Wednesday, November 23, 2022

BN tangguh temu Agong. ‘No Anwar, No DAP’. Anwar promosi diri.

 

1. BN kemuka permohonan penangguhan pertemuan dengan Agong 

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memaklumkan sudah mengemukakan permohonan bagi menangguhkan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, , Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat UMNO dekat Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, permohonan itu sudah dikemukakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, selain memaklumkan belum menerima sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, BN juga belum membuat sebarang keputusan berhubung sokongan terhadap mana-mana gabungan parti politik bagi membentuk kerajaan Persekutuan, selain memaklumkan BN kekal dengan pendiriannya untuk berkecuali dan sedia menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

"Pelbagai perkara diteliti dalam mesyuarat tadi, antaranya kedudukan parti tetapi kita belum memutuskan untuk menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan Persekutuan," katanya di sini.

Mengetengahkan pendirian sama, Sin Woon berkata, terpulang kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkembangan lanjut berhubung mesyuarat yang berlangsung sebentar tadi.

"Kita juga tidak menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) bagi tujuan demikian, selain parti sudah memohon penangguhan (sembah mengadap Yang di-Pertuan Agong), biarkan Pengerusi (Ahmad Zahid) maklumkan (perkembangan lanjut)," katanya.

Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata: "Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,".

Terdahulu, BN mengadakan dua mesyuarat berasingan dipercayai bagi memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk kerajaan Persekutuan.

Kedua-dua mesyuarat itu, masing-masing mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat bersama Ahli Parlimen gabungan berkenaan.

Sementara itu, beberapa pimpinan parti komponen BN turut menegaskan gabungan berkenaan kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana pihak bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Antaranya ialah Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup.


2. Umno Johor sokong keputusan ‘No Anwar, No DAP’ 

Datuk Seri Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU: Umno Johor hari ini berpendirian bahawa gabungan politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan tidak perlu melibatkan parti DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dalam kenyataan hari ini berkata ini kerana pihaknya menyokong keputusan yang dibuat pada Perhimpunan Agung Umno sebelum ini iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

Ahli Dewan Undangan Negeri Benut itu berkata pihaknya menerima dan menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas.

Tambah beliau, keputusan PRU15 cukup jelas dan merupakan penzahiran kepada kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

“Buat masa sekarang, keutamaan parti-parti politik di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah gabungan (coalition) politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta sederhana untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

“Oleh yang demikian, Umno Johor berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” kata Hasni yang menang kerusi Parlimen Simpang Renggam pada PRU15.

Hasni, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor turut percaya Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya susulan keputusan PRU15.

“Justeru, pemilihan Umno yang bakal diadakan tidak lama lagi perlulah berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan Umno.

“Keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar Umno kembali diyakini semua rakyat Malaysia,” kata bekas Menteri Besar Johor itu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada jentera-jentera Umno dan BN yang konsisten dan komited bekerja untuk memenangkan calon-calon BN Johor sepanjang kempen PRU15.

Pada PRU15, BN memperoleh 30 kerusi Parlimen dengan sembilan daripadanya disumbangkan oleh Johor.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam laman Facebook menyatakan pendiriannya susulan pertemuan beberapa ahli Parlimen BN dan pemimpin Pakatan Harapan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pagi ini.

“Saya dimaklumkan malam ini ada mesyuarat Majlis Tertinggi.

“Saya nak tanya orang Umno Johor, sanggupkah kita bersekongkol dengan PH-DAP?” katanya ringkas. – BERNAMA


3. Anwar makin galak promosi diri sebagai Perdana Menteri 

PENDAHULUAN 

Dalam hampir semua edisi ceramah kempennya pada PRU15, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sentiasa menegaskan bahawa beliaulah insan terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kali ini sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sukar untuk Rafizi Ramli meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah calon Perdana Menteri terbaik, kerana Timbalan Presiden PKR itu sendiri terlalu sibuk berdepan dengan isu yang dicetuskan oleh diri beliau sendiri, isu betapa ‘jutawannya’ diri beliau.

Terpaksalah Anwar sendiri ‘mengangkut bakul’ yang berisi dirinya sendiri itu.

Harga barang akan turun jika Anwar jadi PM

Dalam satu siri ceramah kempennya, beliau menyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8, tidak mampu turunkan harga barang. Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 pun tak mampu menurunkan harga barang.

Tapi Anwar, hari ini angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok harga barang akan turun!

‘Simple’.

Kata-kata itu sama seperti ucapan beliau sebelum Pakatan Harapan (PH) menang dan mentadbir Putrajaya, “Hari ini saya angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, esok harga minyak turun RM1.50″.

Janji yang tak pernah tertunai pada zaman PH di Putrajaya. 

Dan ajaibnya ia pernah berlaku pada zaman pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun sebabnya ialah kerana kejatuhan harga minyak dunia.

Anwar tak akan ambil gaji sebagai PM

Ini satu lagi janji populis Anwar. Beliau tak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri. Isteri dan anak beliau pun tak akan ambil gaji jika diberi jawatan pentadbiran dalam Kerajaan PH nanti.

Janji tak ambil gaji sering dimasyhurkan oleh Datuk Dr. Khairuddin At-Takiri. Bezanya At-Takiri menjanjikan hanya beberapa bulan tertentu, bukan sepanjang memegang jawatan sebagai Menteri dan Ahli Parlimen. 

Dan biasanya janji itu dibuat kerana ada ‘kesilapan’ At-Takiri sebelum itu yang mengundang kemarahan netizen dan orang ramai.  

Ada juga ilmu yang Anwar belajar daripada At-Takiri. Bahkan Anwar janjikan lebih lagi daripada At-Takiri, dan sebelum membuat sebarang kesilapan. 

Sebenarnya sistem gaji dibuat untuk Perdana Menteri dan Ahli Kabinet bagi mengelakkan pemegang jawatan mudah dirasuah atau disibukkan dengan peribadi kerana memikirkan sumber-sumber pendapatan lain untuk dirinya. Jika gaji Perdana Menteri hanya RM400, entah berapa gaji yang patut dibayar kepada Ketua Setiausaha Negara, mungkin RM375?!

Anwar akan mampu mengawal DAP

Menjawab serangan PN dan BN bahawa Kerajaan PH di bawah pentadbiran Anwar akan berada di bawah telunjuk DAP, Anwar tegaskan beliau pun orang Melayu. 

Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai isu Raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan lain-lain. Bahkan DAP pun sebenarnya turut menghormati peruntukan Perlembagaan itu.

Sekali lagi jawapan Anwar ‘simple’, mudah dan tak perlu dipersoalkan.

Masalahnya, kita telah melihat DAP berkeras untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Tun Mahathir mewakili PH. Banyak juga desakan DAP untuk menghapuskan tulisan Jawi, merendah tarafkan agensi-agensi berkait agama Islam, mengecilkan saiz perkhidmatan awam supaya lebih efektif seperti pengurusan syarikat korporat dan banyak lagi, yang hampir tak mampu ditangani oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri, ‘the Ultra Malay’.

Dengan PAN yang semakin kurang relevan, yang beberapa kerusinya di’rampas’ tanpa belas kasihan oleh DAP, Anwar tentu bakal sangat terhutang budi kepada DAP.

Mampukah Anwar yang bakal tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri itu untuk berkata ‘No’ kepada DAP?!

Prinsip Anwar

Anwar mendapat sokongan ramai sebelum ini kerana tertarik dengan karakter beliau sebagai orang yang berprinsip.

Beliau pernah menegaskan, Tun Mahathir adalah punca kerosakan negara Malaysia, bapa penyamun, pengamal kronisme dan nepotisme.

Prinsip itu beliau batalkan dengan bersetuju menjadikan Tun Mahathir sebagai Jeneral jentera pilihan raya PH dalam PRU14, seterusnya sebagai Perdana Menteri ke-7 mewakili PH.

Mengenai prinsip Anwar mengecam tuduhan mengaibkan kepada musuh politik dengan pertuduhan liwat dan bukti-bukti video rekaan yang menjatuhkan maruah, dibatalkan oleh Anwar dengan berbaik dengan penuduh salah laku terhadap beliau, iaitu Tun Mahathir. Sehingga bersetuju Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, asalkan beliau akan diberikan giliran sebagai Perdana Menteri ke-8 tidak lama sesudah itu.

Walhal Tun Mahathir tidak pernah meminta maaf daripada beliau.

Apabila Datuk Seri Mohamad Azmin Ali diserang oleh musuh politiknya di dalam PKR dengan video-video tidak senonoh, Anwar tidak bertegas dengan golongan itu dan tidak berada di sebelah Azmin dengan sepenuh hati seperti yang pernah dibuat Azmin untuk dirinya.

Hanya melayan Azmin seperti musuh politiknya sahaja.

Menguruskan ekonomi

Semasa krisis kewangan negara 1997-1998, Anwar sebagai Menteri Kewangan memilih strategi pemulihan ekonomi yang berbeza dengan Tun Mahathir.

Setelah krisis berakhir, ramai penganalisis berpandangan cara pemilihan ekonomi yang dibuat oleh Tun Mahathir adalah bersifat pemikiran di ‘luar kotak’. Ia dikaji oleh pelbagai institusi pengajian kewangan antarabangsa sehingga kini.

Strategi Anwar hanya sekadar bersifat di ‘dalam kotak’ dan telah pun termaktub dalam buku teks.

Jadi, sebenarnya tidak ada kebijaksanaan luar biasa Anwar dalam pengurusan ekonomi sebelum ini.

Kesimpulan 

Kita tak boleh nafikan Anwar adalah insan luar biasa dalam sejarah politik negara kita.

Namun sekarang beliau hanya seorang politikus populis, tidak lebih daripada itu. 

Beliau terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri, sehingga kita lihat banyak prinsip unggul beliau sebelum ini sudah sanggup dikompromi oleh beliau sendiri.

Jika anda mencari calon Perdana Menteri yang lebih baik daripada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri – tetapi bukan Anwar – kita ada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diberi sokongan kuat oleh Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 

Gandingan mereka berdua dalam PERIKATAN NASIONAL adalah tawaran terbaik untuk rakyat Malaysia. Jom undi PERIKATAN NASIONAL! 

ZAKARIA ISMAIL 
Marang
17 November 2022 – HARAKAHDAILY 17/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimBN tangguh temu Agong. ‘No Anwar, No DAP’. Anwar promosi diri.

Itulah gelagat politik Malaysia.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

(ABATA) Agama Bangsa dan Tanah Air dan UMNO tidak boleh dipisahkan.

Akar umbi sudah nyatakan melalui PAU secara padu dan jelas No Anwar No Dap kenapa Majlis Tertinggi gagal menterjemahkannya menyokong PN.

Jika 26 ahli parlimen UMNO tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) perjumpaan YDP Agong, maka membuktikan, bahawa parti itu tidak mengutamakan asas utama perjuangan parti itu.

Ismail Sabri dari UMNO bukan tidak kenal Muhyiddin dan Hadi malah dia diangkat menjadi seorang PM secara lancar dan padu oleh sokongan mereka dalam (PN).

BERSATU dan PAS boleh memberi laluan kuasa kepada Anwar pada masa itu jika tidak memikirkan kepentingan dan nasib bangsa, Islam dan negara (ABATA)

Adalah jelas, sebahagian besar ahli parlimen yang bersama PN adalah mereka yang mewakili kaum terbesar dalam negara masa ini.

Pengerusi UMNO Perak dan exco nya perlu dipecat kerana membelakangkan keputusan perhimpunan agong UMNO 'No Dap No Anwar..." Jangan buat buta dan pekak

Menolak kerjasama dengannya, menunjukkan ketidak setujuan, bahawa kaum terbesar dalam negara menjadi pemerintah atau kerajaan.

30 Ahli Parlimen UMNO kini menyusahkan dan menjadi beban kepada rakyat negara dan Agong dalam proses pembentukan kerajaan baru

UMNO sanggup jadi pengkhianat.. sanggup tidak menyokong... Semata mata kerana UMNO sendiri kalah teruk dan gagal PRU15.

Jika selepas mengadap YDP Agong, jika terbukti, para MP Umno menolak PN, maka setiap rakyat negara ini khususnya melayu/bumiputera perlu mempertikai perjuangan parti itu, yang bermisi demi Agama Bangsa dan Tanah Air (ABATA).

Anonymous said...

Macam malas jer nak ngundi. Yg terpilih ikut suka hati mereka. Tak ikut denyut pengundi. Kat perak, dah kata no anuar no dap, tapi yg wakil buat sebalik. Khianat pada pengundi. Bukan nak jadi wakil pengundi tapi nak kerusi mb. Sanggup jadi gundek dap.

Anonymous said...

Andai pn terpilih jadi kerajaan, pastikan mahkamah bebas dari campur tangan politik. Biar mahkamah tentukan tuduhan atas zahid. Tuduhan atas eng guan. Tuduhan atas rafizi. Tuduhan atas syed saddiq. Dan ramai lagi. Campur tangan politik dalam mahkamah yg diasaskan oleh atok kerala pund_ k, elok dihentikan serta merta.

Andai pee hancing jadi kerajaan, campur tangan politik dalam mahkamah akan berterusan. Akhirnya zahid bebas. Eng guan bebas. Rafizi bebas. Syed saddiq bebas. Buang kes sebelum bicara.

Anonymous said...

Tahniah kepada datok saarani. Dapat dua jawatan serentak. Lantikan sebagai mb. Lantikan sebagai gundek dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails