Thursday, November 24, 2022

‘Superman’ ditangkap.. Anwar PM -Kit Siang. UMNO X sokong PN.

 


1. ‘Superman’ ditangkap polis ekoran ucapan perkauman 

PADA 17 November 2022 yang lalu, pihak Polis Pahang telah menjalankan siasatan ke atas penularan video ceramah parti politik di kawasan Raub Perdana, Raub Pahang di mana salah seorang penceramah yang dikenali sebagai penama Hew Kuan Yaw ataupun yang dikenali sebagai ‘Superman Hew’ telah didapati memberikan ucapan di dalam bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sebahagian dari rakaman video ceramah berkenaan telah ditularkan di dalam media massa serta media sosial dan mendapat reaksi yang negatif dari masyarakat.

Pada 23 November 2022 pihak JSJ Kontinjen Pahang dengan bantuan dari JSJ Bukit Aman telah melakukan tangkapan terhadap penama Hew Kuan Yaw berumur 52 tahun di kawasan Puchong Jaya, Selangor.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan serta Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Siasatan juga turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Selain itu juga, penama turut disiasat di bawah seksyen yang sama bagi ucapannya di dalam satu program ceramah politik di Taman Pandan Mawar, Melaka pada 18/11/2022 yang lalu.

Permohonan Reman Sek. 117 KPJ akan dipohon dan penama akan ditahan di IPD Dang Wangi bagi pihak polis mendapatkan keterangan-keterangan lanjut.

DATO’ SRI RAMLI MOHAMED YOOSUF CP
Ketua Polis Pahang – HARAKAHDAILY 24/11/2022


2. Malaysia bakal kembali hebat jika dipimpin Anwar sebagai PM

Veteran DAP, Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Lim Kit Siang memberi gambaran Malaysia mampu kembali sebagai negara bertaraf dunia sekiranya ia dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Beliau dalam satu kenyataan, hari ini, berkata semua gabungan dan parti politik perlu duduk bersama menerusi 'Gabungan Selamatkan Malaysia' untuk menyelamatkan negara ini.

"Ini untuk mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi negara `biasa-biasa'.

"Selepas enam dekad berada dalam bahaya untuk menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara, tidak boleh ada pihak yang cuba untuk berkecuali," katanya.

Beliau turut mengajak semua pihak termasuk gabungan dan parti politik untuk mengutamakan masa hadapan dengan misi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara hebat di bawah pimpinan Anwar.

"Marilah kita utamakan masa hadapan Malaysia berbanding apa-apa perkara lain, termasuklah berbanding dengan masa lalu.

"Perkara ini bukanlah usaha untuk seorang Perdana Menteri atau usaha yang dapat dicapai dalam satu kitaran pilihan raya, sebaliknya perlu menjadi misi ramai Perdana Menteri yang akan datang.

"Marilah mulakan misi bersama ini di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim," katanya.

Kit Siang turut mengajak semua pihak untuk menunjukkan kepada dunia bahawa 'keajaiban politik' boleh dicapai sekali lagi dengan gabungan semua parti politik dan ia adalah langkah yang tepat.

Ini katanya memenuhi aspirasi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi 'sinar cahaya di dalam dunia yang sukar dan terganggu'.

"Ini juga untuk Malaysia menjadi satu daripada negara hebat di dunia di mana terdapat rasuah yang minimum, ekonomi yang kuat, standard pendidikan bertaraf dunia, alam sekitar yang mampan dan Malaysia disegani di seluruh dunia.

"Malaysia sebagai tempat pertemuan empat tamadun hebat iaitu Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat," katanya.


3. UMNO tak sokong PN terajui Kerajaan Perpaduan  

KUALA LUMPUR: UMNO memuktamadkan keputusan menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tetapi bukan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Ibu Pejabatnya di sini, malam tadi.

Beliau berkata, MKT turut mengambil maklum dan memperhalusi setiap butiran kedua-dua perbincangan dijalankan Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) dan PN. 

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu menerusi kenyataan media tidak mendedahkan perincian berhubung perbincangan bersama kedua-dua gabungan berkenaan, mahupun menyatakan secara jelas sama ada menyokong PH bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

"MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN bagi memastikan sebuah kerajaan stabil dan makmur dapat dibentuk.

"MKT juga bersetuju semua wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Persekutuan atau lain-lain bentuk kerajaan yang balal dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.

"MKT memperkukuh sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi BN dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Perhimpunan Agung UMNO dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember depan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  ‘Superman’ ditangkap.. Anwar PM -Kit Siang. UMNO X sokong PN.

Hew Kuan Yaw ataupun yang dikenali sebagai ‘Superman Hew’ telah didapati memberikan ucapan di dalam bahasa Kantonis yang didapati mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sebahagian dari rakaman video ceramah berkenaan telah ditularkan di dalam media massa serta media sosial dan mendapat reaksi yang negatif dari masyarakat.

Ekstrim atau keterlaluan!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

12 comments:

Unknown said...

Udah2lah main perkauman

Unknown said...

Jadilah malaysia baharu

Anonymous said...

Datuk Seri Hisamiuddin Tun Hussin Onn layak di lantik PM ke 10 Malaysia diterima semua parti parti di Malaysia.

PN bersetuju melantik PM ke 10 dari BN menerajui kerajaan Malaysia kearah kestabilan dan pengukuhan ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Jika PN boleh terima Ismail Sabri (UMNO/BN) dari BN memjadi PM sebelum PRU 15 di adakan maka tiada masalah jika Datuk Seri Hisamuddin Tun Hussin Onn (UMNO/BN) dilantik menjadi PM dari Barisan Nasional.

Datuk Seri Hisamuddin Tun Hussin Onn bersih dari sudut moral akhlak dan intigriti nya.

Sekian

Anonymous said...

Prestasi PN dijangkakan meningkatkan secara berterusan. Kekalkan zero rasuah sebagai misi paling utama. Kerana zero rasuah adalah kegembiraan buat rakyat Malaysia. Ini misi kemanusiaan yg sejagat sifatnya. Semua bangsa menolak rasuah secara total. Asas ini menyebabkan parti yg berasaskan zero rasuah mendapat sokongan yg mendadak.

Tolak rasuah adalah retorik parti parti lain. Sedangkan pimpinannya terpalit dengan rasuah dan konsep menang dengan fitnah. Rasuah merosak kitaran ekonomi. Rakyat kepingin pimpinan yg bikin serupa cakap. Ini idaman rakyat terhadap malaysia baru.

Anonymous said...

Ramai lagi yg sejenis superman. Perkauman. Ada batman. Ada kapten amerika. Ada spiderman. Ada dark vader. Semua ni ada dalam parti perkauman.

Anonymous said...

Jika Anwar jadi PM ke 10 Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang rendah moral dan akhlaknya..

Isu moral sudah lama di pertikai samada di luar dan dalam mahkamah.

Dikhuatiri Anwar akan jadi budak suruhan dari dalam dan luar yang boleh mengancam keselamatan negara akibat moral nya yang rendah.

Kemungkinan akan ada lagi tayangan wayang perdana yang akan ditonton semua lapisan masyarakat selepas Anwar dipilih jadi PM.

Adalah elok di pilih pemimpin yang tinggi moral, akhlak dan perangainya seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn sebagai PM ke 10. Lantikan nya sama seperti melantik Ismail Sabri dari UMNO dipersetujui oleh PN dan PH sebelum PRU 15 dengan konsep keluarga Malaysia tetapi kabinet nya perlu dikecilkan dan berintigeriti.

Mana nak letak maruah negara Malaysia jika salah memilih pemimpin yang korup moralnya.

Anonymous said...

Parti kecil jadi pm x logik. Mana mungkin. Pilihan sudah ada. Jangan kerana sudah memerintah lebih 60 tahun dan sudah merudum prestasi masih perasan sesuai jadi pm. Parti merudum, negara merudum.

Pilih pm dari parti yg mendapat mandat dari rakyat yg tertinggi. Parti yg prestasi meningkat boleh bawa prestasi negara meningkat. Apatah lagi disenangi sebagai parti yg zero rasuah.

Rakyat punya akal yg cerdik. Mereka pilih yg terbaik dari parti parti yg ada. Ini momentum baru. Momentum ini dijangka meningkat. Terbaik jadi pilihan.Tak perlu angkat yg buruk sebagai yg terbaik.

Anonymous said...

11.16

Kalau kat Perak parti ciput okey pulak jadi MB... parti ciput tu dari UMNO jugak tu...!! Jgn buat buta depan mata apa yg berlaku minggu lepas jangan buat buat pekak telinga pulak..

adooiyyiii...

Guanee ni boohh..!?

Anonymous said...

kami dah cukup. kami dah hantar. tunggu untuk diundang. esok esok kalau diundang datang jangan datang hari first je. kalu tak penuh datang la 85% okey.. #janganpontenglagi

Anonymous said...

Jadi mb pun bukan sebab menang. Tak genuine. Sepatutnya tak pekak telinga dengar denyut jantung rakyat. Jangan jadi kapten cook. Lepas jadi perasuah, jadi lanun pulak. Terus menerus jadi crook dishonest person.

Anonymous said...

Parti jadi kecil sebab ramai jujur dah cabut lari. Mereka x sanggup jadi gundek. Biar lah yg dapat dua jawatan kekal jadi gundek. Lambat laun ramai lagi yg cabut lari. Sia sia ada sumpah setia tapi rela jadi gundek.

Anonymous said...

Parti tu merudum. Bukan salah orang. Tapi diri sendiri. Macam dalam cerita tiga abdul. Kononnya dicintai oleh gadis. Tapi gadis tu jual suami jadi gundek. Senario hampir serupa dengan situasi sekarang. Kononnya disukai oleh seteru. Tapi dlm proses jadi gundek. Kat jepun dipanggil geisya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails