Tuesday, November 01, 2022

Gelombang baru PN Perlis. & Durian Zaid duri tajam?

 


1. Gelombang baharu PN di Perlis

ARAU: Kehadiran kira-kira dua ribu orang mendengar ceramah dan lebih empat ribu secara atas talian menunjukkan kemunculan gelombang baharu Perikatan Nasional (PN) di negeri Perlis.

Tidak kurang kehadiran anak muda yang diperdengarkan tentang isu terkini dan panas daripada Presiden PAS, Tuan Guru Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Ia adalah bersempena Jelajah Presiden ke Negeri Perlis pada Isnin, 31 Oktober di Bilik Gerakan Utama, Perikatan Nasional Arau di sini.

Presiden dalam ucapannya berkata, semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan, mereka berusaha untuk merombak asas perlembagaan negara.

“Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila menangnya PH, mereka mahu rombak asas dalam perlembagaan negara, mereka terima  International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD),mereka mahu mengubah sedangkan kita sudah punya perlembagaan,” katanya.

Tegas Tuan Guru lagi, kini mereka sedang berusaha untuk menawan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang.

“Langkah ini adalah satu langkah yang sangat berbahaya kepada ummat Islam negara ini, ia dibimbangi lebih banyak anasir komunis, antiIslam dan budaya Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT) akan semakin berleluasa.

“Mereka kata tidak sokong komunis, tapi abu mayat Chin Peng dibawa balik, dia sambut Hari Revolusi Komunis menentang Jepun di Kajang. Ramai yang hadir, PH membenarkan.

“Macam-macam lagi, sekarang gunakan Melayu jadi calon. Ini kena ingat, Singapura tahun 50-an Ketua Menteri Singapura Dato Hamid Jumat. Tahun 60-an, Lim Kuan Yew menang PRU, dia ambik orang Melayu jadi calon, parti PAP (Peoples’s Action Party) Othman Wok, Yusof Ishak, macam-macam nama lagi jadi menteri-menteri melayu di Singapura,” ujarnya lagi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin, Ahli Jawatan Kuasa Majlis Syura Ulama, Tuan Guru Ustaz Ahmad Ali dan Presiden PN negeri, Mohd Shukri Ramli.

Presiden sebelum itu menghadiri minum petang bersama rakyat di Laman Pelangi, Bukit Jernih Chuping, Padang Besar dan sarapan pagi  di Restoren An Nisa’ Kangar pada Selasa, 1 November. – HARAKAHDAILY 1/11/2022


2. "Jangan 'main-main' dengan durian" - Zahid Hamidi sindir Hadi Awang 

BAGAN DATUK: UMNO menzahirkan kekecewaan susulan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan kerjasama antara dua parti itu sebagai ‘durian mentah’.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan label-melabel pihak lain dengan sesuatu yang buruk disifatkan sebagai tidak wajar. 
Walaupun kerjasama UMNO dengan Pas dilabel sebagai ‘durian mentah’, namun, Ahmad Zahidi mengingatkan Abdul Hadi bahawa raja buah itu juga mempunyai duri yang tajam.
“Melabelkan sesebuah parti dengan mana-mana binatang, tumbuhan atau buah… saya khuatir buah durian ini durinya tajam.
“Sesiapa yang berada di bawah, jika ia jatuh, maka lukanya pasti akan mengenai kepala atau badan. Jadi, jangan main-main dengan durian.
“Sama ada ia masak atau tidak masak, tunggulah. Kalau durian itu jatuh ke bumi dan orang yang berada di bawah itu tidak dapat elak, pasti akan mengalami luka,” katanya dalam nada nada sinis.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, pada Ahad.
Ahmad Zahid sebelum itu diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang berkata tindakan Pas menangguhkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) kerana menyifatkan UMNO sebagai parti ‘yang keruh’.
Pada Jumaat, media melaporkan Abdul Hadi berkata antara 'kekeruhan' yang dimaksudkan ialah masih terdapat kes melibatkan penerima rasuah yang belum selesai.
Malah Presiden Pas itu juga menganggap kerjasama yang dijalinkan antara partinya dengan UMNO sebagai ‘durian mentah’ yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan. (AA)
Komen weblog Ibnu HasyimGelombang baru PN Perlis, Al-hamdulillah. & Durian Zaid duri tajam?
Apa maksud Zaid, "..saya khuatir buah durian ini durinya tajam.."
Jangan ego sangat, kita bimbang buah durian itu 'merekah pungkok', akhirnya dijadikan cencalok, ditenyeh oleh sang mentimun kerdil sebagai perencah ulam.
Sekian.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment