TInjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh, mendapati beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
1. Mangsa banjir di Pasir Mas meningkat, 1,775
RANTAU PANJANG: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas bertambah kepada 1,775 mangsa membabitkan 586 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas, Azizan Aziz, berkata lapan PPS itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh yang membabitkan 670 mangsa, SK Kubang Kual (164 mangsa), Putat Tujuh (145 mangsa), SK Sri Kiambang (224 mangsa) dan Masjid Mukim Padang Licin, menempatkan 74 mangsa.
Katanya, tiga PPS baru dibuka petang semalam iaitu di SK Gual Periok yang membabitkan 388 mangsa, SK Gual Sitok, 85 mangsa dan SK Kedai Tanjong dengan 25 mangsa.
"Alhamdulillah, hasil kesiapsiagaan pihak kami sebelum tibanya monsun timur laut, membolehkan setiap urusan dijalankan dnegan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azizan berkata, pihaknya dalam usaha memberikan yang terbaik untuk menyediakan tempat serta makanan dan pada masa sama, meminta kerjasama dengan semua mangsa yang berpindah agar semuanya berjalan lancar.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa, berkata paras Sungai Golok menunjukkan penurunan berbanding semalam, tetapi masih melebihi tahap bahaya.
Tinjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh ditutup akibat banjir sejak tiga hari lalu. Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar"Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan.
"Pihak kami sendiri giat menjalankan operasi pemindahan mangsa semalam, selain membuat pemantauan bagi penduduk yang mahu berpindah sendiri ke PPS terdekat," katanya.
Tinjauan laluan ke Jalan Kampung Gual To' Deh ditutup akibat banjir sejak tiga hari lalu. Selain itu, beberapa penempatan rendah masih menerima aliran air menyebabkan paras banjir masih tinggi di sesetengah kawasan. - Foto Nik Abdullah Nik Omar...
.......
BERITA BERKAITAN
2. Kit Siang tiba-tiba kata Presiden PAS tidak sesuai jadi PM
VETERAN DAP, Lim Kit Siang menjadi pemimpin terbaharu DAP yang nampaknya kepanasan terpaksa keluar dari ‘gua pertapaan’ mereka sejak kempen PRU15 berlangsung. Beliau yang telah mengumumkan persaraannya sebelum ini menyusul Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang tiba-tiba muncul semalam setelah pimpinan utama parti itu dilihat mendiamkan diri sejak seminggu lalu.
Kit Siang mensasarkan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikatakannya tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri tanpa mengira jumlah kerusi dimenangi PAS pada 19 November nanti. Tidak pasti dari sumber mana yang dirujuk beliau bahawa calon PERIKATAN NASIONAL P.037 Marang ada menyebut atau dinamakan ke jawatan itu.
Namun jelas bersuluh, DAP tidak dapat tidur lena dan sedang dibayangi ketakutan melampau hingga bertanggapan sedemikian. Mungkin kerana hajat dan percaturan sedang digerakkan DAP untuk menabalkan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah berada di jalan buntu. Tambahan pula terdapat analisis dan ramalan bahawa Anwar bakal kecundang di P.063 Tambun itu.
Mungkin juga trauma lama DAP masih belum hilang dari usaha kegagalan mereka memperalat individu-individu dalam PAS dahulu. Kecundangnya komplot mengambil alih teraju kepimpinan PAS cukup berkudis luka buat DAP. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), G18, Gerakan Harapan Baru (GHB) dan PAN menunggu masa ‘ditelan’ zaman.
Ia tidak sebagaimana mereka berjaya memperkuda dan membuat tokoh serta parti politik lain tunduk patuh mengikut serta melaksanakan kehendak nafsu parti Cauvinis itu. Sebaliknya PAS, terpaksa juga mereka ceraikan serta menjauhi lalu memujuk diri dengan melemparkan pelbagai cemuhan dan nista kepada PAS. Malah, PAS semakin melangkah gagah hari demi hari dalam arena politik negara.
Kerana itu Tuan Guru Abdul Hadi menjadi sasaran utama DAP kerana langkah padu beliau yang sukar diperlahankan mahupun dipesongkan. Hinggakan Kit Siang yang dikenali sejarah radikalnya itu terpaksa ‘bersuara negarawan’. Tegasnya, pemimpin perlulah daripada kalangan individu yang boleh menjadi teladan kepada rakyat dan tidak hanya melempar pelbagai tohmahan dan fitnah kepada pihak lawan.
“Seorang Perdana Menteri Malaysia perlulah seorang berpegang kepada janjinya dan boleh menjadi teladan dan integriti serta kejujuran. Dia tidak boleh menyebarkan penipuan dan fitnah sewenang-wenangnya. Hadi menuduh DAP sebagai anti-Melayu, Islam, dan Raja.
“Adakah dia mempunyai apa-apa bukti?” soal Kit Siang dilapor sebuah portal berita dan turut menyuarakan kesal kerana mendakwa Abdul Hadi menuduh para pemimpin DAP sebagai komunis serta tidak percaya tuhan, selain menyatakan PAS bekerjasama dengan mereka yang terlibat rasuah.
Hipokrit dan retorik Kit Siang nampaknya berulang-ulang di mana seringkali berbicara tanpa bercermin diri sendiri dan partinya. Apa teladan dan integriti serta kejujuran yang dimiliki Kit Siang dan partinya DAP termasuk parti-parti rakan sekutu DAP? Rabun atau butakah beliau terhadap banyak skandal rasuah, salahlaku dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pemimpin Pakatan Harapan (PH)?
Sejak bila DAP dan PH suci bersih dari penipuan dan fitnah yang menjadi modal dalam semua agenda dan muslihat politik para pemimpin kalian. Begitu juga gugatan dan ancaman DAP dan PH kepada kepentingan Melayu, Islam dan Raja. Kit Siang fikir rakyat Malaysia lupa sebagaimana dia lupa? Apakah anda masih ingat bahawa PH pernah menjadi Kerajaan Persekutuan antara Mei 2018 hingga Februari 2020?
Nampaknya ‘kehilangan’ kuasa pemerintahan yang berlaku ke atas koalisi PH seiring dengan hilang ingatan dialami anda! Jika tidakpun, Kit Siang patut ingat bahawa DAP dan rakan sekutunya masih memegang teraju kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan. Secara khusus di Pulau Pinang memperlihatkan aspek kependudukan Melayu-Islam terancam oleh dasar-dasar dilaksanakan DAP.
Malah kaum Cina dan India yang miskin juga menerima bahana dari pentadbiran DAP. Oleh itu, sudah-sudahlah Kit Siang dan seluruh bangsa DAP serta sekutu-sekutu anda dari PKR, PAN dan MUDA menafikan serta cuba memperbodohkan rakyat. Kalian telah terbukti adalah kleptokrat sebenar dan terus bertindak ekstrem dalam banyak perkara dengan menggugat dan mengancam kepentingan negara dan rakyat.
Kit Siang dalam kenyataannya itu turut membidas Tuan Guru Abdul Hadi yang didakwanya tidak faham makna sebenar ‘sekular’. Untuk tafsiran itu tidak memerlukan ulasan kerana orang ramai lebih tahu menilai sejauh mana Kit Siang sendiri memahami makna perkataan itu.
IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my – HARAKAHDAILY 14/11/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tempias banjir, ingat tolak BN/UMNO. Presiden PAS PM?
Ya, yang penting bila berlaku tempias banjir di seluruh negara, pengundi-pengundi kena ingat, UMNO/BN lah yang menghasut supaya pengundian dilakukan semasa banjir. Mereka tidak fikir kesusahan rakyat, yang mereka fikir pemimpin mereka bebas dari rasuah.
Mungkin itu juga sebabnya Kit Siang tiba-tiba jadi takut sehingga berkata 'Presiden PAS tidak sesuai jadi PM.' Takut, kerana pemimpin-pemimpin parti mereka ramai yang sudah dikaitkan dengan najis rasuah.
Kecuali PAS dan negeri '0' rasuah pimpinan mereka. Al-hamdulillah!
Undilah PAS dan rakan kumpulannya!
No comments:
Post a Comment