Tuesday, November 08, 2022

Ini tawaran PN. & 3 politik X bermaruah PH.

 


1. Janji tulus tawaran PERIKATAN NASIONAL

PENANTIAN tawaran PERIKATAN NASIONAL berakhir semalam. Pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat mengujakan. Bertema Prihatin Bersih dan Stabil – PN BEST. 

Tawaran ini jelas mengisi slogan Prihatin kerana ia menumpukan pembangunan ekonomi golongan rakyat pelbagai peringkat. 

Paling dilihat mendapat perhatian PN ialah golongan belia yang menjadi pemangkin kepimpinan negara. Bantuan ekonomi, membina asas kehidupan dan pendidikan selain menjana peluang pekerjaan. 

Pelancaran ini menamatkan teka teki rakyat dan pengundi kerana mereka meletakkan harapan tinggi kepada PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya ketika melalui tahap sukar COVID-19. 

Keyakinan rakyat adalah hasil dari kesungguhan dan kebijaksanaan pimpinan PN diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui tahap sukar itu. Ketika itu saban hari kemunculan ‘abah’ dinanti bersama pelbagai pakej Prihatin Rakyat. 

Selepas negara melalui tahap bertenang ini, tentunya pimpinan PN akan lebih berjaya memimpin negara. Tumpuan kepada memulihkan ekonomi rakyat melalui limpahan bantuan di peringkat bawah agar kitaran ekonomi bergerak aktif.

Tawaran PN ini lebih realistik dengan kemampuan negara dan keperluan rakyat memulihkan ekonomi keluarga. Ia bukan janji bulan dan Bintang PH yang lebih bersifat mempermainkan rakyat.

Tawaran PN ini bukan kitab suci namun ia satu janji suci yang menjadi tanggungjawab kerajaan pimpinan PN untuk ditunaikan.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN 
Setiausaha PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 7/11/2022


2. 3 tindakan politik tak bermaruah PH dalam PRU 

I. TUDUHAN rasuah RM90 juta terhadap PAS.

Rafizi bawa bukti kertas putih: “Saya ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit 1MDB” (https://www.malaysiakini.com/news/378274

Anwar pula bawa kertas hitam: Anwar dedah bukti PAS bayar wang kepada Rewcastle-Brown  (https://www.sinarharian.com.my/article/15385/berita/nasional/anwar-dedah-bukti-pas-bayar-wang-kepada-rewcastle-brown)

Mujahid pula dedah ‘screenshot’ bukti: Bukti terkini PAS terima duit BN?  (https://www.astroawani.com/berita-politik/bukti-terkini-pas-terima-duit-bn-173290)

Fitnah ini telah dijaja ketika Malaysia mendepani PRU14 lalu seolah-olah PAS bersalah dan sebagai alasan tindakan PAN bertindak keluar dari PAS.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambil tindakan saman ke atas Sarawak Report dan mereka dikehendaki bayar denda RM155,000. Namun, tuduhan itu menguasai media sosial dan digunakan oleh ‘cybertrooper’ PH dalam setiap serangan ke atas pemimpin parti dan ahli PAS. 

Akhirnya yang terbukti adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat kenyataan menjelaskan hasil siasatan bahawa tiada wang RM90 juta masuk ke akaun PAS atau pemimpin PAS. 

SPRM: Tiada duit RM90 juta masuk akaun PAS  (https://www.sinarharian.com.my/article/14762/berita/nasional/sprm-tiada-duit-rm90-juta-masuk-akaun-pas).

Sarawak Report diarah bayar RM155,000 pada Hadi  (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/05/419223/sarawak-report-diarah-bayar-rm155000-pada-hadi).

PAS anggap kemenangan moral dalam kes saman Sarawak Report  (https://www.malaysiakini.com/news/422502).

Setiap tuduhan yang dilemparkan menyebabkan PAS perlu mengeluarkan sejumlah dana yang besar untuk memfailkan saman sedangkan dana itu lebih disukai digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada masyarakat. Apatah lagi tuduhan tersebut memakan masa hampir 5 tahun untuk benar-benar jelas dibersihkan. 

Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari telah pun membuat kenyataan media meminta pihak yang menuduh PAS menerima dana 1MDB memohon maaf. 

Namun tiada kenyataan maaf dari pihak PH bahkan baru ini keluar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang kononnya ingin mendedahkan bukti PAS dan PN tidaklah bersih seperti dikata. Belum memohon maaf dan bertaubat atas fitnah lama, ingin buat fitnah baharu pula.

Pihak dakwa PAS terima dana 1MDB perlu mohon maaf (https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/06/576972/pihak-dakwa-pas-terima-dana-1mdb-perlu-mohon-maaf).

Rafizi: ‘Saya akan usahakan bukti-bukti PN juga buruk dalam tata kelola kewangan negara’  (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0315xQMP9LsyKpG9zqTDHTj6AwAgSUP4222Y5tHJXdhUHbY42mrcGhXKkThCM4D7m4l&id=100044561133929).

II. Tuduhan fitnah berkait tata kelola Menteri PAS.

Banyak usaha dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menuduh PAS tidak bersih dan terlibat rasuah semata-mata ingin membunuh reputasi 35 tahun pemerintahan PAS Kelantan bebas rasuah. Menghadapi PRU15 ini, PH sekali lagi ingin menggunakan senjata tumpulnya secara bersiri.

Kerajaan caretaker tidak boleh membuat anugerah tender (https://rafiziramli.com/2022/11/kerajaan-caretaker-tidak-boleh-membuat-anugerah-tender/).

Propaganda Rafizi menuduh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air dari PAS. Seolah akan membuat serahan tender secara rundingan terus kepada syarikat yang berlatarbelakang dengan rekod buruk. Tetapi tiada bukti pun yang menunjukkan bahawa tender itu telah diberi.

Umum mengetahui bahawa kerajaan sememangnya sentiasa berurusan dengan pihak swasta yang banyak memohon tender bagi banyak projek kerajaan. Namun Menteri PAS tidaklah sama kaedah tata kelolanya seperti PH mahupun BN dalam menganugerahkan  tender

Menteri PAS tidak pernah mempunyai rekod pemberian tender secara rundingan terus apatah lagi pemberian tender kepada syarikat terkait dengan parti. Isu seperti ini diterbitkan seolah-olah Menteri PAS tidak berwibawa dalam menangani urusan kerajaan. 

Namun propaganda itu menunjukkan Rafizi tidaklah membawa bukti jelas sekadar menyatakan permohonan tender dalam proses. Sedangkan tender apa pun tidak akan diproses dalam fasa ‘caretaker’.

Rundingan terus adalah lumrah, perkara biasa – Guan Eng (https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2020/08/613824/rundingan-terus-adalah-lumrah-perkara-biasa-guan-eng?fbclid=IwAR2cW0QrYbtUdQdNMx3Go96omERcEsjXsZCElB7gshO1Qx2dhsXxfJxAQgY)

Kementerian Kewangan dedah 101 projek runding terus (https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/08/724997/kementerian-kewangan-dedah-101-projek-runding-terus).

III. Politik jatuh-menjatuhkan kawan dan lawan.

Dalam banyak siri propaganda pimpinan PH, ia bukan sahaja ingin menggugat lawan mereka bahkan kerakusan kuasa terserlah hingga menjatuhkan rakan sendiri juga turut berlaku. 

Di sebalik tuduhan PH terhadap kerajaan baru yang dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai ‘Kerajaan tebuk atap’, PH sebenarnya telahpun mendirikan sendiri kerajaan tebuk atap mereka dalam ‘Langkah Kajang’

Di mana rakyat negara ini terpaksa menghadapi beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang bukanlah disebabkan kematian wakil rakyat sepertimana juga yang berlaku di Port Dickson.

Siapa sebenarnya pengkhianat? Azmin ceritakan semula 2 ‘langkah’ diatur Anwar (https://www.malaysianow.com/my/news/2022/10/03/siapa-sebenarnya-pengkhianat-azmin-ceritakan-semula-2-langkah-diatur-anwar)

Kronologi Langkah Kajang: Jatuhnya Khalid Ibrahim kerana perebutan kuasa (https://soscili.my/langkah-kajang-jatuhnya-empayar-khalid-ibrahim-kerana-gila-kuasa/).

Kronologi krisis Menteri Besar Selangor  (https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-krisis-menteri-besar-selangor-41800)

‘Pengkhianat sebenar terbabit dalam Langkah Kajang, PortDickson…’  (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1016656/pengkhianat-sebenar-terbabit-dalam-langkah-kajang-port-dickson).

Politik jatuh menjatuhkan ini tidak berhenti di situ. Bahkan PH turut melakukan tindakan yang sama demi ingin menggantikan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Namun tindakan Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai tanpa mencadangkan nama penggantinya telah menyebabkan PAS dan rakan politik lain bertindak demi menyelamatkan negara dengan membuat pertemuan meminta keputusan pihak Istana Negara. 

PAS dan rakan politik berusaha mengelakkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dinamakan berikutan banyak peristiwa yang mengusik sensitiviti orang Islam dan Melayu selama 22 bulan pemerintahan PH. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dicadangkan sebagai Perdana Menteri.

Kronologi Langkah Sheraton  (https://langkahsheraton.net/)

Akibat dari peristiwa ini, keputusan bijak Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin telah menimbulkan ketidakpuasan hati PH sehingga menuduh kerajaan baru sebagai ‘Kerajaan Tebuk Atap’, sedangkan ini adalah hasil dari bibit politik jatuh-menjatuhkan PH.

PH sendiri yang mencabul mandat rakyat telah diberikan kepada mereka melalui wakil rakyat apabila ada juga lebih awal meletakkan jawatan itu dalam PRU lalu. 

Bahkan penjenamaan nama ‘Langkah Sheraton’ itu sendiri bukanlah dari mana-mana perwakilan PAS atau Presiden, akan tetapi ia dari pimpinan PH itu sendiri. 

Sepertinya mereka menganggap dan menuding jari seolah kejatuhan PH itu disebabkan oleh langkah yang telah diambil PAS dan rakan politik sehingga tertubuhnya PERIKATAN NASIONAL rentetan keluarnya BERSATU daripada komponen PH. 

Percubaan memberi bola tanggung kesalahan atas pundak PAS dan PN yang diberi mandat dari istana ini walau bagaimanapun berbeza dari ‘Langkah Kajang’ mereka. Kerana usaha ini untuk membetulkan keadaan negara yang sedang kritikal akibat krisis kestabilan politiknya. 

Biarpun dada-dada akhbar mengguna pakai tajuk berita pengakuan tindakan PAS terhadap ‘Langkah Sheraton’, namun tidak ada satupun kenyataan penggunaan ayat tersebut dalam mana-mana petikan ucapan Presiden PAS. 

Sama seperti dalam tajuk berita yang menunjukkan PAS bukanlah dalang konspirasi, bahkan penyelamat negara akibat konspirasi politik jatuh-menjatuhkan ini.

Sekali lagi, terbukti bahawa politik PH ini adalah jahat, tamakkan kuasa dan tidak bermaruah dengan politik jatuh-menjatuhkan lawan mereka bahkan kawan mereka sendiri.

Langkah Sheraton satu kesilapan: Amirudin  (https://www.sinarharian.com.my/article/228656/berita/politik/langkah-sheraton-satu-kesilapan-amirudin).

Hadi mengaku gerakkan Langkah Sheraton, calonkan Muhyiddin sebagai PM  (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1015442/hadi-mengaku-gerakkan-langkah-sheraton-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm).

Saya gerakkan Langkah Sheraton, calonkan Muhyiddin sebagai PM, kata Hadi  (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/22/saya-gerakkan-langkah-sheraton-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm-kata-hadi/).

QATRUNNADA MOHD LATFI – HARAKAHDAILY 8/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimIni tawaran PN. & 3 politik X bermaruah PH.

Dengan pendedahan di atas, maka jelas terbongkar, PAS melalui presidenya adalah penyelamat ummah dari kerakusan dalaman PH. Itu baru pusingaan awal.

Mari kita teliti pusingan selanjutnya. Bersambung..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails