Tuesday, October 18, 2022

Tutup UNHCR, serah pada M'sia.. Peluang uruskan secara Islam?

 

Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS, Melissa Brown

'Cadang tutup UNHCR, terpulang kepada Malaysia'

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) menyerahkan kepada Kerajaan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Timbalan Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara AS, Melissa Brown, berkata terpulang kepada Kerajaan Malaysia menentukan langkah seterusnya khususnya mengenai UNHCR dan memuji usaha Malaysia menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian yang rentan di seluruh rantau ini dan selainnya.

"Apa yang boleh saya katakan, pejabat (UNHCR) memainkan peranan penting. Kami memuji Malaysia menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian yang rentan dan memastikan mereka mendapat akses pendidikan serta rawatan perubatan.

"Amat penting untuk kita semua memastikan pelarian mendapat penjagaan dan sokongan yang mereka perlukan, sama ada akses kepada pendidikan atau rawatan perubatan serta peluang untuk mata pencarian dan masa depan lebih baik.

"Saya rasa terpulang kepada kerajaan Malaysia apakah langkah seterusnya khususnya mengenai UNHCR," katanya pada sesi meja bulat bersama media Malaysia di Kedutaan AS di Malaysia di sini, hari ini.

Media melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, mencadangkan pejabat UNHCR di Malaysia ditutup bagi membolehkan Putrajaya menguruskan pelarian di negara ini dengan lebih baik tanpa 'gangguan luar.'

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata cadangan menutup pejabat UNHCR di Malaysia, tidak bermaksud hubungan dengan badan antarabangsa itu terputus.

Sementara itu, mengulas hubungan diplomatik AS-Malaysia yang menjangkau 65 tahun, Brown berkata, ikatan itu berakar umbi berdasarkan hubungan rapat antara rakyat, ekonomi dan keselamatan.

"Dari perspektif AS, kami mahu menjalinkan hubungan yang akrab dengan Malaysia, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama berdasarkan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara akan terus memperluas hubungan perdagangan serta pelaburan dengan mengambil kira AS sebagai pelabur asing utama di Malaysia terutama dalam sektor elektronik.– BERNAMA

BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: AS menyerahkan kepada Malaysia untuk membuat keputusan berhubung cadangan menutup pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Maka tibalah masanya bagi Malaysia sebagai negara umat Islam menganmbil alih, mengurus  dan memastikan pelarian mendapat penjagaan sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. 

Perlu diberi sokongan yang diperlukan, sama ada pendidikan, rawatan perubatan, peluang ibadat pelbagai agama, mata pencarian dan masa depan lebih baik.

Dan lain-lain.


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Bila goreng mamak tak laku tekak rakyat dah naik kembang, atok arah goreng Tok Wan Siti Asmah pulak.. alahaiii

Ari ni isytihar bubar parlimen utk PRU 15, esok laki dia yang terkinja kinja umum pertahan kerusi Langkawi. Kalau dah tau laki kau mcm tu, elok mintak dia jangan bertanding PRU 15 lah.

Lama kelamaan selepas 22 tahun, badan dah tak kuat, mata tak nampak, nak berjalan pun kena berhati-hati takut jatuh, saya pun kena jaga kesihatan kalau nak jaga suami,” katanya.

Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.

Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.

Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah.

Dia letih ( bila buat fitnah jijik dia bersemangat kot..!!) mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat (kau buat fitnah Dia tak kenal penat kita), saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” kata Dr Asmah..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails