KUALA LUMPUR: Gabungan PAS, Bersatu dan Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN) dianggap begitu mantap sebagai pasukan menanti untuk menerajui Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Halimah Ali berkata, gabungan parti terbabit jelas meletakkan prinsip secara tegas mengutamakan integriti.
Katanya, PN mahu pemimpin yang bersih serta tidak terlibat dengan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
“Ini kriteria yang sangat penting dipersembahkan kepada rakyat untuk membolehkan mereka menilai bagi melahirkan Malaysia berwajah baharu yang lebih segar,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, gabungan parti-parti PN masih dilihat bersih dan layak untuk mentadbir negara.
Menurutnya juga PN akan lebih sinergi untuk membina kekuatan dengan koloborasi bersama parti-parti di Sabah dan Sarawak.
“Saya yakin PN akan memandu negara ke arah lebih sejahtera dan makmur bersama rakyat Malaysia, insyaAllah,” katanya.
Kata beliau juga kehadiran pengundi muda pada PRU14 berjaya menjatuhkan Barisan Nasional (BN) kerana isu integriti, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Katanya situasi itu dijangka berulang pada PRU15, 19 November ini apabila pemimpin Umno yang terbabit dengan salah guna kuasa dibuktikan benar-benar bersalah.
Ikuti temubual lanjut dalam Harakah edisi cetak akan datang.
2. Pengajaran dari krisis politik UK
AKHIRNYA Perdana Menteri UK Liz Truss meletakkan jawatan setelah menerima tekanan dari dalam dan luar parti. Dia memecahkan rekod sebelum ini dengan menjadi Perdana Menteri tersingkat negara tersebut. Sebelum ini rekod dipegang oleh George Canning yang menjadi Perdana Menteri selama 119 hari dalam tahun 1827. Tetapi tempoh Truss tidak sampai separuh tempoh Canning iaitu dengan 44 hari.
Banyak pengajaran dapat diperolehi dari krisis politik di UK itu. Berikut adalah di antaranya,
1. Perdana Menteri mengakui kegagalan dan meletakkan jawatan.
4 Perdana Menteri telah mengakui kegagalan mereka dan telah meletakkan jawatan.
David Cameron meletakkan jawatan dalam tahun 2016 setelah pengundi-pengundi UK memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) di dalam satu referendum. Pada manifesto Pilihan Raya Umum 2015, Konservatif telah berjanji untuk mengadakan referendum tersebut. Cameron telah menyokong agar UK terus kekal di dalam EU tetapi pengundi-pengundi telah memilih untuk meninggalkannya atau Brexit. Justeru Cameron telah meletakkan jawatan kerana gagal mempengaruhi pengundi-pengundi.
Theresa May telah meletakkan jawatan dalam tahun 2019 kerana gagal memuktamadkan kaedah UK meninggalkan EU. Beliau telah beberapa kali kalah undian di Parlimen dan peletakan jawatan beliau adalah agar Parlimen menyokong perjanjian Brexit.
Boris Johnson pula meletakkan jawatan dalam tahun 2022 apabila satu demi satu Menteri Kabinet beliau meletakkan jawatan. Ia berikutan beberapa skandal termasuk melantik seorang individu yang beliau mengetahui mempunyai masalah moral. Majoriti rakyat melihat Johnson sebagai seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak berintegriti.
Liz Truss yang dilantik pada bulan September 2022 telah meletakkan jawatan pada 20 Oktober 2022. Truss mengundurkan diri kerana gagal menguruskan ekonomi. Menteri Kewangan beliau telah membentangkan ‘mini budget‘ yang mengurangkan cukai ke atas mereka berpendapatan tinggi tanpa menerangkan bagaimana kehilangan pendapatan negara ini akan ditampung. Pasaran tidak menerima dengan baik tindakan tersebut dan di antara kesannya adalah matawang nilai pound telah merudum ke tahap paling rendah dalam sejarah.
Empat Perdana Menteri tersebut telah meletakkan jawatan kerana tidak mementingkan diri sendiri. Mereka tahu mereka telah menjadi bebanan (liability) kepada parti mereka justeru telah dengan sukarela mengundurkan diri.
Tetapi adakah perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia? Adakah seorang pemimpin yang telah menjadi bebanan kepada parti mereka kerana gagal menjalankan tugas atau telah diseret ke mahkamah akan meletakkan jawatan untuk menyelamatkan parti mereka? Atau mereka akan menafikan realiti dan terus kekal memegang kuasa sambil memberi seribu satu alasan? Yang jelas keadaan seperti ini tidak akan berlaku di dalam politik UK. Pemimpin-pemimpin politik mereka adalah lebih bermaruah.
2. Menteri-menteri tidak berdiam diri tetapi akan meletakkan jawatan jika tidak bersetuju.
Di antara peristiwa yang mempercepatkan peletakan jawatan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri adalah peletakan jawatan beramai-ramai Menteri Kabinet. Pada 5 Julai tahun ini, Menteri Kewangan Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Sajid Javid telah meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Johnson. Malah di antara 5 dan 8 Julai, lebih 50 Menteri dan pelantikan-pelantikan politik seperti Setiausaha Parlimen telah meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri.
Di bawah Liz Truss, Menteri Dalam Negeri Suella Braverman telah meletakkan jawatan sehari sebelum Truss meletakkan jawatan. Walaupun Menteri itu telah meletakkan jawatan kerana melanggar peraturan bagi seorang Menteri apabila menggunakan emel peribadi untuk menghantar dokumen rasmi kerajaan kepada seorang Ahli Parlimen namun surat peletakan beliau menunjukkan betapa berpecahnya pentadbiran Truss. Dalam surat tersebut, Braverman menyatakan, “Berpura-pura kita tidak melakukan kesilapan, meneruskan seolah-olah semua orang tidak dapat melihat bahawa kita telah melakukannya“.
Kata-kata yang bukan sahaja benar bagi pentadbiran Truss bagi mana-mana organisasi politik atau pemimpin politik yang enggan berhadapan dengan realiti semasa.
Kemungkinan besar jika Truss terus menjadi Perdana Menteri, lebih ramai yang akan meletakkan jawatan seperti nasib yang dialami oleh Johnson.
3. Ahli-ahli Parlimen tidak takut untuk menyuarakan pandangan.
Ahli-ahli Parlimen Konservatif begitu lantang mengkritik Liz Truss secara terbuka. Mereka bukan sahaja mengkritik Perdana Menteri tetapi mereka turut menuntut secara terbuka Truss meletakkan jawatan.
Mereka tidak takut akan disingkirkan dari parti atau dinafikan bertanding pada pilihan raya akan datang. Pada mereka kepentingan negara, kepentingan rakyat adalah lebih utama dari kepentingan mana-mana individu atau parti mereka.
Adakah perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia? Adakah Ahli-ahli Parlimen akan berani mengkritik Perdana Menteri dari parti mereka jika tidak bersetuju dengannya? Atau adakah mereka akan berani mengkritik ketua parti mereka? Berdasarkan amalan di Malaysia, sudah tentu Ahli-ahli Parlimen tersebut tidak akan menerima surat watikah untuk bertanding pilihan raya jika berani bersuara. Di Malaysia kata-kata Braverman di dalam surat peletakan jawatannya adalah amat tepat sekali, “Berpura-pura kita tidak melakukan kesilapan“.
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD – HARAKAHDAILY 25/10/2022
3. Politik tiada dalam al-Quran dan al-Sunnah?
SYEIKH Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam pernah menekankan bahawa penjajah (beliau memaksudkan Barat) sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan tanggapan bahawa hubungan Islam dengan politik atau negara tidak pernah wujud.
Saya tidak berhajat untuk menghuraikan dengan panjang lebar perbezaan antara pandangan dalam Islam dan Barat mengenai politik. Sudah tentu jauh bezanya.
Para pembaca boleh merujuk buku Ahmet Davutoglu – mantan Perdana Menteri Turkiye yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – yang bertajuk Alternative Paradigms: The Impact of Islamic and Western Weltanschauungs on Political Theory dan Tarikh al-Khulafa’ al-Rashidin: al-Futuhat wa al-Injazat al-Siyasiyyah oleh sejarawan terkenal Arab, Dr. Muhammad Suhail Taqoush.
Kembali kepada isu di atas. Ya, kalimah politik (al-siyasah) tidak terdapat dalam al-Quran. Maka, sebahagian pihak menyimpulkan Islam tidak ada kaitan dengan politik. Adapun dalam hadis, cuma ada satu kalimah yang berasal daripada kata akar al-siyasah. Rasulullah S.A.W bersabda:
كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ
“Dahulu Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap kali seorang Nabi meninggal, ia akan digantikan oleh Nabi [lain]. Namun sungguh tidak ada Nabi lagi sesudahku, dan sepeninggalanku akan ada para khalifah yang semakin ramai.” [Para Sahabat] bertanya, “Wahai Rasulullah, lalu apa yang engkau perintahkan untuk kami?” Beliau menjawab, “Tunaikanlah baiat kepada [khalifah] yang pertama kemudian kepada yang berikutnya, lalu penuhilah hak mereka, dan mintalah kepada Allah apa yang menjadi hak kalian, kerana sesungguhnya Allah akan mempersoalkan mereka mengenai apa yang mereka pimpin.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cuma, mereka yang cakna akan mendapati bahawa asas pemikiran politik itu disebutkan oleh Allah S.W.T dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Tanpa perlu bersusah payah, kita akan berjumpa deretan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan perihal kerajaan yang adil dan kerajaan yang zalim, sistem demokrasi dan sebagainya. Ada ketikanya Allah S.W.T menggunakan istilah al-tamkin, al-istikhlaf, dan al-hukm. Fokusnya cuma dua; sama ada memuji atau mencela. Itulah asas-asas politik dalam Islam.
Justeru, dari mana mulanya kalimah al-siyasah dipopularkan dalam Islam?
Boleh jadi pernyataan pertama dalam sejarah Islam yang menggunakan kalimah al-siyasah dalam bentuk kata dasar (masdar) dengan erti kata perkara terkait kekuasaan (al-muta’alliq bi al-hukm) adalah kata-kata ‘Amru bin al-‘As ketika mengangkat kredibiliti Mu’awiyyah di depan Abu Musa al-‘Asy’ari. Katanya:
إِنِّي وَجَدْتُهُ وَلِيَّ الْخَلِيفَةِ الْمَظْلُومِ، وَالطَّالِبَ بِدَمِهِ، الْحَسَنَ السِّيَاسَةِ، الْحَسَنَ التَّدْبِيرِ
“Sesungguhnya aku mendapati beliau layak menggantikan khalifah yang dizalimi. Beliau juga dapat menuntut darahnya, politik yang baik, tadbir urus yang baik.”
(Tarikh al-Rusul wa al-Muluk, 5/68)
Adapun dalam bentuk kata kerja yang lampau (fi’il al-mudari’), terdapat ungkapan Saidina Umar dalam al-Mustadrak susunan al-Hakim. Manakala ungkapan Saidina ‘Ali dalam bentuk yang sama, boleh ditemui dalam al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah.
Dalam syariat Islam, perbahasan politik dibincangkan di bawah ilmu fiqh dan bukan di bawah perbahasan aqidah. Kerana itulah kita dapati banyak ijtihad-ijtihad baharu oleh para pemimpin politik Muslim sepanjang zaman disebabkan sifat fiqh itu yang fleksibel. Ia mula dibahaskan sebahagian kecilnya dalam bab ‘aqidah apabila para ulamak Ahli Sunnah wal Jama’ah melihat mazhab Syiah mula mengangkat isu imamah, sebagaimana asalnya mazhab Syiah bermula dengan pertelingkahan politik dan akhirnya menjadi pertelingkahan akidah.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi menghuraikan dalam kitabnya al-Siyasah al-Sha’iyyah di Daw’ Nusus al-Shar’iyyah, ada dalam kalangan umat Islam melupai urusan pelaksanaan syariat itu ada kaitannya dengan akidah Islam.
Justeru, walaupun ia dimasukkan dalam perkara ijtihad dan furu’ (cabang) di sisi ulamak Ahli Sunnah wa al-Jamaah, namun ia tidak boleh dipisahkan daripada akidah Islam. Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada taklifan wajib melaksanakan hukum daripada al-Quran dan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh teladan yang mesti diikuti.
YB SENATOR DATUK DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI – HARAKAHDAILY 25/10/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN gabungan mantap, krisis UK, & politik al-Quran al-Sunnah.
Di Malaysia ad-dienul Islam, ertinya mengamal 'seluruh cara hidup Islam' termasuk politik, ekonomi, dan sosial seluruhnya. Bukan 'agama' dalam pandangan sempit peribadatan semata, tak temasuk politik. Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3) perlu difahami betul-betul.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
2 comments:
Tun Mahathir dah goyang jadi melukut tepi gantang dan seperti kera kumbang tetiba cemas gelisah tersepit gelabah..
Mahathir memilih PH untuk minta nyawa bagi bergabung melawan BN.
Mahathir tersepit kerana berhadapan dengan dua kumpulan musuh yang berbeza dari dua penjuru.
Pakatan Harapan , Perikatan Nasional terutama nya PPBM dan PEJUANG (GTA) berada didalam kedudukan menjawap (defensive).
Terlalu banyak isu dan skandal tidak menyebelahi mereka. BN pula tidak seberapa bijak untuk menyerang ‘all-out” dan juga menyerang bersepadu.
22 tahun UMNO beri Mahathir kuasa pun Mahathir sanggup hendak hancurkan UMNO apatah lagi PH yang baru dijilat nya tidak sampai 3 tahun.
Kini kegagalan Mahathir untuk pedayakan Anwar Ibrahim sekali lagi menemui jalan buntu. Anwar enggan ditipu buat kali ke 3.
Paling tersepit ada lah Tun Mahathir. Pelbagai skandal diketahui (known scandal) juga dipenuhi dengan skandal belum terdedah yang ramai juga sudah ketahui melalui sebaran media sosial secara peribadi.
Sejarah menipu dan tipu daya PRU14 dimana Mahathir tidak serah jawatan Perdana Menteri kepada Presidential Council Pakatan Harapan.
Mahathir terpaksa berhadapan dengan dua musuh dari dua penjuru. Maka, Mahathir terpinggir sebagai kera sumbang muka tebal tak tau malu.
Kes salah guna kuasa, seleweng wang pulangan wang 1MDB , kontrek ECRL untuk kroni , campurtangan pilih hakim, lindung jenayah rasuah Zeti dan Nazlan dan banyak lagi.
Individu seperti Lokman Nor Adam , Zahid Hamidi , Ahmad Maslan , Azeez Rahim , Dr Puad Zarkashi , Asyraf Wajidi dan Isham Jalil tidak akan melepaskan Mahathir jika BN kembali berkuasa. Cuma UMNO tak berapa cerdik 'all out' untuk menyerang. Terlalu banyak peluru utk dilepaskan. Tembak saja pasti mengena..!!
Mahathir dah mola goyang telo , apa yang mampu Tun lakukan mengolah persepsi fitnah jijik tolak UMNO kerana Rasuah hanya ploy Mahathir dan ratib nama Najib untuk pedaya rakyat.
Persoalan , siapa akan jadi mangsa untuk selamatkan tengkok MAHATHIR menghadapi PRU15?
Pintu rundingan seolah tertutup untuk Tun Mahathir yang terbuka luas hanya pintu mahkamah selepas PRU 15 bulan depan..
Tungguuu...!!
Yang benar-benar terdesak dan tersepit sekarang ialah atok kerala, puak kluster mahkamah dan puak pee hancing kerana majoriti orang Melayu sudah hilang kepercayaan pada mereka.
Tanpa undi kaum Melayu, mereka tidak akan memenangi PRÙ15 secara majoriti dan gagal untuk membentuk kerajaan.
Oleh kerana kerajaan PN telah membuktikan ia menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan kewangan kepada rakyat semasa PKP, rakyat yang mengenang budi akan mengundi PN dalam PRU15.
Post a Comment