Wednesday, October 19, 2022

WAGs England: Di negara umat Islam, tapi kafir perintah?

 

Barisan WAGs England diminta mematuhi peraturan sepanjang memberi sokongan di Piala Dunia Qatar 2022 bulan depan.

SUKAN

Amaran buat WAGs England di Qatar

LONDON: WAGs (isteri dan teman wanita) pasukan England diberi amaran mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan untuk mengelak krisis pada Piala Dunia di Qatar bulan depan.

Pegawai pasukan Three Lions tidak mengambil mudah mengenai peraturan ketat di negara Teluk itu dan memberi amaran keras kepada kumpulan glamor itu: "Anda tidak berada di atas undang-undang."

Mereka menyampaikan peraturan itu dalam satu perjumpaan rahsia.

WAGs yang dijangka berada di Qatar, seperti teman wanita Jack Grealish, Sasha Attwood, 26, diberitahu supaya "berpakaian sopan" di khalayak ramai dan di stadium.

Mereka tidak boleh minum arak atau mencarut di khalayak ramai, memainkan muzik yang kuat, menyanyi, menjerit atau bertindak "tidak wajar" semasa azan.

Membuang sampah merata-rata diharamkan di Qatar dan boleh dihukum denda sehingga £6,000 (kira-kira RM32,000) dan setahun penjara.

Mereka juga diberi amaran mengambil swafoto di luar bangunan kerajaan mungkin menyebabkan mereka dikenakan tindakan oleh polis.

Pada satu perjumpaan sebelum England seri 3-3 dengan Jerman bulan lalu, ketua FA menggesa: "Adalah penting untuk memahami anda dan suami/pasangan anda tidak berada di atas undang-undang di sana.

"Setiap arahan disediakan untuk melindungi diri anda dan pasangan/suami anda dalam sebarang kes penyelewengan. Denda dan pendakwaan adalah perkara biasa."

England, diketuai oleh kapten Harry Kane, bermain aksi pembukaan mereka di Stadium Antarabangsa Khalifa di ibu negara Doha menentang Iran pada 21 November.

Pegawai FA bertekad untuk menekankan mengenai undang-undang dan adat tempatan terhadap WAGs.

"Mereka sudah diperjelaskan mengenai peraturan dan bertanggungjawab terhadap pemain dan keluarga mereka untuk memastikan mereka mengetahui undang-undang dan adat tempatan.

"Mereka tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kontroversi atau insiden yang sepatutnya boleh dielakkan menerusi perancangan yang baik.

"Adalah penting WAGs memahami Qatar bukan England dan akan melayan setiap orang sama rata tanpa mengira siapa mereka," kata seorang sumber FA.

Minum alkohol di Qatar adalah haram. Gerak isyarat makian atau biadab juga boleh menyebabkan pelakunya dipenjara.

Wanita mesti menutup bahu mereka dan mengelak daripada memakai skirt pendek, menurut nasihat Pejabat Luar Negeri.

Seks tanpa nikah juga diharamkan. - AGENSI


Larangan pada Piala Dunia

MINUMAN ARAK - Mengambil alkohol tidak dibenarkan di tempat awam.

PAKAIAN - Tiada tolak ansur mengenai pakaian sopan, tiada skirt pendek.

PDA - Menunjukkan kasih sayang seperti berciuman tidak diterima.

SWAFOTO - Bergambar swafoto menggunakan telefon pintar di luar bangunan rasmi dilarang sama sekali.

MUZIK - Tiada muzik yang kuat atau berjoget semasa azan.


BERITA BERKAITAN


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hebat! WAGs (isteri dan teman wanita) dari England, berada di negara umat Islam (Qatar), tapi puak kafir yang memerintah hampir mirip dengan peraturan Islam.

Boleh pun ikut!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

  1. Dalam komunis dapig, mereka telah diberikan gambaran yg salah oleh parti liberal dan parti kuali. Memang komunis dapig anti Islam. Tapi parti liberal dan parti kuali sangat berkesan fitnah terhadap Islam dan parti dokongan Islam. Kebencian terhadap Islam mendadak di kalangan komunis dapig.

    Parti liberal dan parti kuali hanya tekankan potongan dan rejam batu sampai mati. Inilah jenis manusia yg gunakan Islam untuk lumpuhkan Islam. Ini lah parti yg dipimpin oleh melayu liberal anuar dan mat sabun.

    Sambil ungkit isu rasuah yg sejagat mengharamkannya, kesempatan juga digunakan merendahkan martabat hukum Islam.

    Memang yg x faham hukum Islam, macam zalim pada zahirnya. Tak payah perlekehkan para ustaz jika parti liberal sendiri x arif tentang hukum Islam. Lebih diam jika tak faham.

    Jadi bahayanya presiden anuar ialah potensi meningkat lgbt, mabuk, zina, judi dsb. Ini soal peribadi. Tiada campur tangan kerajaan. Tentu jadi pilihan komunis dapig.

    Jadi tanggung jawab org Islam menolak anuar dan gerombolannya. Melawan tentera merobek Islam.

    ReplyDelete
  2. Abam kata dia xcuri duit. Tapi rumahnya rega 12 juta. Itu belum jawat pm. Kalau jadi pm puluh kali ganda. Nak kekal jawatan lagi pulun duit. Atau istilahnya curi duit.

    Beza dengan pimpinan pas. Jadi mb pun masih rumah papan. Elok lesing jer abam ni. Hipokrit. Dahlah aqidahnya liberal, hipokritnya menjadi jadi.

    ReplyDelete