Monday, November 14, 2022

Otak bawah tempurung DAP, sama perkauman AS-Zionis..

 


1. DAP muncul akhirnya, serang PAS dengan hasutan perkauman

DAP yang dilihat mendiamkan diri dari arus perdana kempen PRU15 sejak lebih seminggu lalu akhirnya keluar dari sarang persembunyian. Pemimpin DAP, Nga Kor Ming mendakwa, Malaysia akan menjadi ‘Afghanistan’ sekiranya BERSATU yang berasaskan Melayu dan PAS dengan dasar Islamnya berkuasa dari PRU15 ini.

Menurut laporan satu portal berita, amaran Kor Ming dalam kenyataan berbahasa Mandarin itu telah menghidupkan semula amaran ‘Taliban’ pernah diungkapkan beliau terhadap PAS beberapa tahun lalu. Tuduhan seumpama yang dangkal itu sememangnya sudah dijangkakan dengan PAS menjadi sasaran utama DAP.

Namun, ia menyerlahkan bahawa parti Cauvinis itu kepanasan terhadap perkembangan positif sedang memihak kepada PAS khasnya dan PERIKATAN NASIONAL (PN) amnya. Malah, dilihat DAP begitu terdesak memainkan semula sentimen tersebut bagi menyekat pesaingnya iaitu GERAKAN yang majoritinya dianggotai kaum Cina.

Kenyataan tuduhan berbaur sentimen perkauman itu dilihat cuba menghasut dengan dakwaan bahawa PAS akan mengenengahkan dasar ‘pelampau’ mengenai perjudian, arak, konsert serta pengasingan lelaki dan wanita. Pengerusi DAP Perak itu juga mendakwa, dasar tersebut akan mengancam nilai sekular dan kepelbagaian budaya negara.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P.076 Teluk Intan dan DUN N.29 Kepayang menuduh, dasar-dasar itu akan ‘menceroboh’ kebebasan orang bukan-Islam. Serta katanya, membawa kepada penghijrahan pelabur asing yang seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi.

Kor Ming turut menunjukkan kebimbangan dan kegelisahan teramat apabila memetik pengumuman pihak PN yang akan melantik Menteri Besar daripada calon PAS. Iaitu bagi negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sekiranya gabungan tersebut menang pada PRU15 ini.

“Lebih teruk ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan menggantikan Pengerusi (PN) Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Untuk mengelakkan perkara yang tidak dapat dibayangkan ini, kita tidak boleh memberikan satu undi kepada PN demi mempertahankan kepelbagaian budaya, hak asasi manusia dan kebebasan.”

Begitulah rasa tergugat dan terancam yang tidak terbendung lagi oleh Kor Ming mewakili DAP di mana ungkapan hampir serupa pernah diungkapnya tahun 2019 dahulu. Tuduhan dakwaan beliau itu sebaliknya mengesahkan secara lebih terang dan nyata terhadap pendirian semasa DAP dan kegiatan mahu dipertahankan parti itu.

Perjudian, arak dan konsert sosial yang secara terbukti telah menyebabkan banyak masalah dan akibat buruk serta mendapat bantahan ramai tetap juga dituntut DAP sebagai hak. Di atas keterangan mana dipegang Kor Ming untuk menyatakan perkara-perkara tersebut sebagai kepelbagaian budaya negara?

Kebebasan dan hak mana yang telah diceroboh serta berapa ramai pelabur asing telah berhijrah keluar hingga memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara? Atau apakah Kor Ming terbuka pekung bahawa sebenarnya yang lari itu merupakan taikun-taikun pembiaya dana kepada kepentingan DAP? 

Rekod pertumbuhan ekonomi negara pasca kejatuhan Kerajaan PH juga tidak menunjukkan sumbangan signifikan daripada perjudian, arak mahupun konsert. Kerana ianya bukanlah amalan rutin, mahupun kegiatan berkala majoriti masyarakat Malaysia melainkan hanya segelintir golongan. 

Terima kasih Kor Ming atas kemunculan anda mewakili DAP-PH dan bersedialah menerima impaknya. Selamat meneruskan baki hari-hari kempen PRU15.

IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 13/11/2022


2Warga AS ditahan ketika tunai umrah 

Mohamad Salem. - Foto AGENSI

DUBAI: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) ditahan di Arab Saudi selepas terbabit dalam pertikaian dengan pegawai keselamatan ketika menunaikan ibadah umrah, kata jurucakap keluarga kepada AFP.

Mohamad Salem ditahan pada 1 November dan sudah dipindahkan ke kemudahan keselamatan maksimum yang biasanya menempatkan tahanan politik berprofil tinggi dan disyaki pengganas, kata Abdallah melalui telefon dari Michigan, AS, tempat tinggal Salem.

Tertuduh adalah seorang daripada beberapa rakyat AS yang baru-baru ini berselisih dengan pihak berkuasa Saudi, ketika ketegangan yang semakin memuncak antara dua negara rakan kongsi lama itu berhubung bekalan minyak global.

Menurut Abdallah, Mohamad, 63, berasal dari Yaman, melakukan perjalanan ke Arab Saudi bersama dua anak lelakinya untuk menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di Makkah.

Semasa sedang beratur, dia dikatakan terbabit dalam perbalahan lisan dengan pegawai keselamatan yang memisahkannya daripada anak lelakinya.

Kemudian, dua lelaki mendekatinya, mengatakan mereka dari Libya dan menanyakan apa yang berlaku.

"Pada ketika ini, Mohamad melepaskan kemarahan dengan berkata, "Jika bukan kerana berada Makkah dan Madinah, kami akan membakar negara ini", yang butirannya disahkan beliau selepas berpeluang bercakap dengan anak lelakinya.

Kata Moughni lagi, kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ejen Arab Saudi yang menyamar, dan Mohamad ditahan.

AFP yang berusaha mendapatkan pegawai Arab Saudi dan kedutaan AS di Riyadh, bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang maklum balas berkenaan perkara itu.

Moughni berkata, pihak kedutaan ada menyediakan senarai peguam kepada keluarga Mohamad tetapi setakat ini tiada yang bersetuju untuk mengambil kes itu.

Saudara-mara Mohamad tidak tahu sama ada dia sudah didakwa atau sebaliknya.

Mereka bimbang akan kebajikan dan keadaan Mohamad yang dipindahkan ke Penjara Pusat Dhahban, di mana Amnesty International sebelum ini mendokumentasikan dakwaan penyeksaan melalui renjatan elektrik dan sebatan.

"Harap rakyat tidak perlu menderita kerana pertikaian antara kerajaan. hakikatnya, kita (Arab Saudi dan AS) bersekutu, perlu ada beberapa manfaat untuk menjadi sekutu," katanya.

Moughni berkata adalah 'keterlaluan' untuk menganggap Mohamad layak menerima layanan yang keras.

"Ini bukan satu daripada kes di mana mereka mendapat 'jerung', (atau) mereka menangkap seseorang yang melakukan jenayah serius.

"Apa yang dia katakan, tidaklah bermaksud dia ingin lakukan. Mungkin dia hanya marah," katanya sambil dia menggambarkan Mohamad sebagai seorang sangat 'menghormati orang' dan 'takutkan Allah'.

Katanya, apa yang pihak keluarga mahu adalah berdoa kerajaan Arab Saudi ada belas kasihan dan dapat mencari penyelesaian. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimOtak bawah tempurung  DAP, sama perrrkauman AS- Zionis.. 

Lihat contohnya.. Warga AS ditahan ketika tunai umrah 


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails