Saturday, November 12, 2022

Teksi dron, bila M'sia ke tahap ini? ..& Dron K'tan.


Teksi dron Volocopter 2X menjalani ujian penerbangan di lapangan terbang Pontoise di Cormeilles-en-Vexin, dekat Paris, Perancis. - Foto REUTERS

1.Teksi dron lakukan penerbangan sulung di Paris

PARIS: Sebuah helikopter elektrik dengan pelbagai bahagian mesin berputar (rotor) melakukan penerbangan trafik udara konvensional pertamanya berhampiran Paris ketika bersiap sedia untuk penerbangan komersial mulai 2024.

Pesawat ujian Volocopter, yang menyerupai dron besar dengan lapan rotor, berlepas membawa penumpang dari lapangan terbang Pontoise-Cormeilles di luar Paris dan mengelilingi seketika ruang udara ketika pesawat lain berada di sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Jerman Volocopter, Dirk Hoke, berkata dalam tempoh 18 bulan akan datang ia akan menyediakan helikopternya untuk pensijilan dan berharap dapat melancarkan penerbangan komersial pendek menjelang 2024, apabila Paris mengadakan Sukan Olimpik Musim Panas.

Syarikat itu mahu pesawat dua tempat duduk itu dapat terbang secara automatik sepenuhnya, dengan hanya penumpang di dalamnya, tetapi mengakui masih banyak perlu dilakukan dari segi infrastruktur, integrasi ruang udara dan penerimaan orang ramai.

Juruterbang ujian, Paul Stone, berkata sistem 'fly-by-wire digital' helikopter dan pelbagai rotor menjadikannya lebih mudah untuk terbang berbanding helikopter biasa.

"Dalam helikopter, apabila anda menggerakkan satu kawalan, tiga perkara berlaku serentak dan ia memerlukan latihan koordinasi.

"Dalam pesawat ini, mereka menghilangkan semua kesukaran itu, dan memudahkan kawalan ia adalah kawalan paling mudah dengan setiap gerakan mempunyai paksi tersendiri," katanya.

Presiden wilayah Ile-de-France di sekitar Paris, Valérie Pecresse, berkata wilayah itu menyediakan sokongan kewangan untuk inisiatif itu kerana mahu penerbangan penumpang pertama berlepas dan mendarat di sini.

"Pembangunan penerbangan altitud rendah untuk mobiliti udara bandar adalah pengembaraan yang penuh dengan janji," katanya dalam satu kenyataan.

Volocopter sedang bersaing dengan syarikat di seluruh dunia, termasuk Lilium, Joby Aviation dan Airbus untuk mendapatkan teksi terbang pertama yang disahkan oleh pengawal selia. Ia menyasarkan untuk mencapainya dalam masa dua tahun. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teksi dron, bila M'sia ke tahap ini? (di atas) 


2. Kelantan Guna 100 Unit Dron – Rancakkan Aktiviti Pertanian March 29, 2022

Bagi memperkasakan lagi sektor pertanian, Kelantan kini mempergiatkan penggunaan teknologi sebagai sokongan pada produktiviti pengeluaran negeri.

Kini sejumlah 100 unit dron telah digunapakai pada sektor pertanian Kelantan.

Menurut Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan sebanyak 80 unit dron telah diterapkan di bawah pengendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Sementara 20 unit dron lain pula adalah milik persendirian para petani serta seliaan di bawah Jabatan Pertanian negeri.

Adanya sokongan teknologi ini, sekaligus membantu meningkatkan keupayaan operasi baja, meracun dan paling utama memberi penjimatan kos dan masa pertanian.

Melihat pada kerancakkan penggunaan dron ini, kerajaan negeri Kelantan menyasarkan memberi lesen pengendalian dron kepada lebih ramai petani dalam tempoh terdekat serta menawarkan kursus pengendalian dron kepada kumpulan tersebut.
(IH)


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails