Thursday, October 06, 2022

'Ubat kuat' lebih sangat, pengantin baru maut. Pengajaran?

 

Polis membuat siasatan di lokasi kejadian suami isteri muda meninggal dunia. - Foto Polis Karanganyar

Pengantin baharu maut sebab terlebih 'ubat kuat'

JAKARTA: Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut.

Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan, Karanganyar, Jawa Tengah ketika kakitangan hotel membuat pemeriksaan selepas menyedari mereka terlewat mendaftar keluar, Isnin lalu.

Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan, pasangan masing-masing berusia 30 dan 27 tahun yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu baharu saja bernikah beberapa minggu lalu.

Katanya, mereka membuat tempahan untuk menginap di hotel itu pada 4.30 petang, Sabtu lalu.

"Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa penginapan mereka hingga 4 petang, Ahad.

"Namun, pada keesokannya, kedua-dua mereka tiada khabar sehingga kakitangan hotel membuat pemeriksaan dan menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia," katanya.

Katanya, bedah siasat mendapati tiada tanda-tanda kekerasan pada tubuh badan mangsa.

"Kedua-duanya meninggal dunia kerana disyaki terlalu banyak mengambil ubat kuat sehingga mengakibatkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah sebelum meninggal dunia.

"Punca kematian ini diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka yang ditemukan di bilik hotel itu.

"Sebuah botol suplemen atau 'ubat kuat' ditemukan kosong serta satu satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan," katanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sikap melampau dalam agama. 

Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan larangan melampau dalam memahami dalil?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Merujuk kepada soalan di atas, Islam merupakan agama yang bersifat dengan sederhana iaitu tidak memberatkan dan juga tidak terlalu memudahkan kepada penganutnya. Ini juga merupakan keindahan Islam berbanding agama-agama lain yang sebahagiannya bersifat terlalu keras di dalam sesuatu perkara.

Terdapat beberapa hadith yang menunjukkan larangan untuk seseorang itu bersifat melampau dalam beragama. Antaranya adalah:

  • Daripada Abdillah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda sebanyak tiga kali:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ

Maksudnya: “Musnahlah golongan yang melampau”. [Riwayat Muslim (2670)]

Imam al-Nawawi ketika menafsirkan maksud “الْمُتَنَطِّعُونَ” ialah mereka yang terlalu teliti, melampau dan melepasi had atau batasan dalam perkataan dan perbuatan mereka. [Lihat: al-Minhaj, 220/16]

Selain itu juga, di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sebuah hadith yang melarang perbuatan menyukarkan dalam perkara agama kerana sikap atau sifat akan membuatkan seseorang itu tewas dengan dirinya sendiri.

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu menyukarkan (menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas”. [Riwayat al-Bukhari (39)]

Imam Ibn Hajar berkata hadith ini menunjukkan tanda antara tanda-tanda kenabian. Ini kerana, apabila melihat kepada manusia sebelum daripada kita bahawa setiap yang melampau dalam agama pasti akan terhenti. Selain itu, ini tidak menunjukkan halangan dalam mencari kesempurnaan di dalam beribadah kerana itu merupakan perkara yang terpuji. Bahkan, hadith ini melarang bersikap melampau yang boleh membawa kepada lesu (malas) atau berlebih-lebih dalam perkara yang sunat sehingga membawa kepada meninggalkan yang afdhal atau mengeluarkan perkara yang fardhu itu daripada waktunya (terlepas waktu). [Lihat: Fath al-Bari, 94/1]

Tambahan pula, di dalam kitab Taudhih Usul al-Fiqh ala Manhaj Ahli al-Hadith terdapat satu kaedah di sisi ahli hadith iaitu kaedah yang ke 16:

يَجِبُ تَفْسِيْرُ الدَّلِيْلِ وَفَهْمُهُ بِاعْتِدَالِ مِنْ غَيْرِ إِفْرَاطٍ وَلَا تَفْرِيْطٍ

Maksudnya: “Perlu menafsir dalil dan memahaminya dengan cara sederhana tanpa melampau dan tidak pula terlalu longgar”. [Lihat: Taudhih Usul al-Fiqh, 61]

  • Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya al-Roh berkata:

“Kita perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW tanpa melampau dan ringan (bermudah-mudah). Begitu juga, tidak boleh memahami perkataan Baginda SAW apa yang tidak Baginda SAW maksudkan dan tidak juga memahaminya secara longgar akan kehendak Baginda SAW serta apa yang Baginda SAW maksudkan daripada hidayah dan juga keterangan. Ini kerana, jika kita lalai daripada hal ini akan menjerumuskan ke dalam kesesatan dan jauh daripada kebenaran yang kita tidak ketahuinya melainkan Allah SWT”. Bahkan, memahami dengan salah akan kehendak Allah SWT dan rasul-Nya adalah asal bagi segala bid’ah dan kesesatan yang muncul di dalam dunia Islam”. [Lihat: al-Roh, 62]

Penutup

Kesimpulannya, sifat insof (bersederhana atau adil) dalam setiap perkara adalah amat dituntut. Ini kerana, sikap melampau atau terlalu memudahkan akan memberi kesan yang buruk kepada agama serta sesiapa sahaja yang bersifat dengannya. Sebelum kami menutup perbahasan ini, marilah sama-sama kita merenungi sebuah hadith:

  • Daripada Aisyah RA berkata:

مَا خُيِّرَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَمْرَيْنِ، أَحَدُهُمَا أَيْسَرُ مِنَ الْآخَرِ، إِلَّا اخْتَارَ أَيْسَرَهُمَا، مَا لَمْ يَكُنْ إِثْمًا، فَإِنْ كَانَ إِثْمًا، كَانَ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW disuruh memilih di antara dua perkara, nescaya Baginda SAW akan memilih yang lebih mudah di antara keduanya selama mana  ia tidak berdosa. Adapun jika ia adalah berdosa, maka Baginda SAW adalah orang yang paling utama meninggalkannya”. [Riwayat Muslim (2327)]

Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita sifat bersederhana dalam melaksanakan setiap perkara dan juga dalam menjauhkan kita daripada sifat melampau dan bermudah-mudah di dalam agama. Amin.

Wallahua’lam


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails