Wednesday, October 19, 2022

Warga Israel masuk M'sia? Melayu tali barut Mossad?

 


1. Warga Israel Nas Daily masuk Malaysia guna pasport Saint Kitts and Nevis

SEREMBAN: Rakyat Israel yang berjaya masuk ke Malaysia pada 16 Oktober lalu mempunyai dua kerakyatan dan memasuki negara ini menggunakan pasport Caribbean.

Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata dapatan itu hasil siasatan yang dilakukan jabatan itu.

"Individu terbabit, Nuseri Yassin, rakyat Israel tetapi memasuki Malaysia menggunakan pasport negara lain bukan pasport dari negara Israel. Dia didapati menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis, sebuah negara dalam Caribbean komuniti, pasport negara itu mudah diperolehi oleh rakyat daripada negara lain.

"Beliau memasuki negara kita dan keluar juga menggunakan pasport yang sama. Beliau tidak boleh terus masuk dengan pasport lain dan keluar dengan pasport yang berbeza.

"Saya dfahamkan beliau memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pelancaran Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) di Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap individu rakyat Israel terbabit yang masuk ke negara ini, susulan viral keberadaan individu berkenaan di Melaka, baru-baru ini.

Berdasarkan FB story itu, video blogger terkemuka dunia yang nama penuhnya Nuseri Yassin itu berjaya masuk ke Malaysia selama 12 jam menggunakan pasport Caribbean, kerakyatan yang dibelinya.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, sekiranya Nuseri Yassin menggunakan pasport Israel, sudah pasti dia tidak akan berjaya melepasi pintu masuk negara ini.

Katanya, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Perlu dijelaskan, beliau juga tidak mempunyai sebarang kesalahan di bawah peraturan Imigresen dan sebab itu kelulusan di bawah pas pelancong diberikan pada 16 Oktober lalu.

"Beliau keluar dari negara ini pada hari yang sama, iaitu 16 Oktober," katanya.

Beliau menegaskan, individu terbabit didapati tidak memiliki kesalahan dari segi akta imigresen kerana memiliki pasport yang tulen dan dikeluarkan negara pengeluar.

"Malah, dia juga didapati tidak memiliki kesalahan sama ada dalam sistem imigresen ataupun Interpol, yang diintegrasikan dengan sistem imigresen negara ini.

"Dalam sistem tidak keluar kerana dia menggunakan kerakyatan negara lain," katanya. (BH)


2. Anak Melayu jadi tali barut Mossad? 

11 ORANG, Edy Ko’im Said, 40, Mohamad Norakmal Hassan, 41, Dody Junaidi, 42, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39, Mohamad Naziree Mustapha, 39, Faizull Hardey Mohd Isa, 40, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25, Mohamad Sufian Saly, 23, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21, Nidarahayu Zainal, 34, and Raibafie Amdan, 39, termasuk seorang wanita Melayu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan menculik dan mencederakan seorang warga Palestin.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan rotan.

Kita marah dan mengutuk rejim haram Zionis yang membunuh dan mencederakan saudara kita warga Palestin di tanah air mereka. Kita sekadar menghantar bantuan dan doa kerana mereka jauh.

Tetapi hari ini rejim laknat ini mengupah warga kita untuk menculik dan mencederakan para pejuang Palestin yang berada dalam negara kita.

Cukup bangsat warga tempatan anak-anak Melayu yang makan upah dari pengganas Mossad ini. Mereka menconteng arah di wajah mulia bangsa Melayu yang beragama Islam.

Mereka pengkhianat agama dan bangsa dan wajar dihukum seberat-beratnya.

Sekali lagi tahniah kepada pihak PDRM yang telah bertindak pantas sehingga berjaya memberkas dan mendakwa para pengkhianat ini.

Kerajaan perlu beri ganjaran sewajarnya pada para pahlawan kita ini.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 19/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimWarga Israel masuk M'sia? Melayu tali barut Mossad?

??????? Oh.. lega...

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Bang non, Mujahit, Tun, Daim, Pidah Ajih, Mat Sabun, Kalit Gereja, Ambiga, Majlis Peguam, Fokong, Lim Guan Eng, Tony Pua, Boboi, Azmin, Marina Gereja, CT Kasim ada nak kutuk ka...!?

Anonymous said...

Aura DSNR masih “power”.. 4.6 nukleon follower

Kenyataan dari laman facebook DSNR boleh naik kan atau “damage’ kan reputasi seseorang dalam 1 jam kerana pengaruh entri di fb nya yang meluas.

Tun Mahathir sendiri hanya 350 ribu follower yang bebas kesana kemari juga tidak mendapat sebanyak seperti yang didapati oleh DSNR.

Selain itu ada yang sudah berdurasi lebih 5 jam ada yang mencecah 8,000 ‘like’.

Penjarakan Najib Razak atas dakwaan yang direka dan di ‘design’ untuk pekenakan nya tidak lansung memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap “Bossku”

Malah , dikatakan Najib Razak tetap menjadi rujukan rakyat dan tempat berlindung dari tipu daya parti2 musuh UMNO dan orang Melayu.

Dapatan kami di My News Online melihat dan menilai laman facebook DSNR terus popular.

Najib akan bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti fitnah jijik dan andaian Tun Mahathir.

Atok tak nyanyuk...

Anonymous said...

Tu bahaya jadi penyokong parti liberal. Hantaran fbook menunjukkan ada lambang pkr. Lambang mata satu. Bukan setakat rosak aqidah, udah sampai jadi agent mossad. Ayuh malaysia anjuran rafiji sangat tidak bertanggung jawab.

Apatah lagi sorg ahli komunis dapig minta dibuka kedutaan israel di malaysia. Yg melayu tu jadi agen mossad kerana material. Sama macam politik anwar hanya tumpu material rasuah. Aqidah tidak ada dalam manifesto.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails