PUTRAJAYA: Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yasin yang memecatnya sebagai Pengerusi BERSATU dan juga beberapa pemimpin BERSATU lain yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton diambil bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sangat takut kehilangan jawatan Perdana Menteri hingga menyekat Parlimen daripada bersidang dan meminta darurat diisytiharkan.
Katanya, Muhyiddin seorang yang masih lagi bersikap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri, biarpun beliau sudah jatuh dan dihina UMNO.
"Muhyiddin cuba menafikan beliau pengkhianat yang terbabit dengan Langkah Sheraton dan cuba mengaitkan perkara itu dengan saya.
"Beliau memecat saya dan beberapa pemimpin BERSATU lain yang tidak bersetuju dengan Langkah Sheraton. Siapa yang dapat faedah daripada Langkah Sheraton ini, siapa yang jadi Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui media sosial, petang ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Muhyiddin mendakwa gerakan membawa keluar BERSATU daripada Pakatan Harapan (PH) pada 2020, dimulakan Dr Mahathir.
Muhyiddin mendakwa Dr Mahathir membuat pusingan U di saat akhir, apabila Majlis Presiden PH dalam mesyuarat pada 21 Februari 2020 mengambil keputusan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
Katanya, usaha membawa keluar BERSATU itu digerakkan susulan tindakan beberapa pihak dalam PH yang mendesak Dr Mahathir berundur bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilantik Perdana Menteri Kelapan.
Dr Mahathir berkata, minggu lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui beliau yang menggerakkan Langkah Sheraton bersama-sama Muhyiddin sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu menjadi calon Perdana Menteri.
"Sebenarnya amat mudah nak pastikan siapa pengkhianat. Ada satu ungkapan bahasa Latin 'cui bono', yang bermakna siapa yang mendapat keuntungan daripada sesuatu keadaan.
"Siapa yang jadi Perdana Menteri pintu belakang atau tebuk atap? Bukan saya, tetapi Muhyiddin," katanya.
Dr Mahathir juga mendakwa Muhyiddin sebagai seorang yang tidak tahu malu kerana sanggup meminta perisytiharan darurat sekali lagi demi mengekalkan jawatannya, biarpun permohonannya sebelum itu ditolak Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, Muhyiddin juga menuduhnya bersetuju supaya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjadi Perdana Menteri, namun tidak mendedahkan soalan Dr Mahathir sama ada dia memegang jawatan itu dengan sokongan kleptokrat.
"Dia jawab sanggup dan dengan angkuh berkata dia tahu macam mana mahu tangani kerana dia ada pengalaman politik lebih 40 tahun.
"Akhirnya Muhyiddin tersembam selepas cuma 17 bulan menjadi Perdana Menteri selepas dikhianati oleh Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu bersama-sama mengkhianati rakyat untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang," katanya.
Dr Mahathir turut mendakwa, Muhyiddin yang bertanggungjawab mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ketika negara sedang teruk dilanda COVID-19 sehingga kes naik mendadak selepas pilihan raya itu dan membabitkan kematian ramai penduduk Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, Muhyiddin sanggup melakukan apa saja termasuk membiarkan BERSATU kehilangan kuasa di beberapa negeri yang dipimpin parti itu, asalkan kekal menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau sanggup mencadangkan kerjasama antara Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan GTA bersama PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum ini kerana beliau percaya selepas dijatuhkan dan dihina, Muhyiddin sudah bertaubat atau berasa kesal dengan perbuatannya.
"Dia khianat saya tidak mengapa, saya sangka dia cuba tebus khianatnya kepada parti BERSATU sehingga hilang beberapa negeri dan kepada rakyat keseluruhan. Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi Perdana Menteri," katanya. (BH)
2. PAS komited ke arah penggubalan RUU355
KRONOLOGI Penggubalan RUU355 (2020-2022)
10 Mac 2020 – Perdana Menteri Malaysia ke-8 dilantik iaitu YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin bersama-sama dengan pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
18 Mac 2020 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
16 Jun 2020 – Arahan penggubalan pindaan RUU 355 yang baru kepada Jawatankuasa Teknikal oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM.
6 Ogos 2020 – Semasa Mesyuarat Semakan Draf Teks Penggulungan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Di Raja, YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memutuskan sekali lagi agar Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil meneliti semula RUU355.
2-6 September 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).
1-3 Oktober 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).
11 Januari 2021 – Pengisytiharan Darurat (Parlimen Tidak Bersidang).
26 Februari 2021 – Pelaksanaan Program Vaksin COVID-19.
9-11 Mac 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (Antaranya membincangkan mengenai RUU355).
Mei 2021 – Lonjakan kes COVID-19.
29 Julai 2021 – RUU355 dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].
1 Ogos 2021 – Darurat tamat.
11 Ogos 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mengkaji Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].
28 Ogos 2021 – Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan YB Senator Datuk Idris Ahmad dan YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary sebagai Menteri dan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
27 Ogos 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Mengkaji Pindaan Seksyen 1 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].
22 September 2021 – YB Senator Datuk Idris Ahmad telah memutuskan agar RUU355 dimuktamadkan dan disasarkan untuk dibentang pada Sidang Parlimen Oktober 2022 dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM.
29 September 2021 – RUU355 dibentangkan dalam Mesyuarat Teknikal.
31 Disember 2021 – PKP berakhir.
11-12 Oktober 2021 – Draf RUU355 berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke- 27.
29 Mac 2022 – Cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.
26 Ogos 2022 – Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355.
15 September 2022 – Kelulusan Peguam Negara untuk RUU355.
22 September 2022 – Edaran Memorandum Jemaah Menteri kepada 5 agensi (AGC, JKSM, MSWP, JAWI & JAPENSWP).
5 Oktober 2022 – Terima ulasan agensi.
7 Oktober 2022 – Draf RUU355 telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
3 Oktober – 29 November 2022 – RUU355 dijangka untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas (2022).
USTAZ DATO’ AHMAD MARZUK SHAARY – HARAKAHDAILY 30/10/2022
5 comments:
Dari kajian, analisis dan risikan, didapati semua parti politik tidak akan mendapat undi majoriti dalam PRU15 kerana pecah undi akibat dari perlawanan tiga penjuru atau lebih.
Parti Islam PAS dijangka akan mendapat banyak kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan mungkin di Pahang. PN mungkin akan membentuk kerajaan negeri di Pahang.
Pembetulan untuk komen 8:43 PM :
Dari kajian, analisis dan risikan PRU15, didapati semua parti politik tidak akan mendapat kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan kerana pecah undi akibat dari perlawanan tiga penjuru atau lebih.
wooii tun... lubang kubo kau dah memanggil manggil dah tu..
sudah sudah lah.... orang dah tak nak tak payah nak salah orang lain...
udah udah lah tuu... ingat mati skettt
cukup cukup lah tuu
#lingkupboboisenyaplahorangtuatu
Tun sudah termasuk dalam kategeori "Golongan Kuciwa" ker? kasihan eh eh eh.
Lepas Pru15 nanti akan makin ramai ahli team kuciwa, tunggu dan lihat lah sama² ya..
Bagi mereka² yg ikhlas akan tetap bersabar dan berlapang dada, bagi yang rakus maka demikianlah adanya.. hehe.
elok lingkup kan boboi PRU kali ini..
bila boboi melingkup maka lingkup lah legasi ni....
kunun.. bila dah melingkup boboi otomatik dia senyap trusss...
legasi acah acah power melayu islamik..
woiii kubo dah panggil dah tuuu.. cukup cukup lah tuuu...!!
Post a Comment