Monday, November 07, 2022

BN Zahid X cadang Ismail Sabri PM? Manifesto PN & Integriti.

 


1. Silap-silap Ismail Sabri kena 'kencing', kata Shahidan

Tampil sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Shahidan Kassim menyatakan rasa khuatir terhadap nasib yang mungkin dihadapi perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, BN yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi mencanangkan nama Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum kali ini.

"Ya saya pun tak faham, sepatutnya calon bakal perdana menteri BN adalah Ismail Sabri, tapi nampak mereka macam diamkan saja. Saya rasa Ismail Sabri kena berhati-hati di jalan raya, silap-silap kena kencing (tipu) di tengah jalan.

"Puak ini kalau dia boleh khianat parti, dia juga boleh kencing calon perdana menteri. Tengok diam saja, sepatutnya momok-momokkan calon perdana menteri, poster boy. Tapi diam saja.

"Sedangkan parti-parti lain dah ketengahkan calon bakal perdana menteri. PN tampilkan Muhyiddin Yassin, PH pula Anwar Ibrahim. Yang depa (BN) apa pun takda lagi, kasihan dengan Ismail Sabri," katanya ketika ditemui dalam program Jalan Kaki Bersama Rakyat sempena kempennya di Arau, hari ini.

Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian ketika ditanya sejauh mana dia melihat BN mengangkat Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri.

Terdahulu Shahidan yang juga penyandang kerusi Parlimen Arau tidak dicalonkan semula oleh BN dan dia bertindak menyertai PN sebagai calon untuk mempertahankan kerusi itu.

Sementara itu Shahidan berkata walaupun usaha penyatuan ummah antara Umno, Bersatu dan PAS tidak berjaya - dia nekad akan memulakan usaha itu di Arau.

"Insya-Allah kita akan mulakan gerakan penyatuan ummah ini di Arau. Orang Umno, PAS dan Bersatu insya-Allah akan menyokong saya.

"Kedudukan ini akan menampakkan bahawa jumlah (undi) yang kita dapat nanti akan membuktikan rakyat mahukan perpaduan ummah," katanya.


2. Manifesto PN ambil kira kejayaan negeri diterajui PAS

KOTA BHARU: PERIKATAN NASIONAL (PN) menawarkan manifesto kepada rakyat yang bertemakan Bersih dan Stabil (BEST) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November depan.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pelancaran manifesto tersebut dengan mengambil kira kemampuan kerajaan negeri yang ditadbir PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, berbeza dengan gabungan parti politik lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang pernah terpalit dengan skandal sepanjang pemerintahan mereka sebelum ini.

“Saya sebut ringkas tema kita BEST, kita buktikan kerajaan kita bersih tiada salah laku tidak terlibat rasuah termasuk ketika PN memerintah negara sebelum ini.

“Kes dibawa ke mahkamah itu itu kes berlaku masa BN, tetapi apa yang berlaku di mana PN bawa ke mahkamah tetapi masa kerajaan PH ada pemimpin PH terlibat dengan rasuah berhenti tengah jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis Jumpa Mata Orang Ketereh di Pasar Peringat di sini hari ini.

Turut hadir calon Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor; Yang Dipertua PAS Ketereh, Dato Sr Azami Mohd Noor dan Setiausaha PAS Ketereh Asri Yunus.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, laporan sebuah portal media yang melaporkan calon PN Parlimen Ketereh yang menyatakan sebagai calon ‘daripada Allah SWT’ dan bukannya calon bidang terjun.

Beliau menempelak laporan berita tersebut seolah-olah meragui sejauh mana tahap kepercayaan orang Islam terhadap Tuhannya, yang merupakan sebahagian elemen dalam Rukun Islam yang tidak sewajarnya dipertikaikan.

“Saya nak sebut satu isu yang menarik saya portal terbabit melaporkan Dato’ Khlir kata dia calon dari Allah, memanglah kita dalam Islam percaya Allah Taala letak kita di mana-mana itu orang Islam.

“Dia tak tahu ke portal terbabit percaya Allah ke tidak, sebut berita tu Malaysiakini percaya kepada Allah ke..” soal beliau. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

3. Integriti: Standard BN, PH lebih rendah daripada PN 

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mungkin mempunyai standard atau benchmark (tanda aras) yang lebih rendah daripada Perikatan Nasional dalam isu integriti.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dinilai melalui pencalonan individu yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah.

“Orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Tetapi tidak mengapalah. Itu masalah mereka, bukan masalah kita.

“Saya yakin rakyat tahu menilai siapa yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan terselamat daripada cengkaman kleptokrat,” katanya.

Menurut calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Pagoh itu, PERIKATAN NASIONAL memandang berat isu integriti.

Disebabkan itu katanya, semua calon PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja membuat akujanji anti rasuah, tetapi mereka juga menjalani tapisan yang ketat.

“Jika mereka didapati ada kes jenayah, sedang disiasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas kesalahan rasuah, mereka tidak dibenarkan bertanding.

“Ini standard atau benchmark yang ditetapkan oleh PERIKATAN NASIONAL,” katanya.

Calon Perdana Menteri PERIKATAN NASIONAL itu turut memberi komitmen untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah.

Katanya, PERIKATAN NASIONAL akan terus mempertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas bagi tiga cabang kuasa negara iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif.

“Kita juga akan melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara.

“Sebagai menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, sistem perundangan dan kehakiman syariah akan turut diperkasakan.

Justeru katanya, jika PERIKATAN NASIONAL diberi mandat oleh rakyat pada 19 November ini, PERIKATAN NASIONAL akan terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional.

Selain itu, mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah dan menggubal akta atau peraturan berkaitan pendanaan politik bagi memperkasakan usaha memerangi rasuah di negara ini, katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN Zahid X cadang Ismail Sabri PM? Manifesto PN & Integriti.

Mungkinkah Ismail Sabri PM sementara ditipu UMNO/BN Zahid?

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Apakah nasib rakyat jika negara ditadbir oleh parti yg penuh dengan skandal rasuah. Rasuah di malaysia dah hangat dibincangkan di luar negara. Malah ada tesis tentangnya yg dibuat oleh student luar negara.

Apakah rakyat tak tahu malu ttg ini. Apakah masih mahu percaya retorik yg dibawa oleh kerajaan. Cukuplah 60 tahun yg mengecewakan. Tanah rezab melayu makin susut. Akhlaq pelajar makin merudum.

Perkara sama akan berulang andai kerajaan sama dipilih semula. Malah boleh menjadi makin kalut. Kerana ego makin tinggi, rasuah makin merebak. Janji dlm kempen tidak boleh dipakai kerana itu retorik. Mana mungkin kluster mahkamah akan bercakap jujur.

Tiada alasan untuk tidak menyokong PN. Kerana pemimpin umno yg mahu rasuah dihentikan, sudah pun menyertai PN. Jika mereka berminat dengan rasuah pasti mereka bersama umno.

Jom sokong PN.

Anonymous said...

Plih PN. Jangan pilih BN dan pee hancing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails