Hishammuddin menerima sambutan daripada jentera BN ketika turun membantu kempen di Sungai Siput di Perak.
1. Hishammuddin suntik 'tonik' buat jentera BN di Taiping, Sungai Siput
IPOH: Kesanggupan Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turun padang membantu kempen rakan seperjuangan di Taiping dan Sungai Siput di Perak menyuntik 'tonik' buat jentera parti di dua kerusi Parlimen berkenaan.
Walaupun jadual padat dengan aktiviti kempen di kawasan sendiri, Hishammuddin yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sempat meluangkan masa menjelajah beberapa negeri.
Antara negeri dijelajah adalah Pahang dan Johor.
Sesudah selesai jelajah ke dua negeri berkenaan, Menteri Kanan Pertahanan itu meneruskan 'operasi' dengan membantu Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran merangkap calon BN Parlimen Sungai Siput.
Selaku sahabat lama, Vigneswaran menyifatkan kehadiran tokoh berpengalaman seperti Hishammuddin sememangnya ditunggu-tunggu.
"Kedatangan Vigneswaran umpama pembakar semangat khususnya buat jentera BN di Sungai Siput," katanya.
Untuk rekod, Sungai Siput adalah kawasan ikonik bahkan bersejarah kerana sinonim dengan tiga Presiden MIC iaitu Vigneswaran, Tun VT Sambathan, Tun Samy Vellu.
Hishammudin ketika berucap sempat menyampaikan kata-kata semangat kepada jentera BN Sungai Siput.
"Saya kagum dengan semangat jentera BN Sungai Siput kerana merasakan ia antara terbaik pernah saya lihat sepanjang berkempen di luar Sembrong," katanya.
Di Taiping pula, Hishammuddin menyertai jelajah mesra di Pasar Pagi Kamunting bersama calon BN Taiping, Neow Choo Seong dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kamunting serta Aulong.
Choo Seong sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai di Kedutaan Besar Malaysia ke Washington sewaktu Hishammuddin bergelar Menteri Luar.
Beliau banyak membantu dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia sewaktu pandemik COVID-19 melanda pada peringkat awal. (BH)
2. 'Tanya KJ sendiri apa maksud dia nak bersihkan UMNO' - Zahid
Zahid (kiri) mahu Khairy (kanan) sendiri menjawab apa yang dimaksudkan dengan hasratnya untuk membersihkan UMNO.BAGAN DATUK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menjelaskan sendiri mengenai kenyataan dibuat berhubung hasratnya untuk membersihkan UMNO.
Mengakui tidak ada masalah dengan Khairy, Presiden UMNO itu menegaskan beliau tidak tahu kenyataan Menteri Kesihatan itu merujuk kepada masalah apa dalam UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).
"Tanya dialah apa maksud dia (dengan hasrat untuk membersihkan UMNO). Saya tak tahu.
"Kalau (hubungan saya dengan Khairy) tak okay...takkanlah saya bagi dia jadi calon (Sungai Buloh)," katanya kepada pemberita hari ini.
Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu membersihkan parti itu jika memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh yang dianggap sebagai kubu kuat PKR.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu antara lain mengakui ada percaturan lebih besar selepas berjaya menawan Sungai Buloh, iaitu ingin membawa perubahan kepada negeri, UMNO dan BN supaya orang Melayu mempunyai wadah politik yang boleh dianggarkan serta terbesar di Malaysia.
Ditanya mengenai pengundian awal esok, Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk merayu pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14, kembali menolong calon BN.
"Saya memohon kepada semua pengundi awal yang mengalami penderitaan pada PRU14 lalu agar rata-rata kembali menyokong calon BN.
"Kerana selama 22 bulan (di bawah pemerintahan Pakatan Harapan) dan diikuti dengan 17 bulan (di bawah Perikatan Nasional) mereka tidak memperoleh apa dijanjikan dan mereka mengalami kerajaan gagal," katanya. (BH)
3. Pilih kerajaan prihatin, bersih, stabil – Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Pengundi-pengundi Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan mengundi awal pada hari esok, 15 Nov diseru agar supaya menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah hak rakyat dalam sistem demokrasi untuk memilih mana-mana parti atau pun calon yg boleh bertanding dalam PRU kali ini.
“Pastinya harapan dan doa saya agar anda semua akan mengundi kepada calon-calon PN. Undilah PN,” ujarnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, pengundi wajar mengundi PN untuk memastikan sebuah kerajaan yang prihatin – tidak putus-putus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, menyelesaikan masalah dan merangka wawasan maju ke depan.
“Sebuah kerajaan yang bersih – didasari nilai integriti dan menolak rasuah, menampal ketirisan- agar hasil kekayaaan negara kekal di tangan rakyat. Duit rakyat diurus dengan amanah untuk menjana pembangunan dan merancakkan semula ekonomi.
“Sebuah kerajaan yang stabil – dengan keharmonian politik yang jitu, menjaga kepentingan semua kaum, melindungi kedaulatan negara. Jika ini (kerajaan) yang anda mahu, undilah PN. Pangkah PN di kertas undi,” tegas Muhyiddin.
Tambah beliau, rakyat harus mengundi dengan yakin dan percaya bahawa undi tersebut akan menyumbang kepada pembentukan sebuah Kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.
“Jangan termakan janji ‘saudagar mimpi’ yang belum terbukti, atau mereka yang tidak mementingkan integriti.
“Lakukan tanggungjawab anda. Kita buka lembaran baharu, bersama-sama kita menggembleng semangat kesatuan, untuk Malaysia yang lebih aman dan makmur.
“Do what is right. Vote PN Undilah PN. Kuasa ada di tangan anda. Pilih dengan yakin dan berani,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bendahari BN bantu Zahid. & bersihkan UMNO. Pilih PN.
Jadi, UMNO/BN berperanan 'parah'kan negara. Malaysia perlu diselamatkan. Tolong! Tolong!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment