Wednesday, November 02, 2022

[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Senarai calon-calon Parlimen BN dan PN


Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Senarai calon-calon Parlimen BN dan PN
Kedua-dua gabungan itu telah membuat pengumuman di Kuala Lumpur malam ini. - Foto Astro AWANI
Info Terkini
November 2, 2022
Terkini
01:53
AM
Muhyiddin, Rashid calon pertahan kerusi Parlimen
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kekal menjadi calon bagi Parlimen Pagoh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 1995 selepas memenangi PRU9.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
01:29
AM
Khaled Nordin hijrah ke Kota Tinggi, Latiff Bandi di Mersing
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhijrah ke Kota Tinggi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
01:15
AM
Nama tidak diumum, Annuar ucap selamat bertanding kepada calon BN
Selepas tidak dicalonkan BN bagi mempertahan kerusi Parlimen Ketereh, penyandangnya, Tan Sri Annuar Musa mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon yang dipilih mewakili BN pada PRU15.

Dalam muat naik di laman Facebooknya malam tadi, beliau berkata BN menyenaraikan calon-calon pilihan Ahmad Zahid.
01:14
AM
Takiyuddin beri bayangan Annuar bertanding atas tiket PN
Ketiadaan nama penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam senarai calon PRU15 yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi sudah dijangka.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
01:12
AM
Tengku Zafrul dinamakan calon BN Kuala Selangor
Barisan Nasional mempertaruhkan beberapa tokoh dari pelbagai latar belakang termasuk dalam bidang keagamaan sebagai calon muka baharu mewakili parti itu pada PRU15.

Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor.
01:03
AM
Calon BN bagi Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah cetus tanda tanya
Beberapa kerusi Parlimen di beberapa negeri menjadi tanda tanya apabila tidak diumumkan calonnya oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Mengumumkan Bakal Calon Barisan Nasional bagi PRU15 malam ini.

Antara yang tidak disebut termasuklah Parlimen Tanjong Karang, Selangor; Parlimen Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
12:54
AM
DAP umum lapan calon DUN, empat Parlimen di Pahang
DAP mengumumkan lapan calon kerusi DUN dan empat Parlimen bagi PRU15 di Pahang.

Pengumuman dibuat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu Majlis Pengumuman Calon DAP Pahang di Bentong pada Selasa malam.

BACA BERITA PENUH DI SINI
12:50
AM
Michael Teo tidak bertanding di Parlimen Miri, PKR letak calon muka baharu
Satu-satunya penyandang Ahli Parlimen PKR di Sarawak, Michael Teo Yu Keng sah tidak akan bertanding untuk mempertahankan Parlimen Miri yang dimenanginya pada penggal lalu.

Sebaliknya, parti itu memilih calon baharu Chiew Choon Man, 31, yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
12:50
AM
Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon PN bagi PRU15.

Kerusi Parlimen itu sebaliknya diberikan kepada calon Pas, Datuk Idris Ahmad, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
12:28
AM
Calon BN bagi Tanjong Karang, Jempol, Kuala Pilah cetus tanda tanya
Beberapa kerusi Parlimen di beberapa negeri menjadi tanda tanya apabila tidak diumumkan calonnya oleh Ahmad Zahid pada Majlis Mengumumkan Bakal Calon Barisan Nasional bagi PRU15, pada Selasa malam.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
12:21
AM
Azmin di Gombak, Faizal di Tambun, ini senarai calon PN diumum Muhyiddin
Penyandang Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumumkan secara rasmi mempertahankan kerusi itu pada PRU15.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis mengumumkan calon Perikatan Nasional pada Selasa malam.

DI SINI ADA SENARAI PENUH CALON-CALON PN
12:17
AM
Senarai calon-calon BN diumum Zahid Hamidi
Ahmad Zahid mengumumkan beliau bakal mempertahankan Parlimen Bagan Datuk dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding di Parlimen Rembau.

Ahmad Zahid turut mengumumkan penyandang Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, pada PRU15.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
November 1, 2022
11:00
PM
PN bertanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN - Muhyiddin
Perikatan Nasional mengumumkan meletakkan calon di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU15.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PN yakin mampu menang tidak kurang daripada 112 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
10:58
PM
Dr Adham gugur, BN calonkan Manndzri Nasib di Parlimen Tenggara
Penyandang kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba tidak diumumkan sebagai calon yang bakal bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU15.

Ahmad Zahid ketika mengumumkan senarai calon BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa malam, sebaliknya mengumumkan nama Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Manndzri Nasib untuk berentap di kawasan itu. ARTIKEL PENUH DI SINi
10:57
PM
Mastura gugur, Ustaz Kazim, Khairul Azwan diumum sebagai calon BN
Beberapa penyandang kerusi Parlimen di Perak tidak diumumkan sebagai calon BN bagi menghadapi PRU15 pada 19 November nanti.

Berdasarkan kepada 24 nama diumumkan Ahmad Zahid malam ini, dua nama besar antara yang tidak berada dalam senarai.

BACA BERITA PENUH DI SINI

3 comments:

Anonymous said...

Langau dan tungau yang duduk diam bila Bossku dipenjara sudah berambos dan tak dicalonkan PRU15.

Laporan dari sumber tertentu , ada kalangan sampah sarap ini bersekongkol dengn musuh untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Tungau, langau dan lalang ini kalangan pemimpin Umno yang gusar akan diheret ke Mahkamah, mengambil keputusan ‘melompat’ dan bersama di blok Mahathir.

Manakala pemimpin yang masih setia dengan perjuangan Umno mula menerima akibatnya. Dakwaan ‘politik’ mula dikenakan terhadap mereka dengan konsep – tuduh dahulu, bukti kemudian. Namun, tidak semua pemimpin Umno gentar dengan cara Mahathir.

Diramalkan ‘tungau, langau dan sampah sarap UMNO’ ini yang pro dan alat pihak parti lawan dolu akan dikeluarkan dari senarai yang akan menerima watikah perlantikan.

Menghulur tangan kepada ‘musuh politik’ atas alasan penyatuan didendangkan bagi ‘menghalalkan’ matlamat sesetengah pemimpin Umno.

Yang menjadi mangsa, Najib Razak, Zahid Hamidi, Shahrir Samad, Ahmad Maslan dan beberapa orang lagi pemimpin Umno yang bersemangat kental mempertahankan Umno.

Bermakna Presiden UMNO telah melaksana kan janji nya untuk membuat “house cleaning” atau “traitor clensing’.

Apapun , itu “prerogative” Presiden UMNO kerana selepas melaksana kan hak nya kemenangan atau kekalahan parti tetap juga dipertangungjawab kepada bahu nya.

Anonymous said...

Bermacam macam istilah digunakan spt 'Top Five' , 'High Up'oleh 'langau, tungau dan.sampah sarap' itu suma 'Talk Cock' untuk memyedapkan hati yang rawan..!

Menurut Annuar Musa, walaupun “top five” UMNO diberi kuasa untuk merundingkan senarai calon bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, hakikatnya, ahli-ahli “top five” mengesahkan senarai itu ditapis oleh pihak “high up” (pihak atas)”

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang digugurkan daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.

Shahidan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas kelima-lima nama 'calon boleh menang' yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Penyandang kerusi Parlimen Jempol, Datuk Salimyang digugurkan daripada pencalonan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding.

Di kalangan sampah sarap ini bersekongkol dengn musuh untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Tungau, langau dan lalang ini kalangan pemimpin Umno yang gusar akan diheret ke Mahkamah, mengambil keputusan ‘melompat’ dan bersama di blok Mahathir.

Macam macam istilah yang 'langau, tungau dan sampah sarap' ini gunakan bila nama tidak dicalonkan PRU 15.

Istilah digunakan spt 'Top Five' , 'High Up'oleh 'langau, tungau dan.sampah sarap' itu suma 'Talk Cock' untuk memyedapkan hati yang rawan..!

KHALAS

Anonymous said...

Mungkinkah 'tungau - tungau' itu akan kembali bergayut dan hinggap semula (dulu tungau tungau pandai main banyak kolam oopss silap bukan banyak kolam daa..banyak tolooo..kikiki) pada 'tolo paling labuh' yang paling renta dlm ahlul politikus usang di Malaysia sambil mintak nyawa jadi calon GTA.

Wallahualam Wasalamun bissawap..!!


kikikiki...!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails