Wednesday, November 16, 2022

Kaji selidik takutkan PM? Bumiputera. Ini jejas BN.

 

Ismail Sabri pada Program Sembang Santai di Mengkarak Station, Bera. NSTP/Hairul Anuar Rahim

1. PRU15: Kaji selidik hanya propaganda pembangkang

BERA: Kaji selidik yang dijalankan beberapa pihak yang mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya propaganda pihak pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, kaji selidik itu tidak boleh dianggap sebagai petunjuk tepat kerana hanya dijadikan alat pihak berkepentingan mengelirukan pengundi.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Bera memaklumkan selepas PRU14 tiada mana-mana pihak yang boleh mendakwa mereka pasti menang dalam pilihan raya.

"Jangan terpengaruh kerana ini adalah perang psikologi parti pembangkang untuk mempengaruhi pengundi atas pagar.

"Rakyat jangan mudah tertipu dengan dakyah sedemikian dan terus yakin dengan BN," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Penduduk Mengkarak Station, di sini, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak dan badan bebas memaklumkan kaji selidik yang dijalankan mereka menunjukkan BN akan kalah dalam PRU15, Sabtu ini.

Pihak yang menjalankan kajian antaranya Invoke Malaysia yang mendakwa pembangkang mampu memenangi lima negeri antaranya Kelantan, Selangor, Kedah Perak dan Johor.

Ismail Sabri berkata, pihak yang menjalankan kaji selidik pasti akan menyebelahi mereka yang membayar mereka untuk berbuat demikian.

"Pihak yang buat kaji selidik pasti akan menyebelahi pihak yang membayar mereka dan jangan tertipu dengan perkara itu.

"Jangan sesiapa berasa selesa dan boleh umum pasti menang tetapi perlu bekerja keras kerana selepas PRU-14 tiada jaminan akan menang," katanya. (BH)


2. Lim Guan Eng sabotaj Agenda Bumiputera  

DALAM ceramah saya di Tambun malam tadi, saya jelaskan mengenai sikap DAP yang sebenar terhadap Agenda Bumiputera. DAP bukan sahaja tidak menyokong malah cuba sabotaj Agenda Bumiputera ketika PH memerintah selama 22 bulan. 

Datuk Seri Azmin pernah dedahkan apa yang Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan Kerajaan PH buat kepada TERAJU. 

TERAJU adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab membimbing syarikat-syarikat Bumiputera untuk maju terutamanya dalam bidang-bidang ekonomi yang berdaya saing. 

Dalam sesi rundingan Bajet 2020, Lim Guan Eng tidak berikan satu sen pun kepada TERAJU. Walhal, dalam RMK-10, TERAJU diberikan siling peruntukan RM2 bilion.

Tindakan Guan Eng ini menyebabkan 200 syarikat Bumiputera terjejas dan 10,000 peluang pekerjaan baharu tidak dapat diwujudkan. 

Satu lagi ialah EKUINAS, iaitu sebuah syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor ekonomi yang berdaya saing. Kerajaan menyediakan peruntukan kepada Yayasan Ekuiti Nasional (YEN) dan YEN menyalurkan peruntukan ini kepada EKUINAS.

Pada tahun 2019, Lim Guan Eng menulis surat kepada Tun Mahathir meminta supaya revolving fund EKUINAS berjumlah RM2.4 bilion dikembalikan kepada Kementerian Kewangan dan EKUINAS ditutup. 

Cubaan Lim Guan Eng ini gagal kerana dibantah oleh Datuk Seri Azmin selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi pada masa itu. 

Kerana marah cubaannya menutup EKUINAS gagal, dalam Bajet 2020, Lim Guan Eng hanya menyediakan peruntukan token sebanyak RM100 kepada EKUINAS. 

Apa yang boleh dibuat dengan peruntukan hanya RM100? Sedangkan fungsi EKUINAS ialah untuk menyuntik modal pelaburan dalam sektor strategik dan kompetitif untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam rantaian ekonomi bernilai tambah tinggi.

Datuk Seri Azmin beritahu saya beliau terpaksa merayu kepada Tun Mahathir supaya peruntukan kepada TERAJU dan EKUINAS dinaikkan. Ada bukti surat yang ditunjukkan kepada saya. 

Ini adalah satu bentuk sabotaj terhadap Agenda Bumiputera. Jadi jangan tanya saya lagi kenapa saya dan rakan-rakan yang lain tinggalkan PH. 

Saya ingatkan pengundi Tambun supaya jangan undi PH yang dikuasai oleh DAP.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Pengerusi PERIKATAN NASIONAL – HARAKAHDAILY 14/11/2022 


3. Percaturan politik dalam UMNO boleh jejas peluang BN dalam PRU15 

KUALA LUMPUR: Tindakan pemimpin UMNO membuat percaturan pemilihan parti ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, berisiko menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang.

Penganalisis politik dan veteran parti itu berpandangan, isu pemilihan UMNO yang dibangkitkan secara terbuka ketika kempen menjejaskan keyakinan rakyat, khususnya pengundi atas pagar untuk memilih BN ketika keluar mengundi Sabtu ini.

Ia berikutan isu pemilihan parti boleh memberi gambaran bahawa barisan kepimpinan UMNO tidak sependapat dan bersatu, menyebabkan pengundi berasa sangsi terhadap BN sebagai pilihan yang tepat dalam PRU15, selain menjejaskan semangat jentera dan penyokong parti.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar, percaya tindakan itu memberi kesan besar pada momentum kempen BN, apatah lagi tempoh berkempen kini hanya berbaki tiga hari sebelum hari mengundi pada Sabtu.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kerajaan Ghazali Shafie (GSGSG) itu berkata, isu dalaman parti tidak sepatutnya dibincangkan secara umum terutama ketika tempoh kempen PRU15, yang sepatutnya digunakan bagi memberi tumpuan pada agenda parti, rakyat dan negara.

"Masalah dalam parti tidak boleh tunjuk pada khalayak kerana ia beri kesan negatif yang besar pada BN. Rakyat yang sebelum ini terfikir mahu undi BN, kini akan berfikir dua kali kerana melihat pemimpin parti bergaduh sesama sendiri.

"Jangan terkejut jika isu pemilihan ini memberi kesan besar pada keputusan PRU. Sebelum ini mungkin BN dilihat berpotensi dapat 80 hingga 90 kerusi Parlimen, tapi isu dalaman parti akan mengurangkan potensi ini.

"Ini dapat dilihat berdasarkan dapatan tinjauan beberapa badan bebas, yang menunjukkan jumlah kerusi Parlimen yang berpotensi dimenangi BN semakin berkurangan dalam beberapa hari ini," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, calon BN di Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin secara terbuka mendedahkan percaturannya dalam pemilihan UMNO akan datang dengan memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk merebut jawatan Presiden UMNO menentang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy turut memaklumkan akan berbincang dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai pihak yang wajar bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, selain yakin 'peralihan pucuk pimpinan' akan berlaku selepas PRU15.

Percaturan pemilihan parti itu disuarakan secara terbuka ketika Khairy berdepan tugas berat dan mencabar untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Buloh, yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti besar 26,634 undi.

Sebelum ini, Ismail Sabri turut melahirkan rasa kecewa melihat beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kabinetnya digugurkan daripada bertanding dalam PRU15 ini, walaupun mereka adalah calon boleh menang.

Ahmad Zahid pula sebelum ini dilaporkan menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk menentukan seorang Perdana Menteri sekiranya BN menang pada PRU15, Sabtu ini walaupun sebelum ini parti itu sudah mengumumkan bahawa Ismail Sabri adalah bakal Perdana Menteri.

Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa UUM, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani juga melihat tindakan menjadikan PRU15 sebagai cerminan pemilihan UMNO, memberi kesan pada pergerakan jentera dan strategi kempen BN dalam pilihan raya umum itu.

"Dalam kempen, calon sepatutnya serang parti lawan, tapi mereka serang parti sendiri. Kesannya rwkyat akan rasa pelik dan tidak yakin untuk beri undi pada BN," katanya.

Beliau berpandangan, tindakan Khairy mendedahkan percaturan pemilihan parti secara terbuka ketika tempoh berkempen, juga berisiko menjejaskan peluangnya untuk menang di Sungai Buloh, terutama dalam kalangan penyokong parti yang tidak bersetuju dengannya.

"Lepas PRU15, ada tempoh enam bulan untuk pemilihan UMNO diadakan, dan itu waktunya untuk menyebut isu dalaman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa menasihatkan calon PRU15 daripada parti itu untuk menggunakan kebijaksanaan sepanjang berkempen dan memahami keutamaan ketika ini untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, isu dalaman parti tentunya sedikit sebanyak menjejaskan rentak UMNO dan sentimen pengundi terhadap BN, dan bimbang tempoh kempen berbaki tiga hari mungkin tidak cukup untuk memulihkan situasi jika isu pemilihan parti terus dimainkan.

"Kita ini bijak, hebat, duit banyak mana sekali pun tak berguna kalau pengundi tak sokong dalam pilihan raya. Jadi stop talking nonsense (hentikan bercakap kosong).

"Tak perlu cakap macam tok nujum. Kita tak tahu akan menang atau kalah. Fokus pada pengundi kerana kita nak orang dalam parti, luar parti, atas pagar dan penyokong lawan sekali pun untuk pangkah kita," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimKaji selidik Takutkan PM? Bumiputera. Ini jejas BN.

Tunggu hanya Sabtu ini..

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails