Wednesday, November 16, 2022

PRU15: Mr Kong kempen Nuridah. & Presiden termiskin..

 

Ustazah Nuridah (tengah) dan Kong Tuck Wah (belakang, tiga dari kiri) pada majlis minum petang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 13 Nov 2022.

1. PRU15: Mr Kong orang tengah kempen Ustazah Nuridah 

KUALA LUMPUR: Lima hari menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov,  kempen yang diadakan calon-calon yang bertanding semakin hangat, tidak terkecuali calon P116 Wangsa Maju dari PAS yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL (PN), Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Beliau yang cukup dikenali dengan panggilan Kak Nuri berkat terharu dengan janji dan semangat daripada pengundi Cina di Wangsa Maju terhadap dirinya.

“Kami sokong calon No 5, Ustazah Nuridah! Ini janji dan semangat yang Kak Nuri dapat dari penduduk Wangsa Maju, Lee Kuan Cheng. Masha Allah..,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, Naib Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat, Kong Tuck Wah atau Mr Kong, telah menjadi orang tengah dalam majlis minum petang bersama Kak Nuri di Wangsa Maju semalam.

“Terdapat lebih 36,000 penduduk bangsa Cina di Wangsa Maju. Mereka menyumbang dalam pembangunan setempat,

“Mr Kong telah memberikan penerangan kepada penduduk (Cina) di Wangsa Maju agar lebih memahami siapa sebenarnya PAS dan apa sumbangan kita pada seluruh rakyat, tak kira bangsa dan agama,” jelas Nuridah.

Katanya lagi, jelas dari wajah mereka keterujaan mendengar penjelasan dari Mr Kong. 

“Tak lupa Kak Nuri titip juga pesan dan iltizam, bahawa kita sentiasa tekad untuk membangunkan negara, menjaga kebajikan semua.

Dalam pada itu, beliau menyeru pengundi akan membuat pilihan yang tepat ketika mengundi menjelang 19 Nov dan mengundi awal pada esok, 15 Nov. 

Ustazah Nuridah menyantuni seorang penduduk Cina di Wangsa Maju.

“Pernahkah kalian bayangkan Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang ‘zero rasuah’ ? Ayuh, jadikan impian ini sebuah kenyataan.

“Nyatakan kebersamaan anda dalam membangun negara tercinta ini bersama-sama pada 19 November ini,” katanya.

Berdasarkan rekod SPR, Wangsa Maju yang mempunyai seramai 120,292 pengundi berdaftar bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru itu antara Nuridah dengan lima calon lain –  bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (Warisan), Norzaila Arifin (Pejuang), Zahir Hassan (PKR), Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah (BN) dan Raveen Suntheralingam (Bebas). – HARAKAHDAILY 14/11/2022


2. Presiden Termiskin Di Dunia Berjiwa Besar 

Sebahagian besar pemimpin negara di seluruh dunia, memiliki gaya hidup yang berbeza dengan rakyatnya. Namun, semua hal itu tidak berlaku bagi Presiden Uruguay, Jose Mujica. Sejak dilantik menjadi presiden pada 2010 hingga 2015, mantan presiden yang kini berusia 87 tahun ini layak mendapat gelaran presiden termiskin di dunia.

José Alberto Mujica Cordano dikenali sebagai El Pepe, (lahir 20 Mei 1935) ialah seorang ahli politik Uruguay dan bekas ahli pertubuhan pengganas Tupamaros, kini ahli parti campuran berhaluan kiri Frente Amplio (Barisan Luas).

Semasa menjawat jawatan presiden, lelaki bernama José Alberto Mujica Cordano ini mendermakan 90 persen gajinya setiap bulan, iaitu 12 000 dollar AS untuk berbagai kegiatan amal. Bukan itu saja, beliau  yang  dipanggil 'Pepe' oleh kawan-kawannya ini juga menolak tinggal di kediaman rasmi presiden di ibu kota, Montevideo. Mujica lebih suka memilih untuk tinggal di tanah pertanian di luar ibu kota. Bahkan, jalan menuju kediaman Mujica belum dilapisi tar.

Tidak ada pasukan elit pengawal presiden, hanya dua pegawai polis dan anjingnya yang memiliki tiga kaki, Manuela, mengawasi pintu masuk kawasan  pertaniannya. Mujica dan isterinya malah menanam sendiri bunga-bunga yang menjadi hasil pendapatan  baginya. Mengapa Mujica memilih hidup sederhana  walaupun beliau merupakan seorang presiden negara? 
"Hampir seluruh hidup saya habiskan dengan cara seperti ini. Saya boleh hidup baik dengan apa yang saya miliki saat ini," kata Mujica.

Pada tahun 2010, ketika harta pribadinya diumumkan  yang merupakan kewajiban kerajaan Uruguay, harta  Mujica hanya US1000 dollar sahaja

Setelah dua tahun menjadi presiden, harta Mujica memang bertambah. Itu pun setelah dia menambahkan aset milik isterinya berupa tanah, beberapa traktor, dan sebuah rumah. Kekayaannya mencapai US215000 dollar, masih terbilang miskin untuk seorang ketua negara.  

Bekas  Pemberontak

Apa penyebab Mujica begitu miskin? Sejak 1960-an hingga 1970-an, dia adalah anggota pemberontak Tupamaros, kelompok bersenjata berhaluan kiri yang terinspirasi revolusi Kuba. Dia pernah enam kali tertembak dan terkurung 14 tahun di penjara.


Sebahagian besar masa penahanannya dilalui dalam keadaan yang sangat buruk. Namun, selama dia berada di dalam penjara itulah yang menurut Mujica membentuk kepribadian dan pandangan hidupnya.

"Saya disebut presiden termiskin di dunia, tetapi saya tidak merasa miskin. Orang miskin adalah mereka yang bekerja hanya untuk menjaga gaya hidup mewahnya dan selalu menginginkan lebih," ujarnya berfilosofi. [kompas.com/huffingtonpost.com]

Komen Weblog Ibnu HasyimPRU15: Mr Kong kempen Nuridah. & Presiden termiskin..

Mengenai presiden termiskin di dunia, di Malayia sudah ada sebelum Presiden Uruguay, Jose Mujica lagi, yang dilantik menjadi presiden pada 2010 hingga 2015. Yang hidup sederhana, bahkan lebih 'zuhud' lagi. Beliau adalah bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Al-hamdulillah, PAS telah berjaya melahirkan insan-insan zuhud prihatin rakyat berjiwa mendunia. Begitu 'menurun kesederhana'an nya, kepada bekas Menteri Besar Terengganu, dan Kedah.

Itulah hebatnya PAS, berbanding parti-parti sekular lain di Malaysia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails