1. Persatuan Ulama Sedunia tahu tak janji hari ini menang esok harga minyak turun?
Kawan saya hantar whatsapps tunjukkan satu petikan yang diterjehmahkan kepada Bahasa Melayu iaitu Ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia sempena pelantikan Anwar sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.
Dia seolah-olah minta komen saya.
Saya jawab ringkas sahaja "Awak ingat Presiden Kesatuan Ulama Sedunia tahu ke hari ini saya menang esok harga minyak turun. Rakyat aje tahu"
Whatsapp kawan saya |
Bagi saya biasalah pemimpin dunia akan mengucapkan tahniah. Malah musuh politik akan mengucap tahniah. Itu normal. Yang tak normal hanya mereka membesarkan perkara ini bagi nak menunjukkan diri kita hebat. Jawab telefon atas pentas orang ramai nak tunjuk kita berhubung dengan banyak orang.
Kalau Nik Omar Nik Aziz itu ada mendalami ilmu agama baca sejarah nabi dan para sahabat dia akan lihat bagaimana sifat para sahabat akan menyembunyikan kemashyuran diri. Para pemimpin zaman Rasullah s.a.w. atau selepas itu ramai yang tidak menunjukkan kehebatannya walaupun mereka adalah orang yang terkenal. Sifat ini sangat bercanggah dengan Anwar Ibrahim. Adakah Nik Omar Nik Aziz tidak memahami.
Satu lagi nak tanya, kalau Kesatuan Ulama Sedunia tahu Anwar ni suka tabur janji palsu, agaknya apa rekasi mereka. Saya tak nak buat justifikasi... anda boleh fikir sendiri.
Rakyat mampu menilai
Nak tahu hebat tak Anwar ini lihat tempat dia bertanding. Anwar yang juga Presiden PKR meraih 49,625 undi manakala Ahmad Faizal dari Perikatan Nasional (PN) pula meraih undi 45,889.
Agaknya kalau letak Presiden PAS di situ, lawan Anwar pembaca boleh agak siapa akan menang.
46k rakyat tak suka Anwar. Adakah dengan ucapan tahniah daripada Kesatuan Ulama Sedunia boleh menutupi kebencian penipuan daj suka rakyat dengan Anwar Ibrahim 46k ini?
Jadi hentilah mainan manipulasi dan penipuan sebegini. Pergi keluar negara bergambar dengan pemimpin negara kemudian buat 'caption' kononnya itu dan kononnya ini. Orang bodoh aje akan terperdaya.
NASIR RAMLEE
2. Apa hebatnya bukan Anwar aje tolak kereta Mercedes S600, Ismail pun tolak juga
PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan rasmi baharu bukanlah perkara luar biasa kerana perkara yang sama pernah dilakukan oleh Ismail Sabri Yaakob.Perkara itu didedahkan bekas pengarah bahagian komunikasi pejabat perdana menteri, Ruhaidini Abd Kadir yang memberitahu, bekas perdana menteri itu menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.
“Sepanjang bergelar perdana menteri, Ismail lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.
“Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk “Di Sebalik Nama Ismail Sabri”.
Menurutnya, Ismail juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi perdana menteri telah indah diubahsuai.
Anwar sebelum ini berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya bagi mengelak pembaziran di bawah pentadbirannya.
Beliau juga dilaporkan menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi perdana menteri sebelum beliau memasuki pejabat.
“Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas saya,” katanya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada Khamis lalu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional dan parti blok Borneo.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa kata Anwar? Minyak turun & tolak Mercedes..
??? porrah!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
1 comment:
"No Anwar No DAP" Pengundi Melayu yang ditipu UMNO akan terjemahkan di Padang Serai.
Jika Perikatan Nasional menang besar dan merampas kerusi Padang Serai daripada Pakatan Harapan, maka sah bahawa pengundi Melayu-Islam menolak gandingan BN-PH dan kepimpinan Zahid sebagai presiden UMNO”
Satu Malaysia sedia maklum, bahawa Datuk Seri Dr Amhamd Zahid Hamidi memperdaya ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu satu nya pemimpin dilantik jadi PM tapi yang terhegeh hegeh minta diampunkan jika selama ini diri nya tidak rasa bersalah..!!
Setelah Zahid konon nya meyakinkan ahli-ahli parlimen BN untuk kekal sebagai pembangkang “tanpa menyokong mana-mana calon Perdana Menteri.”
Penipuan Zahid menjurus kepada desakan demi desakan agar beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO.
Pengundi Melayu-Islam harus guna PRK (Parlimen) Padang Serai sebagai referendum tolak UMNO dan Zahid bersama gandingan UMNO-DAP. Cukup cukup lah Melayu UMNO ditipu..!!
Post a Comment