Monday, October 24, 2022

PRU15: PH tolak Dr Mahathir

 

Poster yang dimuat naik Saifuddin Nasution di Twitter.

PRU15: PH tolak Dr Mahathir

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

"Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

"Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya," katanya.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA dan Penasihat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan Barisan Nasional (BN), malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Mengulas perkembangan itu, Anwar menegaskan tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai kerjasama politik menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menegaskan, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan melawan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Atas kapasiti Pengerusi BERSATU, Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama menewaskan BN dalam PRU14 pada 2018 di bawah naungan PH yang turut disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dr Mahathir kemudian meninggalkan BERSATU yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, sebelum mengasaskan PEJUANG dan disusuli pembentukan GTA yang membariskan parti berasaskan Melayu.

GTA turut dianggotai badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan profesional.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails