PERAK akan menjadi medan tempur paling penting dan genting kepada parti-parti atau gabungan politik yang bertanding pada PRU15 ini. Malah, keputusan PRU15 dilihat bakal menjadi faktor pencetus kepada banyak gerakan atau langkah politik oleh pelbagai pihak selepas daripada itu.
Terutama bagi kerusi DUN yang menjadi penentu kepada peneraju pemerintah Kerajaan Negeri Perak. Sama ada penyandang ketika ini iaitu Barisan Nasional (BN) kekal di takhta, atau buat sekian kalinya pengundi menolak keluar gabungan itu dari Bangunan Darul Ridzuan.
Atau pakatan PKR, DAP dan PAN walaupun tanpa BERSATU diberikan semula ‘harapan’ untuk kembali mengambil alih sebagaimana mereka pada PRU14. Tidak mustahil pula buat julung kali, koalisi PERIKATAN NASIONAL (PN) menjadi pilihan disandarkan mandat kepimpinan.
Menariknya, BN yang diketuai Umno, walaupun mempunyai reputasi cukup lama memerintah Perak, namun sudahpun tersungkur oleh gelombang penolakan rakyat pada tahun 2008. Malah, selepas ‘diterima semula’ pada PRU13, tetapi kembali tewas kecundang lima tahun selepas itu.
Bagi PRU kali ini, untuk Umno-BN menang majoriti kerusi DUN, sememangnya dilihat sangat mustahil setelah baki sokongan yang ada dikhianati oleh kepentingan politik tertentu. Ramai kecewa sikap dolak-dalih Umno-BN terhadap agenda Perpaduan Ummah dan penyatuan rakyat.
Sedangkan desas-desus mengenai wujudnya hubungan sulit pemimpin tertinggi parti itu merancang percaturan rahsia sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Walaupun dinafikan ia sebagai dakwaan, spekulasi, tuduhan dan fitnah, namun semakin menyerlahkan tanda-tandanya.
Pelbagai pihak mungkin tidak peduli jika perkara itu cuma melibatkan hubungan dua individu yang sudah masyhur dikenali masalah skandal dan korupsi mereka. Tetapi isunya ia akan mengheret rakyat dan negara turut dijebak ke kancah dicipta bagi memenuhi nafsu serakah ‘cikgu dan murid’ ini.
Dari cuma retorik janji dan tawaran palsu serta cakap menipu berdegar-degar, mereka kemudiannya mengubah rencana. Omongan ‘memiliki nombor dan meyakinkan’ hilang begitu sahaja, tiba-tiba muncul pula agenda politik sulit yang disebut sebagai ‘Jajaran Baharu’.
Anehnya yang ‘bertindak segera’ itu adalah Umno apabila tidak semena-mena ‘menjatuhkan’ kerajaan mereka ketuai sendiri di Melaka dan Johor di kala pandemik COVID-19 masih menular. Di Perak, ia tidak berhasil, tetapi sekadar dapat menukar Menteri Besar yang dikatakan tercapai dengan ‘bantuan belakang’ dari PH.
Hasilnya, ADUN PH di Perak menerima peruntukan kerajaan yang dilihat adalah ‘timbal balas jasa’ kerana menjayakan gerak catur itu. Malang dari plot politik curang ini bermakna individu pemimpin tertentu dalam Umno telah menggadai ketentuan parti itu untuk ‘campur tangan’ PH secara rahsia.
Komplot di sebalik tabir
Langkah itu jelas satu keterlanjuran atau kesilapan politik bagi pemimpin dan ahli-ahli Umno yang lain. Tetapi sebaliknya pula bagi ketua dalang yang berkepentingan diri dan mencari kedudukan. Tanpa maruah dan integriti, tindakan persundalan itu bukan satu masalah kepadanya.
Umno ketika itu punyai pilihan sangat baik iaitu membawa parti kembali ke pangkal jalan dengan bersama kekuatan agama dan bangsa. Yakni kekal teguh di bawah payung Muafakat Nasional dan bersama Kerajaan PN. Namun, pemimpin haloba dan rakus memilih langkah bertentangan.
Persekongkolan di Perak dan kemelut politik negara ketika itu lebih pantas disambar PH yang didominasi DAP hingga mencetuskan rancangan ‘Khemah Besar’. Ahli-ahli Parlimen Umno yang ditekan dengan pelbagai cara juga akhirnya terpaksa mengalah dengan pelan pertukaran Perdana Menteri.
Pemimpin Umno yang terbabit komplot jahat ini mungkin menyedari bahawa BN mustahil untuk mendapat majoriti di Perak pada PRU15 ini. Tetapi memperalatkan calon-calon serta seluruh ahli Umno untuk terpaksa bersama PH adalah desakan bacul dan sangat melampau.
Namun, ‘takdir’ ke depan mesti segera diangan-angankan sebagai lakaran mencipta jaminan untuk mudarat yang terbeban ke atas diri-diri yang terbabit dapat dihapuskan. Bagi pemimpin berkenaan, itu lebih baik daripada bersama PN yang dianggotai PAS, BERSATU dan GERAKAN.
Maka PRU15 walaupun melibatkan pertandingan tiga penjuru, tetapi hakikatnya adalah pertembungan dua pihak. Kerana BN sedang disusun untuk ‘kahwin paksa’ dengan PH bagi memperolehi majoriti membentuk kerajaan PH-BN pasca-PRU15, di mana Perak sebagai faktor utama.
Perak adalah negeri yang unik di mana pada sudut geografi ia bersempadan negeri dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan Selangor, selain bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand. Pergerakan dari manapun arah dalam Semenanjung, wajib melintasi negeri itu.
Begitu juga dari sudut sejarah yang mengabadikan begitu banyak peristiwa penting dan tokoh pelbagai kaum dan bangsa. Baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli termasuk penjajah British dan pengganas Komunis. Baik kejayaan perjuangan mahupun tragedi pertumpahan darah.
Untuk PRU15, Perak nampaknya menjadi pertembungan amat kritikal yang akan menentukan atau mempengaruhi senario politik negara. Ini dapat dilihat dari iltizam disasarkan PAS untuk menjadikan Perlis, Perak dan Pahang sebagai negeri seterusnya untuk diperintah setelah Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Manakala DAP amat perlukan Perak sebagai nafas baharu untuk bangkit semula dan melonjakkan pencapaiannya. Ia setelah kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan siri penolakan dialami parti Cauvinis itu pada beberapa PRK dan lebih buruk pada PRN Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.
Imbasan rekod DAP
Pada PRU14 tahun 2018 dahulu di negeri Sabah, DAP memenangi 6 daripada 60 kerusi DUN. Tetapi pada PRN16 Sabah tahun 2020, DAP tidak berani menggunakan lambang sendiri, sebaliknya menyusup di sebalik logo WARISAN. Mereka kekal menang 6 daripada 7 kerusi ditandingi ketika DUN Sabah telah bertambah kepada 73 kerusi.
Namun setelah itu DAP menerima tamparan apabila dua ADUN dan seorang bekas Senatornya keluar parti. Mereka menyifatkan perjuangan dan perkhidmatan untuk Sabah tidak dapat tercapai melalui DAP. Mereka menyatakan hilang kepercayaan kepada DAP dan mengakui wujud perbalahan dalaman yang teruk.
Malah terdahulu sebelum itu, DAP menarik diri daripada menyertai Agenda Reformasi Sabah (SRA) yang merupakan memorandum persefahaman (MoU) dicadangkan PH Sabah dengan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ini menunjukkan sikap penting diri parti itu bukan berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah.
Di Bumi Kenyalang, DAP daripada menang 12 kerusi DUN pada PRN10, tetapi kehilangan 5 kerusi pada PRN11 lima tahun kemudiannya, apabila cuma menang 7 kerusi. Dan semakin merosot pada PRN12 tahun 2021 apabila hilang 5 kerusi lagi tinggal 2 kerusi sahaja daripada keseluruhan 82 kerusi DUN Sarawak.
Walaupun DAP rakus memainkan sentimen perkauman dan agama untuk mengikat pengundi sasaran, terutama dalam kalangan bangsa Cina dan Iban, ternyata mereka ditolak. Sikap radikal DAP serta rekod buruk 22 bulan Kerajaan PH menjejaskan kestabilan negara dan keharmonian rakyat telah ditunjuk ‘jalan keluar’ oleh warga Sarawak.
Bermakna, penduduk Borneo Sabah dan Sarawak termasuk kaum Cina dan bukan-Islam yang cuba dijadikan deposit PH untuk ‘Malaysia Baru’ jelas menolak mereka hingga ada disekat masuk ke sana. Dengan solidariti kuat rakyat Sabah dan Sarawak kepada negeri mereka, agenda politik DAP dilihat sukar untuk berkembang di sana.
Di Melaka PRU14 lalu, DAP bertanding 8 kerusi DUN dan menang semuanya dari keseluruhan 15 ditawan pakatan itu. Dalam PRN15 Melaka tahun 2021, DAP yang bertanding 8 kerusi terpaksa mengaku gagal setelah hanya mempertahankan 4 dari 5 kerusi dimenangi PH.
Begitu juga di Johor, DAP menawan 14 kerusi dari 36 kerusi DUN dimenangi pakatan bersama PKR, BERSATU dan PAN itu. Namun pada PRN15 Johor pada Mac 2022 baru-baru ini, DAP hanya menang 10 daripada 14 kerusi ditandingi. PRN15 Johor ini DAP bersama PAN menang 11 DUN, sedang rakan pakatan iaitu PKR dan MUDA bertanding asing dan masing-masing menang satu DUN.
Untuk rekod, dalam PRU14, DAP bermuslihat dengan berselindung di sebalik penggunaan satu lambang PH yang memakai logo bulan sabit PKR. Manakala 12 siri PRK pasca-PRU14 yang menyaksikan DAP menang 2 kerusi, serta PRN15 Melaka dan Johor, parti roket itu menggunakan lambang PH.
DAP mesti terus ditolak
Protes dan peralihan sokongan kaum Melayu-Islam terhadap PH yang didominasi DAP sudah ketara dari Himpunan Membantah ICERD dan Statut Rom dahulu. Data lebih ketara dibuktikan pada keputusan PRK dan PRN diadakan, di mana turut menunjukkan kaum bukan-Islam juga telah meninggalkan PH-DAP.
Oleh itu, DAP sebenarnya berada dalam keadaan cukup terdesak dan merasa terancam oleh kemungkinan penolakan tersebut akan terus menjalar di Negeri Sembilan dan Selangor. Dua negeri ini berisiko jatuh pada PRN yang akan berlangsung selewat-lewatnya Julai 2023 nanti.
Maka PRU15 sedang berlangsung ketika ini teramat penting untuk DAP menang di Perak. Perak mesti menjadi ‘pangkalan kuasa’ untuk DAP melonjakkan kembali motivasi dan bangkit semula dalam politik Malaysia, sekali gus merealisasikan ‘Koridor PH’ melibatkan sama Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Muslihat DAP untuk berjaya kali ini adalah dengan pemalsuan dan penyamaran di mana roket bukan sahaja terus berselindung sebalik lambang PH. Tetapi menampilkan ramai calon-calon Melayu yang dibonekakan menjadi alat dan khadam yang boleh dicucuk hidung supaya tunduk ikut telunjuk mereka.
Kerana itulah ketika sama berlaku perubahan drastik apabila Presiden PKR turut bertukar kerusi lagi dengan memilih bertanding di Parlimen Tambun pula untuk PRU15 ini. Mereka sedaya-upaya mencipta pengaruh dari retorik, imej dan janji-janji serta manifesto manis ditawarkan untuk memancing undi.
Demikian itu rakyat yang sedar akan komplot belakang, sulit dan penuh tipu daya mesti bertegas untuk tidak leka meletakkan kemungkinan dan risiko ini. Jalan selamat adalah tidak memberi undi kepada mana-mana calon PH. Juga BN yang masih ada kekeruhan perlu dijernihkan terlebih dahulu.
Rakyat selaku pengundilah benteng penyelamat agar negeri Perak tidak ‘ditunggangi’ oleh para politikus yang sedang berusaha mencengkam landskap politik dan pemerintahan tadbir urus negara. Pilihlah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang telah terbukti Prihatin serta Bersih dan Stabil (BEST).
IZWAN ABDUL HALIM | izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 6/11/2022
2. Hanya PN, BN dan PH di P.055, N.03 dan N.04 Perak
LENGGONG: Ketiga-tiga calon PERIKATAN NASIONAL (PN) P.055 Lenggong dan N.03 Kenering serta N.04 Kota Tampan masing-masing akan menentang dua calon, iaitu dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pemuda PAS Kawasan Lenggong, Ustaz Muhammad Rifa’at Razman yang bertanding kerusi P.055 akan berdepan bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga penyandang, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
PH pula mempertaruhkan Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) yang juga Pengarah Drama Bersiri, Tok Guru, Datuk Jurey Mohd Rosli untuk kerusi Parlimen berkenaan.
Manakala di DUN Kenering menyaksikan Ketua Ulamak PAS Lenggong, Ustaz Mohamad Husairi Ariffin akan berhadapan muka baru dari BN, Rohaida Mohamad Yaakub dan Mohammad Jami’an Zulkifli dari PH.
Menarik di kerusi N.04 yang disandang Datuk Saarani Mohamad dari BN di mana Menteri Besar Perak ini akan dicabar Naib Yang Dipertua PAS Lenggong, Mohd Jamil Yahya dan Mohd Sabri Abdul Manas mewakili PH.
Ketiga-tiga calon PN telah menghantar serentak borang pencalonan mereka pada proses penamaan calon sebelum diumumkan pengesahan bertanding oleh Pengurus Pilihan Raya, Mohd Amzari Mohd Arzami di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, di sini.
Terdahulu, lebih 500 termasuk kira-kira 200 pemuda bermotosikal mengiringi tiga calon PN ke pusat penamaan calon yang diarak dengan gema salawat dan laungan takbir dari Padang Bunga Raya, di sini.
Kehadiran para penyokong seawal jam 7.15 dimulai dengan sarapan pagi yang disediakan pimpinan sebelum solat Hajat, munajat dan doa yang dipimpin Timbalan Yang Dipertua PAS Lenggong, Ustaz Mohd Hanafiah Idris. – HARAKAHDAILY 5/11/2022
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
3 comments:
Indonesia jadi rebutan anggota BRICS dan G8..!? Kenapa Indonesia tetapi bukan Malaysia..!?
Selagi pemimpin bodoh jadi hamba George Sorok seperti Anwar Ibrahim, Tun Mahathir Lim Guan Eng ekonomi Malaysia nilai ringgit akan terus menjunam.
https://youtu.be/KG9W6-h45_8
Memacu Pemulihan Ekonomi Global. Malaysia wajib sertai Pakatan BRICS.
IMF vs BRICS selepas Covit19 : Iran dan Argentina anggota baru BRICS. Malaysia bila lagi..!?
G7 negara maju kenapa Indonesia diundang ke G7..!?
https://youtu.be/hrb0rvOo6cc
Maju kah G7 ini..!? Pada para barua2 Melayu DAP@LeeKwanYew PKR, GTA, COMANGO, Pluralist Murtad, PAN dan PejWang yg kagum doonia barat G7 ini bingkisan dari USA.. Hidop USA, Long Live G7.!! Hidop Barua..!! hahh saksikan
https://youtu.be/3nvTgSW2L8Q
DoJ,WSJ, Reuter, CNN Bloomberg adalah akhbar yg sllu dipetik oleh barua mereka disini utk jadi batu api melaga2kan pemimpin Malaysia..!
Kehidupan rakyat Ketua nagara G7 yang hebat iaitu USA.. pada barua kalian saksikan link ini..!!
https://youtu.be/Sz9E6jcxpwA
The Straits Times melapur bahawa syarikat minyak milik Indonesia, Pertamina dan syarikat minyak Russia, Rosneft akan meneruskan projek membina kilang 16 bilion penapisan minyak di wilayah Jawa Timur.
“Bagi kilang menghasilkan bahan api dan bahan mentah untuk industri petrokimia ini, pihak Russia sudah berunding untuk mendapatkan pelepasan cukai.
Ucapkan Selamat tinggal Dollar America. Lupakan dan pedulikan Singapura Bila US Dollar jadi kertas tisu USA bangkrupt dalam masa 24 jam dan sekutu nya di Asia Tenggara iaitu Singapura pun akan turut jatuh...!
Bank Pembangunan Baru (AIIB) ditubuhkan pada 2015 dengan modal permulaan $50 bilion oleh negara BRICS -- Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan - sebagai pengimbang kepada Tabung Kewangan Antarabangsa. (IMF)
BRICS dan Projek Wang Digital: Alternatif kepada US Dollar, Gelombang Baharu dalam Sistem Pembayaran Antarabangsa? BRICS New Development Bank memberi tumpuan kepada mata wang di luar Dolar AS sebagai mata wang utama. Tiada lagi US Dollar..!!
Rusia mula membangunkan sistem pembayaran nasional sebagai alternatif kepada perkhidmatan pemesejan kod kewangan SWIFT yang berpangkalan di Belgium pada 2014 selepas sekatan Barat dikenakan ke atas Moscow.
https://youtu.be/_0qpBgq6_ak
BRICS use New Monotary System Finance
Sidang kemuncak BRICS di China mungkin merupakan sidang kemuncak G-8 yang terakhir seumpamanya. Anda tidak akan pernah meneka (berkat keangkuhan yang berpanjangan dan keegoan Barat), tetapi China juga menjadi tuan rumah kepada ketua-ketua kerajaan negara-negara membangun yang dikenali sebagai BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China).
Peralihan imbangan kuasa, kepentingan ekonomi dan strategi geopolitik menjadikan ini penting.
https://youtu.be/k9eS3Xx8qic
No more USD to BRICS. Hanya Najib sudah memulakan langkah bila mengambil inisiatif dengan AIIB dalam urusan pelaburan Malaysia bersama anggota BRICS.
PeeHancheng bawak masuk secara haram abu bangkai chinpeng komunis ke Tanah Melayu adalah suatu isyarat pengkhianatan yang lebih besar bakal dibuat oleh gerombolan maoist komunis yang berleluasa di Tanah Melayu.
Undi Peehancheng beerti mengundi komunis dan pengganas tamil..
Awas Bangsa Melayu...
tanah airmu sedang dijajah..
lihatlah apa jua yang ada di lembah kelang cuma yang ada bagimu cuma tapak sewaan sekangkangkera pasar malam, segala bagunan yg tinggi itu bukan milikmu... itulah hasil pentadbiran ameno selama jenayah penipuan konon merdeka yg mereka laungkan..
kamu merempat di Tanah Pusaka moyang mu kerana ameno yg besengkokol dengan penjajah dan kuli penjajah.
ingatlah.. 60% hasil petroleum adalah dibumi Terengganu, lebih tepat lagi di "Mudik Marang" iaitu satu negeri bagian dibawah Negeri Terengganu.
Sebelum hasil petroleum terengganu diganyang dan hasinya dibawa ke lembah kelang, kuala lumpur cumalah bandar biasa sahaja, maka lihatlah hari ini dimana Bangsa Terengganu hidup seala kadar dengan peruntukan dana disakat kunun kerajaan pusat aka ameno, bangsa lain hidup mewah mengaut kekayaan bumi melayu.
ingat jugalah wahai pribumi sabah dan sarawak, ... jangan kamu sekelain tunduk dengan kluster penyangak,,
berjuang dan terus berjuang ...
jika perlu hidupkan kembali perjuangan kemerdekaan sejati yang telah dilakukan oleh para pejuang bangsa sepanjang zaman sejak mula dijajah yg di zaman melaka.
Perjuangan Kemerdekaan Belum Berakhir.
Dlm tiga tiga pakatan ada cina komunis. Dlm pee hancing ada komunis dapig. Dlm bn ada komunis mca. Dlm pn ada komunis gerakan. Mereka nampak macam berlainan haluan. Tapi bila terkait dengan Islam, mereka bersatu.
Kerana itu di tempat kerusi majoriti melayu, x perlu kompromi beri kepada bukan melayu.
Ada racun yg akan dibubuh dalam pakatan. Sebagaimana komunis dapig bubuh racun dlm pas ketika pakatan rakyat.
Post a Comment