PENDAHULUAN
Persis membaca novel perisikan KGB yang beroperasi di Amerika. Sasaran mereka adalah memenangkan operatif mereka sebagai Naib Presiden Amerika sendiri. Dengan itu mereka hanya memerlukan satu langkah akhir untuk menguasai Amerika, iaitu peletakan jawatan Presiden Amerika, walau apapun caranya.
Sering kali plot di dalam novel sebegitu amat mendebarkan. Ia dipenuhi dengan janji, habuan, pengkhianatan dan rundingan sulit.
Namun pada babak akhir novel itu, Naib Presiden itu akan berjaya ‘dineutralkan’ oleh CIA melalui tangkapan atau pembunuhan yang kononnya dilakukan oleh pembunuh upahan daripada Korea Utara, atau seorang fanatik neo-nazi daripada Michigan.
Pendedahan oleh MCA
MCA mendedahkan pembohongan Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada pihak Istana Negara, kononnya ahli-ahli Parlimen BN menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10 berdasarkan bukti surat yang beliau kemukakan kepada pihak Istana.
Ahli-ahli Parlimen BN sebenarnya memutuskan untuk tidak memberi sokongan kepada PH atau PN, mereka akan bergerak sebagai pembangkang sepenuhnya.
Zahid pada awalnya menafikan dakwaan itu. Namun setelah diasak dengan kewujudan surat itu, beliau akhirnya mengaku.
Ini mengundang kepada desakan MCA agar Zahid berundur daripada menjadi Pengerusi BN. Datuk Seri Mohammad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi BN patut mengambil alih jawatan itu serta merta.
Zahid adalah orang Anwar di dalam BN
Rupanya Zahid yang dilihat sebagai Presiden Umno yang tegas dengan agenda kuasa politik Melayu, Islam dan kepentingan mengembalikan kegemilangan Umno sebagai parti yang kuat dan bermaruah untuk orang Melayu, adalah sebenarnya seorang yang telah lama direkrut oleh Anwar untuk mengawal Umno daripada dalam. Kod mereka ‘cikgu’ dan ‘anak murid’!
Kerana itulah agenda Anwar sering diangkat supaya kelihatan demi kepentingan Umno dan BN, sehinggalah akhirnya pembohongan demi pembohongan beliau menjadi semakin terdedah.
Di sebalik kempen BN yang anti PH dan Anwar Ibrahim, tiba-tiba orang nombor satu dalam BN sebenarnya adalah orang Anwar. Ini tentu mengejutkan!
Zahid sebagai ‘ejen’ Anwar
Misi Zahid untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri melalui kerjasama BN-PH pernah dihidu oleh beberapa orang penganalisis politik melalui satu rakaman perbualan telefon sebelum ini. Tetapi mudah saja ia dibakulsampahkan oleh Zahid.
Sebagai seorang ‘ejen’, menjayakan misi adalah satu ‘kemestian’. Walaupun BN tewas teruk dalam pilihan raya baru-baru ini, Anwar masih perlu dijadikan Perdana Menteri.
Kali ini Zahid menggunakan kapasiti penuh beliau sebagai Pengerusi BN untuk mengelirukan Istana Negara. Satu misi berbahaya yang hanya beliau dan Anwar sahaja yang boleh mengetahuinya.
Nampaknya berbohong menggunakan nama BN kepada Seri Paduka Baginda YDP Agong pada saat krisis pembentukan Kerajaan Malaysia, adalah operasi terakhir Zahid untuk Anwar! ‘Penyamaran’ beliau telah terbongkar!
Penutup
Seperti di dalam novel, Zahid sekarang akan bersendirian dan dipinggirkan. Semua pihak yang akan menafikan mempunyai kaitan dengan beliau.
Anwar sebenarnya tidak tahu menahu mengenai setiap langkah Zahid itu. Mustahil Zahid akan mengikut telunjuk beliau.
Walaupun dengan pendedahan mengejutkan oleh MCA itu, Umno masih juga belum mampu melepaskan diri daripada ‘cengkaman kemas’ Zahid setakat ini.
USTAZ ZAKARIA ISMAIL
Marang, 24 November 2022 – HARAKAHDAILY 24/11/2022
2. Kim Yo-jong selar Korea Selatan sebagai tali barut AS, cetus ketegangan baharu
Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong. - Foto APSEOUL: Adik perempuan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelar dan menggelar presiden serta kerajaan Korea Selatan sebagai 'bodoh' dan bersikap seperti 'anjing liar yang berlari sambil menggigit tulang diberi Amerika Syarikat (AS)'.
Kim Yo Jung berkata demikian dua hari selepas Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan sedang mengkaji semula sekatan unilateral tambahan terhadap Korea Utara berhubung ujian peluru berpandu yang dilepaskan bertubi-tubi baru-baru ini.
Kementerian itu turut berkata, ia juga mempertimbangkan sekatan ke atas dakwaan serangan siber Korea Utara mengenai sumber utama pembiayaan program senjatanya jika terus melakukan provokasi besar seperti ujian nuklear.
"Saya tertanya-tanya 'sekatan' dimaksudkan Korea Selatan, ia tidak lebih daripada seekor anjing liar berlari sambil menggigit tulang yang diberikan oleh AS, tindakan mereka ini biadap terhadap Korea Utara," kata Yo-jong dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media kerajaan.
Dia turut menggelar Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dan pegawai pentadbirannya sebagai 'bodoh kerana terus mencetuskan situasi berbahaya'.
Yo Jung yang dianggap wanita paling berkuasa dan berpengaruh di Korea Utara berkata, ketika bekas Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in berkuasa, Korea Utara 'tidak menjadi sasaran' memandangkan pemimpin itu berusaha mencari jalan perdamaian dua hala.
Ia boleh dilihat mungkin percubaan untuk membantu memupuk sentimen anti-Yoon di Korea Selatan.
"Kami memberi amaran kepada mereka yang kurang ajar dan bodoh sekali lagi bahawa sekatan dan tekanan disebabkan desakan AS dan anak buahnya dari Korea Selatan terhadap (Korea Utara) akan semarak lagi api permusuhan dan kemarahan. Mereka akan menjadi tali barut bagi AS," katanya.
Bagaimanapun, perkhidmatan perisik Korea Selatan percaya Yo-jong yang juga Timbalan Pengarah Parti Pekerja adalah individu kedua paling berkuasa di Korea Utara selepas abangnya dan bertanggungjawab mengurus hubungan negara itu dengan Korea Selatan dan AS.
Sementara itu, penganalisis dari Institut Sejong di Korea Selatan, Cheong Seong-Chang berkata, ini bukan kali pertama Yo Jong menghamburkan kata kesat terhadap Korea Selatan.
Seong-Chang turut menjangkakan Korea Utara akan meningkatkan lagi ketegangan melalui tindakan ketenteraan di Semenanjung Korea memandangkan Yo-jong bertanggungjawab terhadap hubungan dengan Korea Selatan dan mempunyai pengaruh ke atas tentera Korea Utara.
Bulan lalu, Korea Selatan mengenakan sekatan ke atas 15 individu di Korea Utara dan 16 organisasi yang disyaki terbabit dalam aktiviti haram untuk membiayai program senjata nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.
Untuk rekod, Selasa lalu, Yo-jong memberi amaran bahawa AS akan menghadapi 'krisis keselamatan yang lebih buruk' kerana mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengutuk ujian peluru berpandu balistik antara benua yang dilepaskan Korea Utara baru-baru ini.
Dalam kenyataan sama, beliau menyatakan potensi untuk menyerang seluruh AS. - AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, musuh UMNO dari dalam? & 'anjing liar' AS..
Kisah 'anjing liar'AS:
Adik perempuan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelar dan menggelar presiden serta kerajaan Korea Selatan sebagai 'bodoh' dan bersikap seperti 'anjing liar yang berlari sambil menggigit tulang diberi Amerika Syarikat (AS)'.
"Saya tertanya-tanya 'sekatan' dimaksudkan Korea Selatan, ia tidak lebih daripada seekor anjing liar berlari sambil menggigit tulang yang diberikan oleh AS, tindakan mereka ini biadap terhadap Korea Utara," kata Yo-jong
Adakah ciri-ciri sifat 'anjing liar' AS itu, ada pada Umno yang diresepi oleh anasir musuh daripada dalam?
Fikir-fikirlah!
PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015
9 comments:
Sudin kata alif mim nun wau, bunyinya sarkis.
Kata orang parti kris dah sampai hujung jalan. Ke tengah tenggelam, ke tepi pun tenggelam. Bukan angkara siapa. Angkara pimpinan. Ada pau, tapi tak patuh. Pimpinan tidak bersama dengan akar umbi. Pimpinan menebuk perahu jadi berlubang. Nak di tampal dengan pee hancing dan dap, lagi besor bocornya.
tunggu undangan katanya..
Pru14 ph dapat 101 kerusi. Pru15 ph dapat 82 kerusi. Hilang 19 kerusi.
Pru14 pas dapat 18 kerusi. Pru15 pas dapat 46 kerusi. Tambah 23 kerusi.
Satu negetif, satu lagi positif.
Klau ikut gaya kepimpinan TGNA, tentu TGHH dah jadi PM
Ucapan setinggi tahniah, annuar ibrahim di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yg ke 10...
BN???
Bn dah jadi gundek. X payah analis
Nampaknya Hashim dah tak delete komen2 yg tak sehaluan dgn fikirannya.
Syabas Hashim.
Seharusnya ada keterbukaan. Dlm bahasa omputih: We agree to disagree (Kita setuju utk tidak bersetuju).
Ertinya kalau org bagi komen tidak menyokong apa yg ditulis yg empunya blog ini, biarkan sja.
Nanti akan ada yg balas komen itu dan debat yg membuka minda akan berlaku.
Ataupun Hashim sendiri boleh menulis komen juga.
Post a Comment