Thursday, November 03, 2022

PAS tadbir 32 tahun X rasuah. PH menang kerana silap BN rasuah.

 


1. Kejayaan kerajaan Kelantan jadi modal kempen PN

KOTA BHARU: Kejayaan kerajaan Kelantan mentadbir negeri itu selama 32 tahun tanpa sebarang rasuah boleh menjadi semangat untuk meneruskan gerak kerja kempen PERIKATAN NASIONAL (PN) di seluruh negara.

Bakal calon PN Machang Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Kerajaan Kelantan membuktikan kepimpinan ulama berjaya menerajui pentadbiran negeri dalam tempoh begitu lama.

“Pemimpin yang baik, berilmu dan beriman akan melahirkan masyarakat dan negara yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis perisytiharan calon Parlimen PN Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad malam tadi.

Beliau yang juga Ketua Armada Nasional berkata, rakyat perlu membuat ketetapan penting pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi menolak golongan kluster mahkamah, ideologi komunis dan LGBT yang begitu bahaya.

Menurutnya hanya rakyat yang mampu untuk mengubah landskap negara pada masa akan datang pada 19 November ini.

“Kitalah yang bakal merubahnya, kitalah yang akan menentukan kestabilan dan kesejahteraan negara pada masa akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/11/2022


2. PH menang PRU14 lalu kerana kesilapan Umno-BN  

ARAU: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu adalah kesilapan Umno-Barisan Nasional (BN) yang banyak terlibat dengan rasuah dan tidak dapat menyelesaikan masalah hingga rakyat bertindak menolak mereka.

Keadaan tersebut turut disebabkan tindakan orang-orang Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar parti lalu menubuhkan BERSATU untuk melawan dan menjatuhkan BN kerana kesilapan dan salahlakunya.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimbau situasi genting tersebut ketika menyampaikan Ceramah PRU15 sempena Jelajah Presiden PAS di Bilik Gerakan Utama PERIKATAN NASIONAL Arau, Utan Kandis, Guar Sanji, di sini semalam.

“Tiba-tiba naik Kerajaan PH yang lebih bahaya. Orang sokong dia kerana nak marah rasuah, kerana janji bohong (oleh BN), nak turun harga minyak dalam masa 24 jam. Nak hapuskan tol dalam masa 24 jam. PTPTN, macam-macam lagi (yang dijanjikan PH),” ujarnya mengenai pola pengundian semasa PRU14 itu.

Menurutnya, pemerintahan PH lebih membawa banyak bahaya kepada Islam dan negara antaranya mahu meratifikasi ICERD dan Statut Rom hingga menyebabkan bantahan besar rakyat yang mengadakan Himpunan 812.

Begitu juga kata beliau, banyak kes-kes mahkamah melibatkan rasuah dan salah laku pemimpin PH tidak diteruskan perbicaraan, sebaliknya dibatalkan urusan kehakiman mereka, sedangkan melibatkan tokoh Umno pula diteruskan kes.

“Kita tak setuju dengan rasuah ini, tapi bicarakan semualah, jangan orang Umno saja. Apa lagi orang yang menyumbang rasuah dibebaskan, kerana yang bagi rasuah ini tauke-tauke yang besar ini, golongan yang kaya raya ini mendedahkan orang rasuah. 

“Kerajaan tangkap orang yang rasuah kerana mereka bagi rasuah itu jadi saksi. Sepatutnya yang bagi rasuah itu dihukum, yang terima rasuah pun dihukum. Yang bagi rasuah ini lebih jahat yang terima rasuah. 

“Maka pegawai-pegawai Melayu Islamlah yang menjadi mangsa kerana mereka terima rasuah. Tauke-tauke yang besar terlepas,” bidas beliau.

Menurut beliau lagi, di dalam PH terdapat golongan Komunis, anti-Islam, LGBT, serta memperjuangkan agenda Barat seperti ICERD dan Statut Rom sedangkan ianya tidak selari dengan agama dan budaya rakyat negara ini.

“Dalam PH ada semua. Dalam PH ada penyumbang rasuah dan penerima rasuah. Dalam BN ni masih ada baki yang terima rasuah. Penyumbang rasuah dah lari dah pergi kat PH. Kita mendapat maklumat masa PH memerintah, pegawai kerajaan sangat cemas.

“Keras mereka terhadap pegawai kerajaan, perangai-perangai Komunis. Dia kata dia tak sokong Komunis, cuma dia minta abu Chin Peng bawa pulang balik. Bawa pulang balik abu. Tak sokong Komunis (kononnya). Dia sambut hari Revolusi Komunis menentang Jepun di Kajang.

“Ada sambutan memperingati perjuangan Parti Komunis Malaya. Ramai yang hadir. Ini masa PH, PH boleh membenarkan. (Sedangkan) Berapa banyak askar polis kita dibunuh, orang kampung dibunuh (oleh perjuangan Komunis). 

“Mereka (PH pula) menghargai perjuangan Komunis, tak mengaku, cuma minta abu bawa balik je. Macam-macam lagi,” bidas beliau. – HARAKAHDAILY 1/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimPAS tadbir 32 tahun X rasuah. PH menang kerana silap BN rasuah.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

Post a Comment