Saturday, October 22, 2022

Statut Rom. Siapa pemimpin antiIslam? -Bongkar Presiden PAS

 


Ada parti komponen PH bersikap anti-Islam

KOTA BHARU: PAS membuat keputusan menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dengan mengambil kira ada komponen parti itu yang bersikap anti-Islam.

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti terbabit secara terang-terangan menolak usaha Kelantan untuk memartabatkan perundangan Islam.

“Saya rasa rakyat pun boleh tahu siapa pemimpin PH yang bersikap antiIslam. Malah ketika peringkat awal PH berkuasa, mereka mahu meratifikasi Statut Rome sehingga menimbulkan bantahan rakyat,” katanya pada ceramah Penyatuan Ummah di Dataran Warisan malam tadi.

Statut Rom yang mahu dikaji kerajaan PH pada 2019 antara lain mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan Raja-Raja Melayu.

Selain itu melibatkan penghapusan hak istimewa Islam, Melayu, Bumiputera dan sama rata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, ekoran kemelut yang berlaku itu beliau menggerakkan usaha berunding dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memastikan hayat kerajaan PH tidak panjang.

Kata beliau selepas Presiden Bersatu bersetuju, diadakan pula rundingan dengan Umno.

“Hasil persetujuan itu maka digerakkan langkah di mana Tan Sri Muhyiddin mengumumkan keluar daripada PH. Saya mencadangkan Presiden Bersatu sebagai calon perdana menteri baharu.

“Umno pun setuju ketika itu sehingga muncul kerajaan Perikatan Nasional bagi menggantikan kerajaan PH. Kewujudan kerajaan PN bukan secara tebuk atap atau pintu belakang. Ini kerana pelantikan Tan Sri Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya selepas Umno mendapat jawatan perdana menteri menggantikan Muhyiddin, parti itu mahu PAS memutuskan pula hubungan dengan Bersatu.

Menurutnya Umno memberi kata dua itu sebagai syarat bagi meneruskan hubungan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno. 

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang mengamalkan ‘amar makruf nahi mungkar’ bagi mewujudkan sebuah negara yang selaras dengan kehendak Islam.

“Rakyat diingatkan jangan sesekali memilih kerajaan yang hanya menabur duit semata-mata. Ini kerana, pembangunan negara dengan cara Islam melalui ilmu bukan dengan duit semata-mata.

“Jangan pilih pemimpin yang menabur duit dan membuat pelbagai janji, tetapi ilmu tidak ada, maksudnya bodoh dan boleh membawa kepada kejahatan. Pengundi jangan salah pilih,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 22/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Statut Rom. Siapa pemimpin antiIslam? -Bongkar Presiden PAS

Apa yang dibongkar?

(i) Parti terbabit terus menolak usaha Kelantan untuk memartabatkan perundangan Islam.

(ii) Statut Rom yang mahu dikaji kerajaan PH pada 2019 antara lain mewujudkan Mahkamah Khas bagi membicarakan Raja-Raja Melayu.

(iii) Selain itu melibatkan penghapusan hak istimewa Islam, Melayu, Bumiputera dan sama rata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD.

(iv) Abdul Hadi berunding dengan Muhyiddin, runding juga dengan Umno. Umno setuju muncul kerajaan Perikatan Nasional (PN). PN bukan kerajaan tebuk atap atau pintu belakang. Ini kerana pelantikan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

(v) Selepas Umno mendapat jawatan perdana menteri menggantikan Muhyiddin, parti itu mahu PAS putuskan hubungan dengan Bersatu. Umno memberi kata dua sebagai syarat bagi meneruskan hubungan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno. 

Sekian dulu.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa isu icerd. Jangan lupa isu statut rom. Jangan lupa raja raja nak dibicara di mahkamah. Jangan lupa isu arak. Jangan lupa isu mabok. Jom pilih pas dan pn.

Anonymous said...

Dengar cerita Zahid Pekembar dah berkirakira dengan Anwar adil/psrm untuk bergabung selepas pru15,,
betul ke cerita nih?

Anonymous said...

kalau betul maka itu adalah jawapan kpd penyebab yg zahid eksen sangat dgn Pas,, yelah sebab dah ada rencana untuk bersama dgn Ph..
aritu pun katanya dia okey je kalau untuk bekerjasama dengan dap..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails