai penderitaan rakyat. 

Rakyat mesti ajar mereka apa erti sebenar, “rakyat terpaksa redah dan harungi banjir tolak penyebab PRU15 di musim banjir.”

Setiap kali melangkah atau berenang dalam arus banjir, setiap kali melihat rumah dan barangan yang tenggelam, setiap kali itulah rakyat ingat petualang yang mendesak PRU15 diadakan. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Projek Anak Muda Islam (PAMI) – HARAKAHDAILY 13/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam mengharungi PRU 15 ini,

(i) Pertahan dalam menubuhkan dan membentuk Kerajaan Pusat.

(ii) Tolak petualang PRU15 dalam banjir. Menolak mereka yang menyusahkan rakyat dan tidak fikir mengenai penderitaan rakyat. Rakyat mesti ajar mereka! Setiap kali melangkah atau berenang dalam arus banjir, setiap kali melihat rumah dan barangan yang tenggelam, setiap kali itulah rakyat ingat petualang yang mendesak PRU15 diadakan pada musim banjir. 


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails