Sunday, November 13, 2022

Anwar diperalat DAP! PM, BN/UMNO diperalat Zahid..

 


1. DAP tampil Anwar seperti PAP tonjolkan Yusof Ishak

MARANG: Tindakan DAP menampilkan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri menyamai taktik pernah digunakan PAP Singapura yang menonjolkan Yusof Ishak untuk menjadi Presiden Singapura.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga calon PERIKATAN NASIONAL P.037 Marang itu berkata demikian ketika mengulas pertanyaan media selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Beliau mengulangi perhatiannya mengenai orang-orang Melayu yang pada PRU15 ini digunakan oleh DAP sebagai calon sebagaimana kaedah digunakan PAP Singapura untuk menawan politik negara itu dahulu.

“Menteri-menteri Melayu ditonjolkan untuk menawan Singapura. Lee Kuan Yew boleh baca Jawi, pakai songkok. PAP ini ditubuhkan masa Singapura masuk Malaysia. Bila Singapura keluar Malaysia, PAP ditukar jadi DAP,” ujarnya.

Pun begitu, beliau berharap para pengundi terutama orang Melayu-Islam memahami perkara itu dan tidak mengundi ke atas individu calon, sebaliknya memilih kepada perjuangan parti yang diwakili.

Tuan Guru turut menyangkal bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ‘meninggalkan kudis’ atau menyebabkan kesan buruk ke atas dirinya di sebalik kritikan dan dakwaan dibuat Anwar dalam kempen PRU15 ini.

Jelas beliau, rakyat boleh menilai sebagaimana keputusan pilihan raya yang pernah diterimanya di sebalik dakwaan Anwar bahawa Wakil Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen.

Menyentuh mengenai laporan polis dibuat ke atasnya berhubung kenyataan DAP pro-Komunis, beliau menjelaskan telahpun memberi keterangan di Bukit Aman dan laporan kelmarin hanya mengulangi laporan yang sama.

Diminta mengulas mengenai hasrat Khairy Jamaluddin untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, Tuan Guru berharap akan lebih ramai orang yang berpotensi yang penting dapat membawa mesej perjuangan dengan betul. – HARAKAHDAILY 11/11/2022


2. Ahli Umno di Kubang Kerian pula keluar parti 

KOTA BHARU: Kewibawaan Umno terus tercalar apabila semakin ramai ahli dan penyokong secara terbuka mengumumkan keluar daripada parti itu.

Sebelum ini ratusan penyokong Umno di Bachok keluar parti itu dan menyertai Bersatu, manakala di Kubang Kerian seramai 50 ahli dan penyokong Umno di Unit Daerah Mengundi (UDM) Wakaf Stan kini menyertai PAS.

Borang menyertai PAS diserah pesara kerajaan Abdul Razali Deraman bersama isterinya, Maziah Yusoff.

Abdul Razali berkata, banyak kepincangan, penyelewengan dan kegagalan Umno di bawah pemimpin sekarang. 

“Kami sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Umno. Kami melihat kepimpinan Umno sekarang hanya retorik yang berjuang bagi kepentingan individu tertentu.

“Kelangsungan Umno tidak lagi seperti dahulu sehingga menyebabkan kepercayaan rakyat di peringkat akar umbi semakin terhakis,” katanya ketika ditemui di program ceramah kelompok di Batu 6, Kampung Wakaf Stan, di sini, semalam.

Ceramah tersebut disampaikan ahli jawatankuasa PAS Kubang Kerian Wan Mohd Sharafi Wan Mustafa dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Ibrahim.

Hadir sama isteri calon PN Kubang Kerian Datin Sri Norrulain Md. Hashim, Timbalan Ketua Bersatu Kubang Kerian Dato’ Dr Mohamed Saat, Ketua Muslimat PAS kawasan Zainiah Abd. Halim dan Penghulu Mukim Wakaf Stan, Zaharudin Ya’akub.

Parlimen Kubang Kerian menyaksikan pertandingan empat apabila penyandang Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man ditentang Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (PH), Mohamad Rizal Razali (Putra) dan Dato’ Nurul Amal Mohd Fauzi (BN). – HARAKAHDAILY 12/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Anwar diperalat DAP! PM, BN/UMNO diperalat Zahid.

Akhirnya semua masuk perangkap musuh-musuh agama dan negara. Barua-barua 'jilat juboq tak basuh' sampah menyemak pengganggu tulisan dalam blog ini tak bererti apa-apa, kerana mereka bukan pemegang dasar tetapi 'balaci' saja.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment