Tuesday, October 18, 2022

Rogol berkumpulan pelajar Tk 2.. LGBT PH.

 


1. 8 remaja ditahan kes rogol berkumpulan pelajar Tingkatan Dua

BACHOK: Lapan remaja ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar Tingkatan Dua secara berkumpulan di Tawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan, Mohd Ismail Jamaluddin berkata, penahanan kesemua suspek berusia antara 14 hingga 18 tahun it dibuat selepas menerima laporan berkait kes rogol membabitkan mangsa berusia 14 tahun 11 bulan.

“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis menangkap kesemua suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan (KK).

“Polis sedang jalankan siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Bachok pada esok. – HARIAN METRO


2. Normalisasi LGBT era Kerajaan Pakatan Harapan  

BERPULUH tahun golongan liberal berusaha menormalisasikan LGBT di Malaysia dan setiap kali itu jugalah ia mendapat tentangan hebat dari masyarakat kita.

Namun malang buat negara ini, selepas PH mendapat kuasa pada 2018, aktivis-aktivis LGBT dilayan begitu lunak oleh pemimpin PH yang mendukung agenda ini tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat dan agama Persekutuan negara Malaysia.

Bayangkan, sejurus selepas memenangi PRU-14, penganjur Big Gay Iftar pada 2017 dan Pengerusi Pelangi Campaign for Equality, Nu’man Afifi dilantik sebagai Pegawai Khas di Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Syed Saddiq ketika itu. Gila!

Mujur berita pelantikan mantan Setiausaha DAPSY Subang itu tersebar di media sosial dan mendapat tentangan hebat daripada rakyat sehingga akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas KBS beberapa hari selepas dilantik.

Tidak dilupakan, tindakan Pakatan Harapan menerima Maria Chin Abdullah sebagai calon PRU14.

PH sendiri sudah maklum bahawa Maria Chin merupakan individu yang bergiat aktif dalam NGO hak asasi manusia yang menyokong tegar gejala songsang LGBT!

Tidak berhenti di situ, mereka juga dengan licik berusaha menormalisasikan budaya terkutuk ini dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia.

Yang paling mendukacitakan, apabila Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) telah melakukan pertemuan dengan aktivis sosial yang juga transgender, Nisha Ayub kononnya bagi membela nasib golongan LGBT!

Individu yang diharapkan untuk menjaga hal ehwal agama pun tanpa segan mengiktiraf LGBT! Kerja gila.

“Menerusi pertemuan hari ini, banyak isu yang saya fahami dan ia patut dibela selaras dengan prinsip Rahmatan Lil’alamin yang menjadi teras kepada pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini.” – Mujahid

Slogan ‘Rahmatan lil ‘Alamin’ menjadi lesen akan kelunakan kepada golongan LGBT!

Justeru tidak hairanlah pada zaman PH, golongan LGBT ini begitu berani menuntut hak mereka dan menyuarakan perjuangan mereka secara terbuka. Mereka yakin Kerajaan Pakatan Harapan akan membela!

Siri-siri normalisasi dari golongan liberal ini telah meninggalkan kesan gelap kepada masyarakat. Budaya songsang ini menjalar tanpa kawalan bahkan berani dilaungkan secara terbuka.

JAKIM mendedahkan anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun 2018, berbanding 173,000 lima tahun sebelumnya.

Gila dan maha dahsyat bukan? Kemuncaknya dapat dilihat apabila golongan LGBT ini dengan berani melakukan perarakan kumpulan penyokong LGBT di Kuala Lumpur!

Perhimpunan disertai sekitar 1,000 orang termasuk NGO Sisters In Islam (SIS) itu bertujuan untuk menuntut supaya golongan LGBT diberikan sama rata seperti rakyat Malaysia lain, menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Budaya yang dulunya dipandang kotor dan hina kini diangkat setinggi-tingginya atas nama perjuangan hak asasi manusia. Begitu halus naratif normalisasi LGBT yang dilakukan PH.

Cukuplah kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan PH ini. Umat Islam perlu bersatu menunjukkan penentangan terhadap mereka yang memperjuangkan LGBT! Kali ini, kita tolak PH dengan sekeras-kerasnya!

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH 
ADUN Penaga – HARAKAHDAILY 17/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rogol berkumpulan pelajar Tk 2.. & LGBT PH.

Semuanya ini berlaku kerana hasil pentarbiahan pemerintahan yang tidak betul asalnya.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Senarai calon yang di PRU 15 untuk diberi perhatian serius demi bangsa dan agama.

1. Ampang (Local Council Election)
2. Temerloh (ICERD Liberal)
3. Port Dickson (Pluralisma Agama/LGBT)
4. Kajang (Wakil Pluralist)
5. Matang Pauh (Wakil Pluralist)
6. PARIT BUNTAR (Barua DAP/gang Syiah)
7. Kote Raja/Mat Sabu (Barua DAP/Syiah)
8. Jerlun (Liberal/COMANGO gereja)
9. Muar (Liberal/LGBT)
10. Shah Alam (Barua DAP/ Liberal)
11. Sepang(Barua DAP/Liberal)
12. Ahli UMNO/semua PKR support liberal (sudah dikenalpasti)
13. Langkawi (Acah2 Power Melayu Islamik)
14. Gombak ( Mat Blur/Liberal..)
15. Titiwangsa ( Lu fikir sendiri )

Lingkupkan Boboi maka melingkup lah keturunan acah acah power islamik selama lamanya sambil dalam diam diam anak cucu jadi pejuang COMANGO Gereja dan liberal LGBTdan pluralisma murtad ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails