KANGAR: Angin perubahan semakin jelas di Perlis dengan kehadiran tokoh disegani bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi membentuk gelombang perubahan.
Kehadiran bekas Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim bersama PN ternyata memberi suntikan semangat baharu.
Manakala bekas ahli Parlimen Padang Besar Dato’ Zahidi Zainal Abidin pula bertanding atas tiket Bebas. Ia tentunya akan memecahkan undi Barisan Nasional (BN).
Perlis antara tiga negeri di Semenanjung membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selain Pahang dan Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.
Parlimen Arau dan Padang Besar antara yang menjadi tumpuan media pada PRU15 kali ini termasuk Parlimen Kangar.
Tiga DUN menyaksikan pertembungan enam penjuru iaitu DUN Titi Tinggi, Bintong dan Simpang Empat.
Penyandang kerusi DUN Titi Tinggi Zahidi Zainal bertanding tiket Bebas selepas namanya tidak dicalonkan. Beliau menentang Izizam Ibrahim dari PN, Khaw Hock Kong (Warisan), Teh Seng Chuan dari Pakatan Harapan (PH), Shahril (Pejuang) dan Teh Chai Aan (BN).
Manakala di DUN Bintong pula, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man yang juga penyandang kerusi akan bertembung dengan Fakhrul Anwar Ismail dari PN, Shazwan Suban (Pejuang), Azhari (PH), Dato’ Hashim Suboh (Bebas) dan Mohd Khair Mohd Noor (Warisan).
Di DUN Simpang Empat pula penyandang kerusi, Nurulhisham Yaakob dari BN ditentang Razali Saad (PN), Amran Darus (PH), Izhar Sudin (Pejuang), Dr Hakim Saad (Warisan) dan Ammar Hassan (Bebas).
Pertembungan lima penjuru di DUN Kuala Perlis menyaksikan penyandang Azam Karap dari PH ditentang Abu Bakar Hamzah (PN), Muhammad Hairi Noordin (Warisan), Kamarudin Malek (BN) dan Azahar Ahmad (Bebas).
Lapan DUN lagi bakal berentap empat penjuru iaitu DUN Beseri, Sena, Indera Kayangan, Kayang, Pauh, Tambung Tulang, Guar Sanji dan Sanglang.
Baki daripada 15 DUN di Perlis menyaksikan pertembungan tiga penjuru iaitu di Chuping, Mata Ayer dan Santan.
Secara keseluruhannya, PRU kali ini dijangka bakal membawa perubahan besar dalam politik Perlis. Adakah ia bakal jatuh ke tangan PN atau BN terus mempertahankan negeri terkecil di Malaysia. – HARAKAHDILY 7/11/2022
2. PRU15: Shahidan, Ismail belum jadi ahli Pas - Takiyuddin
Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional, Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), belum menjadi ahli Pas biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15.KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), belum menjadi ahli Pas biarpun bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, undang-undang pilihan raya tidak menetapkan calon yang bertanding perlu menjadi ahli sesebuah parti.
2 comments:
Pengundi pengundi akan menjadi orang yg berjasa, jika menyokong PN. Kerana PN akan bawa pembaharuan. Tiada skandal rasuah dalam PN. Tiada salah guna kuasa dalam PN.
Tiada jaminan ada ketenteraman jika pilih pee hancing.
Tiada jaminan harta tabung haji tidak dijual.
Tiada jaminan fahaman komunis tidak berkembang.
Tiada jaminan kesultanan melayu terpelihara.
Tiada jaminan agama Islam kekal sebagai agama persekutuan.
Jom pakat pakat sokong PN.
Jadilah orang yg berjasa.
Jadilah orang yang berjasa, yang meruntuhkan politik rasuah dan salah guna kuasa.
Jadilah orang yang berjasa, yang meruntuhkan politik retorik.
Pilih pee hancing, arak jadi rutin.
Pilih pee hancing, judi jadi rutin.
Pilih pee hancing, lgbt jadi rutin.
Pilih pee hancing, hari hari kena kencing.
Post a Comment