Bayi yang ditinggalkan di Baby Hatch diuruskan sebelum diserahkan kepada keluarga angkat atau JKM.- Foto/Ihsan OrphanCare
1. Gadis hamil luar nikah trauma, mahu gugurkan kandungan
KUALA LUMPUR: Kebanyakan gadis atau wanita hamil luar nikah yang datang untuk mendapatkan bantuan di Yayasan OrphanCare di seluruh negara dalam keadaan trauma sehingga ada yang mahu menggugurkan kandungan.
Pengurus Advokasi dan Komunikasi Yayasan OrphanCare, Riza Alwi, berkata kebanyakan golongan yang datang semuanya memerlukan bantuan dan perlu diberi perhatian.
"Kami akan memberikan kaunseling jika perlu dan bantu ke hospital untuk memudahkan melahirkan bayi.
"Dengan cara ini kedua-duanya, iaitu ibu dan bayi dapat diselamatkan. Mereka tidak perlu mengambil tindakan yang drastik seperti membunuh diri atau membuang bayi disebabkan tertekan.
"Bagi saya tiada istilah anak haram kerana bayi ini anak syurga dan perlu dilindungi.
"Contohnya, kes terbaru, dua orang bayi berjaya diselamatkan melalui Baby Hatch di Hospital KPJ Ipoh dan di Hospital KPJ Seremban," katanya.
Setakat ini, Yayasan OrphanCare berjaya menyelamatkan 495 bayi daripada dibuang, selain 86 daripada bayi yang tidak diketahui identiti ibunya ditinggalkan di dalam peti khas Baby Hatch disediakan.
Terdapat lapan kemudahan yang dikendalikan oleh Yayasan OrphanCare di seluruh negara, sejak 12 tahun lalu.
Riza berkata, OrphanCare berharap agar komuniti dapat memberi sokongan kepada ibu yang hamil luar nikah kerana dengan bantuan mereka, dapat menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.
Katanya, kebanyakan wanita terbabit adalah mangsa rogol dan mangsa keadaan.
"Dengan bantuan orang ramai juga, mereka boleh membina kehidupan lebih baik dan bayi terbabit akan mempunyai peluang untuk membesar dengan sempurna," katanya.
Beliau menegaskan, kepada individu yang terpaksa melahirkan bayi dalam ketakutan pelbagai perkara yang perlu difikirkan.
"Kita tidak mahu mereka berada dalam keadaan tertekan sehingga akhirnya bayi itu terpaksa ditinggalkan ataupun dibuang," katanya.
Lantas, Yayasan OrphanCare hadir bukan sahaja membantu menyelamatkan bayi daripada dibuang, malah membantu menguruskan proses pengambilan anak angkat dan turut memberi sokongan moral seperti kaunseling dan nasihat ketika hamil.
Baby Hatch selamatkan bayi
Ada juga sesetengah ibu meletakkan tanda kepada anak mereka sama ada melalui surat, rantai dan juga nota.
Jika ada surat menyatakan bayi beragama Kristian, pihaknya akan serahkan kepada keluarga yang menganut agama sama.
Jika tiada sebarang tanda yang ditinggalkan bayi itu akan diserahkan kepada keluarga beragama Islam mengikut agama rasmi Malaysia.
Namun, beliau menegaskan pusat itu bukan rumah anak yatim dan jangan keliru terhadap peranannya mereka.
Katanya, Baby Hatch disediakan bertujuan menyelamatkan dan mengelak kes pembuangan bayi.
"Namun, Baby Hatch bukan tempat untuk membuang bayi, sebaliknya tempat menyelamatkan bayi daripada dibuang.
"Pendekatan ini yang kami mahu orang ramai tahu. Ada juga tuduhan yang menyatakan cara itu akan menggalakkan perbuatan zina.
"Ini tidak benar kerana mereka yang datang kepada kami semuanya memerlukan bantuan," katanya.
Selain itu, Riza berkata, bagi yang bercadang mahu mengambil bayi ditinggalkan di Baby Hatch, pihaknya membantu proses pengambilan anak angkat akan selesai dalam jangka masa seminggu sehingga 10 hari.
"OrphanCare akan ke balai polis, mahkamah dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan serahkan kepada keluarga angkat supaya mereka tidak perlu ke rumah anak yatim.
"Sebelum kami serahkan kepada keluarga angkat, kami akan temubual mereka terlebih dahulu supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
"Kami tidak mahu berlaku kes penderaan kepada bayi selepas diserahkan kepada keluarga angkat," katanya.
"Ada syarat dan proses yang tertentu yang diletakkan oleh OrphanCare sebelum diserahkan kepada keluarga angkat,"katanya.
2. Pemeran Video Porno Kebaya Merah Ditangkap di Surabaya
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
3 comments:
Antara content ceramah anuwar ialah pee hancing boleh menang dgn majoriti mudah.
Dulu anuwar kata hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.
Hari ni menang langkah kajang, esok aku jadi mb selangor.
Hari ni menang langkah port dickson, esok aku jadi pm malaysia.
Alahai. Harap juga menang simple majoriti hanya omong omong.
Jom pakat pakat sokong PN.
Kita dah tau hobi BN.
Kita dah tahu klentong anuwar.
Sembang tinggi, tapi banyak kali gagal.
Gagal jadi pm ganti najib.
Gagal jadi pm ganti atok.
Gagal jadi mb selangor.
Sekarang bergantung nyawa dengan dapig.
Kalau x ikut skrip dapig, no way next pm.
Ceramah praya, makin deras skrip.
Terpukau buat yg x faham politik anuwar.
Bagi yg faham, politik anuwar ialah politik cari makan.
Politik yg tiada jati diri.
Hanya isu rasuah jadi tajuk.
Isu larang lgbt hilang.
Isu agama hilang.
Isu bumiputera hilang.
Itu skrip komunis dapig.
Jangan gadai prinsip. Jom pakat pakat sokong PN.
Rasuah ditentang, agama terpelihara.
Agama Islam melarang pergaulan bebas antara lelaki bukan mahram dan wanita kerana bimbang terbabas.
Bila terbabas, menyesal pun tiada gunanya. Ikut hati mati. Ikut nafsi, lesu ! Yang mangsa ialah bayi yang tidak berdosa dan tidak bersalah.
Semoga masyarakat tidak menzalimi bayi yang tidak berdosa.
Di akhirat nanti, pemimpin-pemimpin juga akan disoal oleh Allah kerana membiarkan pergaulan bebas tanpa batasan. Tunggulah pembalasan dari Allah. Menanggis air mata darah pun tiada gunanya.
Post a Comment