Thursday, November 24, 2022

BN-PH Perak, gadai prinsip demi MB. & Bom di S/Thai.

 


1. BN-PH Perak: Saarani gadai prinsip demi jawatan MB

PENGERUSI BN Perak nampaknya cuba menegak benang yang basah. Penafian mahukan jawatan Menteri Besar (MB) dengan menerima tawaran menjadi MB oleh PH adalah suatu perkara yang sama. Tidak timbul soal tawaran jika benar beliau berprinsip.

Menipu tiadanya perbincangan dengan PN juga adalah kesilapan besar Saarani. Memulakan suatu langkah songsang untuk bersama-sama dengan DAP melalui jalan singkat, semata-mata untuk jawatan dengan menggadai prinsip Umno sendiri.

Adakah beliau akan dianggap cerdik oleh ahli Umno dengan menerima gabungan PH yang didominasi oleh DAP?

Apakah beliau yakin gabungan ini boleh menatijahkan kerajaan stabil dan makmur dengan pakatan yang tidur sebantal, mimpi lain-lain?

Bagaimana dengan penerimaan ahli Umno Perak terhadap pemilihan gabungan ini?

Justeru, soalan-soalan ini saya tinggalkan untuk disantuni jawapannya oleh Saarani dan mereka yang terlibat gabungan. Tentunya yang paling gembira adalah DAP kerana Perak telah menjadi Pulau Pinang kedua bagi mereka.

Inilah barangkali yang disebut menang sorak, kampung tergadai, kesian.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
27 Rabiul Akhir 1444 / 22 November 2022 – HARAKAHDAILY 22/11/2022


2. Letupan bom di Selatan Thailand: Seorang maut, 30 cedera 

Kepulan asap hitam di lokasi kejadian letupan bom kereta di pekarangan sebuah kuarters polis di daerah Mueang, Narathiwat, Selatan Thailand pada 22 Nov 2022. (FOTO: Thaipbsworld)

BANGKOK: Sekurang-kurangnya seorang pegawai polis terbunuh manakala 30 orang termasuk orang awam cedera dalam insiden letupan bom kereta pada Selasa (22 Nov) (semalam) di pekarangan sebuah kuarters polis di daerah Mueang, Narathiwat, Selatan Thailand. 

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah Narathiwat, Leftenan Kolonel Niti Suksan, insiden itu dikatakan berlaku pada pukul 12.45 tengah hari (waktu tempatan), lapor Reuters.  

“Siasatan awal berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup mendapati seorang lelaki berpakaian seperti seorang pegawai polis memandu sebuah pikap ke tempat letak kereta di pekarangan kuaters polis sebelum beredar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal.

“Satu letupan dilaporkan berlaku di pekarangan kuarters polis apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas dalam sebuah pikap dan kemudiannya diletupkan.

“Ia adalah bom kereta. Kami masih membersihkan kawasan itu dan bilangan yang cedera boleh meningkat,” ujarnya. 

Kesan kemusnahan letupan bom kereta ddi pekarangan sebuah kuarters polis di daerah Mueang, Narathiwat, Selatan Thailand. (FOTO: Reuters)

Menurut pengarah Hospital Narathiwat Rajanagarinda, Pornprasit Jantra, setakat ini hospital itu telah menerima sekurang-kurangnya 31 orang mangsa letupan bom kereta mendapatkan rawatan di hospital termasuk tiga yang cedera parah.

Letupan itu menyebabkan bangunan dan kenderaan di tempat letak kereta berhampiran kuarters polis berkenaan terbakar dan mengalami kerosakan teruk.

Sehubungan itu, pemangku jurucakap kerajaan, Anucha Burapachaisri, berkata Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha, telah mengarahkan polis dan pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan dan meningkatkan lagi langkah keselamatan untuk orang ramai. 

Ketua Polis Negara, Jen Damrongsak Kittiprapat, turut melawat Narathiwat untuk memantau dan menyiasat insiden itu.

Imej di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul dari sebuah kereta yang terbakar di dalam kawasan bertingkat rendah dan polis mengalihkan lalu lintas. Reuters tidak dapat mengesahkan imej tersebut secara bebas. 

Pihak berkuasa tempatan berdiri berhampiran sebuah kereta yang rosak selepas kejadian etupan bom kereta di luar penginapan polis di daerah Muang, Narathiwat, Selatan Thailand (FOTO AFP)

Menurut akhbar Thai The Nation, pasukan pemusnah bom polis turut menemui bom yang tidak meletup bertentangan dengan pekarangan itu, yang terletak di hadapan sekolah taska Nara Sikhalai.

Imej di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul dari sebuah kereta yang terbakar di dalam kawasan bangunan bertingkat rendah dan polis mengalihkan lalu lintas.

Setakat ini, tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Walau bagaimanapun, Reuters juga tidak dapat mengesahkan imej itu.

Wilayah-wilayah di selatan Thailand di sepanjang sempadan dengan Malaysia telah menyaksikan pemberontakan peringkat rendah selama berdekad-dekad, di mana kerajaan Thai telah memerangi kumpulan gelap yang mencari kemerdekaan untuk wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla yang majoritinya beragama Islam.

Letupan dan kebakaran melanda sekurang-kurangnya 17 lokasi di selatan Thailand pada Ogos tahun ini, dalam apa yang kelihatan sebagai beberapa serangan terkoordinasi telah mencederakan tujuh orang.

Menurut kumpulan Deep South Watch, lebih 7,300 orang telah terbunuh dalam konflik itu yang dikatakan bermula sejak 2004 lagi. 

Rundingan damai yang telah dilaksanakan bermula pada 2013 telah menghadapi gangguan berulang kali. – HARAKAHDAILY 22/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN-PH Perak, gadai prinsip demi MB. & Bom di S/Thai.

Namun perjuangan tetap ada, walaupun tidak sama antara perjuangan melalui 'peti undi' atau bersenjata seperti di Palaestin atau Pattani, Thailand.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

10 comments:

Anonymous said...

MAAK AAI KONSEP ABATA DIJAJA MERATA
DEMI AGAMA BANGSA TANAH AIR JUA
AHLI NAK JAWAP APA BILA DITANYA
KOKOK BERDERAI TAIK PENUH DI EKORNYA

wak jahit dan saarani malu UMNO Perak.. species Perak tak boleh pakai dan tak boleh dipercayai.. Perak dng Berak kan tak jauhhh..!!

Anonymous said...

Ni bukan kes kena kencing lagi.. ini kes kena berak weeii..

mana nak letak muka orang UMNO Perak...!!

Anonymous said...

BN tanpa aura Bossku akhirnya UMNO melingkup

BN Tidak Akan Menang Tanpa Najib maka ahli UMNO yang sabotaj Presiden Zahid dan Timb Mohamad Hasan apabila mereka cuba tamatkan politik Bossku semasa PRU 15.

Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor? Antara penyumbang utama dalam kemenangan tersebut atau “wow factor” adalah kemunculan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri jelajah kempen di kedua-dua PRN tersebut.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pula, Najib telah berjaya “dipenjarakan” oleh musuh-musuh politik beliau samada dalam pembangkang atau dalam UMNO sendiri.

Najib mampu mempengaruhi PRU15 sekiranya jentera pilihan raya BN bersandarkan isu berkait dengannya, termasuk pemenjaraannya. Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15 sebenarnya tapi Zahid menafikan nya

“Wow factor” utama yang mengerakkan kemenangan BN telah dipenjarakan. Dalam masa yang sama, BN ketandusan sumber “wow factor” yang lain. Rakyat dilihat hilang kepercayaan kepada kekuatan UMNO memandangkan figura yang menjadi idola mereka tiada dalam parti.

Musuh politik dalaman UMNO cuba “melenyapkan” nama Najib seolah-olah beliau benar-benar bersalah namun hakikatnya rakyat tahu bahawa Najib dinafikan perbicaraan yang adil.

Ini lah punca bila ahli UMNO sabotaj Zahid dan Tok Mat.

Anonymous said...

Nama jer besor. Jiwa kerdil.

Anonymous said...

Org melayu sudah punya wadah baru. Parti yg jaga kepentingan bangsa. Bukan parti yg jaga perut dan memuntahkan najis.

Anonymous said...

Umno diramalkan akan kalah teruk dlm PRU negeri2 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kesalahan besar bekerjasama dgn DAP akan menyebabkan akar umbi akan beralih sokongan kepada PN.

Anonymous said...

Sebagai presiden yang mempunyai jumlah kerusi ahli parlimen tertinggi, ramai yang mencadangkan agar majlis raja2 melantik Hj Hadi sebagai PM10 kerajaan perpaduan.

Anonymous said...

Crlah mana yang tak ada siapa mahu berkerjasama dng PN... MP dari BN pun ramai yang tak nak berkawan dng PH dan DAP..

Anonymous said...

Seronok tengok pengkhianat2 PKR yg ditendang oleh penyokong2 mereka dlm PRU baru2 ini, habis semua nama2 besar kecundang. Pengkhiant2 UMNO yg bekerjasama dgn PH/DAP juga dijangkakan akan mengalami nasib yang sama... sejarah akan berulang.

Anonymous said...

Cadangab PN menyoklng Datuk Seri Hisamuddin dari BN sebagai PM ke 10 adalah langkah terbaik untuk menstabilkan Malaysia. Datuk Seri Hisamuddin bersih dari kesalahan moral dan dipercayai boleh menerajui Malaysia ke arah yang lebih baik lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails