Lim Guan Eng (kiri) dan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.
1. 'Tuduhan Guan Eng terhadap PAS dangkal, pecah belah rakyat pelbagai kaum' - PAS
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tuduhan dangkal Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang menolak perdana menteri dari parti itu, selain melabelnya sebagai rasis bukan sahaja tidak berasas, malah sengaja mahu memecahbelahkan perpaduan kaum dalam negara.
Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin, berkata kenyataan Guan Eng menunjukkan betapa sikap rasis dalam kalangan pemimpin DAP.
"Tuduhan sesat lagi menyesatkan Guan Eng, kononnya PAS ialah parti rasis dan Malaysia akan lenyap jika perdana menteri PAS berkuasa, cukup membuktikan betapa dangkalnya parti chauvinis berkenaan.
"Sebaliknya, DAP jelas memiliki rekod buruk lagi hina dalam isu membabitkan Islam dan masyarakat Melayu di Malaysia. Antaranya perlembagaan DAP sendiri jelas menyebut dalam Perkara 2, matlamat-matlamat DAP adalah untuk "mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja 'sekular' yang asal."
"Hal ini sahaja membuka pekung dada DAP yang cukup anti kepada Islam dan Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, mendakwa pemimpin PAS membawa naratif perkauman dan ekstremis yang menjejaskan pendirian berbilang agama dan budaya Malaysia dengan mendahulukan umat Islam.
Guan Eng turut berkata perdana menteri dari PAS akan memecahkan Malaysia dan menimbulkan senario mimpi ngeri bagi bukan Islam dan bukan Bumiputera, kerana bukan berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tetapi hanya untuk orang Islam.
Khairil Nizam berkata, DAP juga tidak pernah menyembunyikan yang mereka menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pelbagai alasan, sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.
"Sejarah membuktikan ketika berkuasa melalui PH, DAP kuat menyokong supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi, langkah yang jelas bakal mengganggu gugat keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum sejak merdeka hingga ke hari ini.
"Lim Kit Siang turut menuduh khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian," katanya yang menegaskan perbuatan disifatkan rasis yang disenaraikan itu hanya sebahagian daripada pelbagai lagi tindakan sedemikian.
Sehubungan itu, tegasnya, seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum wajib menolak parti yang mengamalkan rasis dan sering memecahbelahkan Keluarga Malaysia.
Katanya, DAP perlu ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara.
2. Wanita terlibat rasuah makin meningkat, membimbangkan
Tan Sri Azam BakiPUTRAJAYA: Bilangan kes-kes rasuah yang melibatkan pelaku wanita semakin meningkat sejak kebelangan ini dan keadaan itu amat membimbangkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata berdasarkan statistik, seramai 824 wanita ditahan dan daripada jumlah itu 356 dituduh di mahkamah dalam tempoh 2017 hingga Ogos lepas.
Secara terperinci seramai 308 wanita ditahan bagi kes tuntutan palsu; 249 (menerima rasuah); 90 (memberi rasuah) dan 82 (salah guna kuasa) manakala selebihnya melibatkan kesalahan lain berkaitan rasuah.
“Rata-rata mereka yang dituduh adalah mereka yang mempunyai kuasa, peranan dan jawatan dalam sesuatu entiti.
“Masa mula-mula zaman saya masuk kerja dalam BPR, dalam masa setahun pun, susah hendak tangkap walaupun seorang wanita. Rasuah adalah mengenai orang yang mempunyai kuasa, orang yang telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan amanah. Jadi mereka ini diberikan tanggungjawab,” katanya semasa temu bual di sini.
SPRM ditubuhkan pada 1 Okt 1967, dengan dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum menjadi suruhanjaya bebas pada 2009 dengan dikenali sebagai SPRM.
Bercakap mengenai undang-undang berkaitan pembiayaan dana politik, Azam berkata perkara itu perlu disegerakan bagi memastikan ahli dan parti politik mengisytiharkan dana yang diterima mereka sama ada dari dalam atau luar negara dan punca dana itu diperoleh.
Beliau berkata takrifan mengenai pembiayaan politik yang sah atau tidak bergantung kepada takrifan yang dipersetujui dalam rang undang-undang dan ia berbeza antara satu negara dan negara lain.
Bagaimanapun, Malaysia belum mempunyai undang-undang dan peraturan pembiayaan politik, justeru bukan satu jenayah bagi ahli politik dan parti politik untuk menerima pembiayaan politik dan derma persendirian.
Ini bermakna mana-mana ahli politik atau parti politik boleh menerima sumbangan politik daripada perbadanan atau individu, dengan syarat wang itu bukan daripada sumber haram (tetapi) isu itu menjadi jenayah jika dapat dibuktikan bahawa ahli politik yang menerima dana itu berada dalam kedudukan untuk membalas budi kepada pemberi derma berdasarkan jawatan ahli politik itu, katanya.
Azam berkata pihaknya banyak menerima aduan daripada masyarakat yang meminta SPRM menyiasat entiti-entiti politik yang dikatakan menerima dana berbentuk rasuah.
“Kami siasat dan bukan kami tidak siasat apabila dilaporkan tapi banyak kes berakhir dengan tiada tindakan pertuduhan. Mereka (orang awam) yang melaporkan tidak berpuas hati…apabila tiada akta (khusus) ini maka kami mengklasifikasikan sebagai tindakan menerima suapan atau menerima rasuah,” katanya. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tuduhan Guan Eng dangkal... & Wanita rasuah -Azam Baki.
Tuduhan DAP jelas semakin dangkal sekarang. Mungkin kerana pemimpinnya dikaitkan dengan pelbagai skandal sekarang, yang dulu konon mereka perjuangkan. Rasuah, salah guna kuasa, injak hak asasi manusia (rogol), jenayah (dadah), janji tipu dan segala maam lagi.
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
3 comments:
Najib tak perlu hadir, biar parlimen tergantung bila buat usul dan sokongan..
Baru padan muka Smail Bera
Najib Razak (BN-Pekan) yang sedang menjalani hukuman penjara masih dibenarkan menghadiri persidangan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.
Namun begitu, katanya ini jika dengan kebenaran Jabatan Penjara.
Azhar berkata demikian ketika menjawap soalan Hanipa Maidin (PH -Sepang) bertanya sama ada bekas perdana menteri yang telah disabitkan kesalahan itu boleh dibawa ke Dewan Rakyat dalam keadaan bergari untuk "dilihat oleh semua".
Siklon celah mana pula yang nak bertiup November hingga April... maaakk aaii lamo bona siklon bertiup nyer tuuuhh..
MET berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang..
MET nak geli geli goreng mamak pulakkk... Alahai..
Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan boleh menyebabkan hujan lebat, ribut dan banjir.
Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini termasuk Lembah Klang.
Sebelum ini menurut Met Malaysia ( Jabatan Meteorologi Malaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar.
MET pun dah pandai goreng mamak.. Senang cakap macam ni ajar kek... MET berterus terang saja lagi katakan siklon akan bertiup kencang dari November hingga PRU 15. Kannnn senang..
Johor, Melaka dan Sarawak kerusi undangan negeri sudah dimenangi BN. PRU 15 ketiga tiga negeri ini deposit kerusi Parlimen BN negeri..! BN hanya beri tumpuan pada kerusi Parlimen masing-masing.
Kelebihan pada BN di ketiga tiga negeri tersebut untuk menguasai kerusi Parlimen dengan majority besar amat cerah sekali.
3 negeri ini adalah deposit besar UMNO / BN semasa PRU 15 nanti..!!
Barisan Nasional (BN) sedang mengemas kini strategi paling berkesan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Selepas pilihan raya umum ke-14, katanya, rakyat sudah boleh menilai dan ternyata apa dijanjikan parti lain tidak dipenuhi, walaupun sudah diberikan peluang oleh rakyat.
“Rakyat menilai siapa yang lebih baik dan terbukti BN prihatin membantu rakyat. Disebabkan itu juga, kita menang di Melaka. Dalam PRN Johor kali ini, rakyat mudah membuat pilihan.
3 negeri ini adalah deposit besar UMNO / BN semasa PRU 15 nanti untuk menguasai kerusi Parlimen pula..!!
Jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), siapa akan jadi Perdana Menteri?
Soal Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Pelancaran Trak Ayuh Malaysia di Wangsa Maju pada Sabtu.
Pada Rafizi insyallah bossku akan dilantik semula jadi PM... tungguuuu..!!
Post a Comment