Tuesday, November 08, 2022

Syabas Jamal Abdillah, Tuan berani & betul. Tak perlu minta maaf.

 

  Syabas Jamal Abdillah, Tuan berani & betul. Tak perlu minta maaf.

HALAMAN HIBURAN

1. Jamal Abdillah minta maaf kepada rakyat Malaysia, DAP

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah mohon maaf kepada rakyat Malaysia dan parti DAP berhubung video aplikasi TikTok yang tular, sejak beberapa hari lalu.

Menerusi video TikTok itu, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu dilihat memberikan pesanan agar tidak mengundi DAP berikutan beberapa isu seperti laungan azan dan sekolah tahfiz yang didakwa pernah dipolitikkan parti berkenaan hingga menimbulkan polemik.

"Kepada peminat dan rakyat Malaysia yang mengikuti video TikTok, saya sebenarnya mendengar pandangan mengenai isu yang saya sebutkan.

"Dengan rasa rendah diri, saya mohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Ini kerana saya 'spin' perkara ini dalam keadaan saya tidak mengetahui. Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak mahu perkara seumpama ini berlaku.

"Kepada DAP khususnya, saya mohon maaf atas kesilapan dilakukan," katanya dalam video berdurasi 2.20 minit di Twitter.

Penyanyi berusia 63 tahun itu berkongsi, apa yang disebutkan dalam video TikTok itu pernah tular suatu ketika dahulu.

"Apabila berbincang dengan kawan-kawan, isu ini menjadi topik.

"Saya buat video, tanpa berpengetahuan dalam politik. Ini kerana saya bimbang terhadap generasi akan datang.

"Tidak sepatutnya buat video ini. Bagaimanapun, saya harap peminat bersama mempertimbang dan menilai adakah benar apa yang saya cakap.

"Pernah atau tidak terjadi, terpulang kepada masing-masing.

"Semoga dengan pencerahan ini tiada lagi tuduhan saya buat fitnah. Ini kerana isu pernah tular empat, lima tahun lalu," ujarnya.

...,,.

2. Mengundi berkait pahala, dosa dan catatan amal 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa kewajipan mengundi hendaklah diambil secara serius.

Ini, ujarnya kerana perkara itu bukan sahaja melibatkan soal masa depan kepimpinan negara, bahkan turut berkaitan dengan soal pahala dan dosa serta catatan amal.

Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

“Alhamdulillah, petang semalam, saya berkesempatan bertemu mata bersama rakyat Kelantan di Parlimen Ketereh, bersama calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Ketereh, Mejar Jen (B) Datuk Khlir Mohd Nor,” ujarnya.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan kepada semua agar sentiasa bergerak kerja secara berpasukan.

Menurutnya, ini kerana calon yang akan terpilih sebagai Ahli Parlimen nanti tidak akan mampu bekerja secara berseorangan, sebaliknya memerlukan sebuah pasukan yang saling mendukung untuk mentadbir dengan pelbagai kepakaran.

“Mudah-mudahan, setiap amalan kita dinilai sebagai ibadat di sisi Allah SWT dan menjadi asbab kepada kemenangan Islam. Siiru ‘ala barakatillah,” katanya yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Pada PRU15 ini, Khlir berdepan dengan tiga calon lain iaitu Rahimi L Muhamud (PH), Marzuani Ardila Ariffin (BN) dan Hanif Ibrahim (PUTRA). – HARAKAHDAILY 7/11/2022.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Jamal Abdillah, Tuan berani & betul. Tak perlu minta maaf.

Kerana selari kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa kewajipan mengundi hendaklah diambil secara serius.

Ini, ujar beliau kerana perkara itu bukan sahaja melibatkan soal masa depan kepimpinan negara, bahkan turut berkaitan dengan soal pahala dan dosa serta catatan amal. 

Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini. Jangan dihirau sangat dengan kritik ejen-ejen dan barua-barua dari parti yang anti Islam.

Syabas dan tahniah kepada saudara Jamal Abdillah! 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails